A-6 Intruder

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A-6 Intruder
A-6E Intruder
Peranan Pesawat penyerang
Pengeluar Grumman
Penerbangan sulung 19 April 1960
Diperkenalkan 1963
Dihentikan 1997
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Jumlah dibina 693
Kos seunit AS$43 juta (1998)
Kelainan EA-6 Prowler
A-6 Intruder

Grumman A-6 Intruder merupakan sebuah pesawat penyerang pelbagai cuaca yang beroperasi dari kapal pengangkut pesawat. Pesawat ini mempunyai dua enjin dan berkhidmat antara tahun 1962 hingga 1997. pesawat ini bertujuan menggantikan A1 Skyraider dalam misi serangan.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kapal terbang A-6 intruder dibuat untuk memenuhi keperluan Tentera Laut Amerika bagi satu jenis pesawat penyerang yang boleh beroperasi dalam apa bentuk cuaca (dalam tafsiran Tentera Laut waktu malam juga adalah satu jenis cuaca). Pesawat prototaip melakukan penerbangan sulung pada 19 April 1960. Juru terbang pesawat ini duduk di sebelah kiri dan pemandu arah/pembidik bom pula duduk di sebelah kanan. Sebuah skrin CRT mempamerkan rupa bumi di hadapan, dan membolehkan pesawat ini terbang rendah dalam semua jenis cuaca.

Bentuk sayapnya memberikan tahap efisien yang tinggi pada kelajuan subsonik. Bentuk sayap A-6 Intruder digunakan sebagai asas kepada reka bentuk sayap F-14 Tomcat bersama-sama dengan roda dan geometri salur masuk enjin . Dalam tahun 1962, pesawat ini menerima siri penamaan A-6. pesawat A-6 mula memasuki perkhidmatan peringkat skuadron pada bulan Februari 1963. Pesawat A-6 Intruder menjadi pesawat penyerang utama digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat. Pesawat ini juga boleh membawa muatan perang yang berat.

Kesemuanya, 687 buah kapal terbang A-6 Intruder dibina oleh Grumman untuk Tentera Laut Amerika dan Kor Marin, dengan 488 unit dibina dalam versi A-6A. Pesawat A-6 Intruder menggugurkan lebih banyak ordnans semasa Perang Vietnam berbanding dengan pengebom B-52 Stratofortress. [1]. Untuk memberikan perlindungan daripada serangan peluru berpandu, 19 buah pesawat A-6A dinaik taraf dan diubahsuai menjadi pesawat A-6B yang berperanan khusus menyerang dan menumpaskan pertahanan udara musuh (SEAD) dengan menggunakan peluru berpandu anti radar jenis AGM-45 Shrike dan AGM-78 Standard.

12 buah pesawat A-6A lagi diubahsuai menjadi A-6C yang diberikan peranan khusus menyerang sasaran di Laluan Ho Chi Minh. Pesawat A-6C ini mempunyai sistem infra merah FLIR dan kamera TV dan mempunyai peralatan khas untuk mengesan enjin lori yang menggunakan Laluan Ho Chi Minh. Sebuah daripada 12 pesawat ini musnah semasa menjalankan operasi.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

 Amerika Syarikat

Spesifikasi (A-6E)[sunting | sunting sumber]

Orthographic projection of an A-6 Intruder
Orthographic projection of an A-6 Intruder

Data dari Quest for Performance[1]

Ciri umum

Prestasi

Persenjataan

Persenjataan A-6 pada 1962

Intruder tidak membawa senjata dalaman, tetapi boleh membawa sehingga 18,000 lb (8,170 kg) persenjataan yang diagihkan pada lima tenggekan luarnya, dengan pilihan:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]