490 SM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milenium: milenium pertama SM
Abad:
Dekad:
Tahun:


Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Mengikut tempat[sunting | sunting sumber]

Yunani[sunting | sunting sumber]

  • Darius menghantar sebuah ekspedisi di bawah Artaphernes dan Datis si anak Mede menyeberangi Laut Aegean untuk menyerang tentera-tentera Athens dan Eretria. Hippias, bekas penzalim Athens yang tua, berada di dalam salah sebuah kapal Parsi, dengan harapan untuk dikembalikan kuasanya di Athens.
  • Apabila orang-orang Yunani Ionia di Asia Minor memberontak terhadap Parsi pada 499 SM, Eretria mengikut Athens dalam pemberian bantuan kepada para pemberontak. Oleh itu, Darius memastikan supaya Eretria dihukum semasa serangannya terhadap Yunani. Baginda menjarah dan membakar kota itu, dan mengabdikan penghuni-penghuninya. Darius juga bertujuan untuk melakukan perbuatan yang sama ke atas Athens.
  • Pertempuran Marathon diadakan pada bulan September. Seangkatan tentera Parsi yang terdiri daripada 15,000 orang askar dinasihatkan oleh Hippias untuk mendarat di Teluk Marathon supaya dapat bertemu dengan tentera Athens yang disokong oleh tentera Plataea. Tentera Parsi ditangkis oleh 11,000 orang askar Yunani di bawah pimpinan Callimachus dan Miltiades. Lebih kurang 6,400 orang Parsi dibunuh. Pengorbanan tentera Athens hanya merupakan 192 orang askar. Callimachus, arkon perang Athens, dibunuh dalam pertempuran.
  • Semasa Pertempuran Marathon, tentera Athens menghantar seorang pelari, Philippides, untuk memperoleh bantuan daripada Sparta. Bagaimanapun, Sparta melambatkan penurunan askar-askarnya ke Marathon atas keperluan agama yang menetapkan bahawa mereka harus menunggu sehingga bulan purnama.
  • Selepas Perang Marathon, Philippides yang telah berlari 140 batu ke Sparta dan kembali dalam tempoh dua hari dan dua malam, berlari lagi 26.2 batu (40 kilometer) dari Marathon ke Athens untuk membawa berita kemenangan mereka. Kata-katanya yang terakhir sebelum dia pengsan dan meninggal dunia ialah: "Rasalah girang, kita telah menang."
  • Hippias meninggal dunia di Lemnos dalam perjalanannya balik ke Sardis selepas penewasan Parsi.
  • Cleomenes I terpaksa melarikan diri dari Sparta apabila komplotnya terhadap Demaratus didapat tahu, tetapi Sparta membenarkannya kembali apabila baginda mula mengumpulkan seangkatan tentera di wilayah-wilayah persekitaran. Bagaimanapun ketika itu, baginda telah menjadi gila, dan orang-orang Sparta memenjarakannya. Tidak lama kemudian, baginda membunuh diri, dan diwarisi sebagai raja Sparta oleh seorang ahli kerabat diraja Agiad, Leonidas, yang merupakan adik tirinya.
  • Athens mula membina candi untuk dewi Athena Parthenos (tarikh anggaran).

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Kematian[sunting | sunting sumber]