1 Litre of Tears

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
1 Litre of Tears
Muka depan DVD
GenreTragedi, drama, sekolah, percintaan
Dibintangi oleh
Erika Sawajiri
Hiroko Yakushimaru
Ryō Nishikido
Takanori Jinnai
Lagu penutupOnly Human
Negara asal Jepun
BahasaBahasa Jepun
Bilangan episod11 (Senarai episod)
Penerbitan
PenerbitSatoko Kashikawa
Penyiaran
Saluran asalFuji Television
Siaran asal11 Oktober 200520 Disember 2005

1 Litre no Namida (1リットルの涙, Ichi Rittoru no Namida, lit. "1 Litre of Tears"; juga dikenali sebagai A Diary with Tears atau A Diary of Tears, Bahasa Melayu: 1 Liter Air Mata) merupakan drama TV Jepun yang disiarkan di Fuji Television menceritakan kisah benar seorang gadis yang menghidap penyakit serius ketika berusia 15 tahun dan terpaksa berjuang meneruskan hidup dengan penyakitnya selama 10 tahun sebelum meninggal pada usia 25 tahun.

Drama ini merupakan adaptasi dari diari yang ditulis oleh gadis Jepun bernama Aya Kitō yang menghidap penyakit ataksia spinoserebelar. Beliau mula menulis diari apabila dicadangkan oleh doktornya dan terus menulis sehingga beliau tidak mampu lagi memegang pen. Diari yang diberi nama 1 Litre no Namida itu diterbitkan sejurus selepas kematian Aya.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini merupakan kisah benar Aya yang berusia 15 tahun menghidap penyakit ataksia spinoserebelar dan meneruskan kehidupannya sehingga berusia 25 tahun. Skrip drama ini diambil dari catatan diari Aya yang ditulis sepanjang perjuangannya melawan penyakit sehinggalah beliau tidak mampu lagi memegang pen.

Drama ini dimulai dengan kehidupan baharu Aya sewaktu melangkah ke semester baru. Dalam kegembiraannya, beliau mula menghadapi kesukaran secara fizikal yang mana hanya disedari oleh ibunya. Suatu hari, beliau jatuh rebah di atas lantai dan ketika itulah penyakitnya mula dikesan.

Hubungan cinta pertamanya bersama Yuji musnah apabila Yuji seakan-akan tidak dapat menerima kenyataan bahawa kekasihnya cacat. Akibat herdikan rakan-rakan sekeliling, Yuji membuat keputusan untuk memutuskan hubungannya dengan Aya. Aya meneruskan kehidupannya dan mula rapat dengan seorang rakan sekelas yang pendiam dan kekok tetapi mengambil berat, Haruto. Haruto terus-menerus memberi semangat kepada Aya untuk terus berjuang dan dalam diam, mereka berdua menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Percintaan mereka dihalang oleh ayah Haruto yang juga seorang doktor di hospital tempat Aya mendapatkan rawatan.

Reaksi[sunting | sunting sumber]

Para penonton memberikan dua reaksi berbeza. Sesetengah peminat mendapati bahawa drama ini cukup menyentuh perasaan mereka dan secara berseloroh mengatakan mereka telah menangis 1 liter air mata ("1 litre of tears") ketika menonton drama ini .

Sekumpulan penonton lain pula mengkritik drama ini kerana babak romantik dalam drama ini tidak menyelitkan adegan Aya dan Haruto bercium, memeluk antara satu sama lain, memegang tangan atau lain-lain adegan yang dikira boleh membangkitkan rasa romantik di kalangan penonton. Terdapat spekulasi menyatakan penerbit sengaja tidak menyelit adegan-adegan sebegitu untuk menonjolkan kejanggalan Haruto dan Aya yang tidak mempunyai pengalaman dalam percintaan yang romantik.

Episod khas[sunting | sunting sumber]

Pada 5 April 2007, Fuji Television telah menyiarkan tiga jam siri khas untuk menceritakan kisah setengah tahun selepas pemergian Aya dengan memfokuskan watak Haruto Asō yang telah menjadi seorang doktor di hospital yang sama tempat Aya mendapatkan rawatan dan juga Ako Ikeuchi iaitu adik Aya yang menjadi jururawat pelatih. Haruto bertemu dengan seorang pesakit berusia 14 tahun. Gadis itu dibuli di sekolah dan sering mencederakan dirinya. Ia membuatkan Haruto terkenangkan kepayahan Aya berperang dengan penyakitnya dan hidup dalam keadaan dirinya yang kurang sempurna. Ini mendorong Haruto untuk menyuntik keyakinan dan semangat kepada pesakitnya itu.[1]

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Trivia[sunting | sunting sumber]

Syarikat penerbitan Indonesia, SinemArt's[2] yang menyiarkan drama, bertajuk Buku Harian Nayla[3] , dituduh menciplak drama 1 Litre no Namida. Siri Indonesia ini menukar nama "Aya" kepada "Nayla" (Chelsea Olivia) dan Moses (Ralph Glenn Alinskie) menggantikan Haruto. Siri ini telah disiarkan di RCTI sebagai siri khas hari Natal. Perbezaan kedua-dua siri ini menjadi perbincangan hangat di kalangan penonton.[4]. Siri Indonesia ini ditulis oleh Serena Luna (kadangkala menggunakan nama Chevyra Edenia).

Peminat 1 Litre no Namida di Indonesia telah membuat laporan kepada Fuji TV dan media massa Indonesia. Apa yang dikesali ialah RCTI gagal mengkreditkan nama Fuji TV dan 1 Litre no Namida, sebagai pemilik asal sir


iri Indonesia ini dan menyatakan siri ini hanya rekaan semata-mata dan persamaan nama, watak, tempat dan masa adalah tidak disengajakan.

Siaran[sunting | sunting sumber]

Jepun[sunting | sunting sumber]

Hong Kong[sunting | sunting sumber]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Taiwan[sunting | sunting sumber]

Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Masa siaran: 4 Ogos, 2007 —20 Oktober, 2007
  • Lagu tema: Only Human oleh K
  • Konayuki (粉雪, Konayuki?) dan Sangatsu Kokonoka (3月9日, Sangatsu Kokonoka?) oleh Remioromen

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-10. Dicapai pada 2007-03-10.
  2. ^ http://www.sinemart.com/new/TV-Programs.php?select=tayang&sub=sinopsis&pID=53
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-18. Dicapai pada 2007-10-21.
  4. ^ http://lautan.indosiar.com/topic.asp?TOPIC_ID=37204&whichpage=29

Pautan luar[sunting | sunting sumber]