Wahid Satay

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari A. Wahid)
Wahid Satay
Wahid Satay pada tahun 1962
Kelahiran
Abdul Wahid bin Haji Ahmad

1930 (1930)
Meninggal dunia22 Mei 2023(2023-05-22) (umur 92–93)
Sebab kematianKencing manis dan serangan jantung
DikebumikanPusara Aman, Singapura
Nama lainA. Wahid, Wahid Satay
PekerjaanPelakon, pelawak, penyanyi
Tahun aktif1948–2005
PasanganAzimah Mohd Talib (k. 1953; m. 1994)
Anak-anak6

Abdul Wahid bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai A. Wahid atau Wahid Satay (1930 – 22 Mei 2023) merupakan seorang pelakon dan pelawak filem Melayu Singapura. Wahid Satay dilahirkan di Indragiri, Riau, Indonesia[1] pada 1930 dan pindah ke Singapura pada tahun 1935.

Gelaran Wahid Satay itu diberikan mendiang Loke Wan Tho, pemilik Pertubuhan Cathay dan digunakan sejak beliau berlakon dalam filem Pontianak bersama Maria Menado yang dapat bertahan selama tiga bulan di Panggung Cathay dan memberikan saingan kepada filem Hollywood, Samson and Delilah.

Sewaktu menjadi pelakon filem di Cathay keris, Wahid banyak membintangi filem-filem bercorak lawak jenaka, malah digelar Jerry Lewis Malaya.

Wahid juga berlakon dalam banyak filem seperti filem Pak Pandir Moden, Jula Juli Bintang Tiga, Masuk Angin Keluar Asap, Serangan Orang Minyak dan Chuchu Datok Merah yang dikeluarkan oleh Studio Cathay Keris.

Pada tahun 1958, Wahid berlakon dalam filem Serangan Orang Minyak sebagai pelakon pembantu. Pada 1959, beliau juga menjadi pelakon pembantu dalam filem Rasa Sayang Eh. Wahid mula memegang peranan utama dalam filem Pak Pandir Moden pada tahun 1960. Pada tahun 1960 juga sebagai pelakon utama dalam filem Che Mamat Parang Tumpul.

Puas hati dengan kelakonannya, beliau dihantar oleh Cathay-Keris Film Productions bersama Roseyatimah, Latifah Omar dan pengarah, Hussein Haniff, ke Pesta Filem Asia ke-10 pada 1963 di Tokyo, Jepun.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pada 1961 beliau berlakon dalam filem Sultan Mahmud Mangkat Dijulang memegang watak sebagai awang, dan dalam filem Puteri Gunong Ledang sebagai watak utama pada tahun 1961. Dalam filem Chelorong Cheloreng (1962) memegang sebagai watak utama. Filem Badang (1962), pelakon utama sebagai Badang. Dalam filem Mabuk Kepayang (1962) sebagai pelakon Utama. Filem Pontianak Gua Musang (1964) memegang sebagai watak utama. Filem Tiga Botak (1965) memegang sebagai watak utama. Filem Naga Tasik Chini (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Dua Kali Lima (1966) memegang sebagai watak utama. Filem Mat Tenggek (1979) memegang sebagai watak utama. Filem Tuan Besar (1980) memegang sebagai watak utama sebagai Tuan Wahid. Filem Pontianak Harum Sundal Malam (2004) sebagai artis jemputan, pembesar istana. Filem Senario XX (2005) memegang sebagai pelakon pembantu, watak sebagai tok ketua.

Selain berlakon, Wahid juga berbakat sebagai pelukis dan penyanyi serta pernah mencipta lagu untuk M. Ishak dan Ahmad Jais. Wahid Satay mengarang lagu "Sumpah Setia" untuk rakaman Ahmad Jais & The Antartics di tahun 1967.

Badang merupakan filem terakhir beliau.

Selain berlakon, beliau pernah melakukan pelbagai kerja lain seperti memunggah kelapa ke perahu Bugis yang berlabuh di Sungai Kallang, mencuci pinggan di Satay Club di Beach Road dan menjadi kelasi kapal mengelilingi dunia.

Ketika itu, jika tidak belayar, Wahid menyumbangkan suara dan bermain alat muzik dengan pancaragam Sri Pemuda Harmonian Party.

Wahid kini menetap di di Eunos Crescent, Singapura.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Wahid Satay meninggal dunia pada 22 Mei 2023 di kediamannya di Singapura pada pukul 8.30 pagi di usia 93 tahun.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1948 Pertaruhan Filem pertama, pelakon tambahan
1957 Pontianak Ali
1958 Satay Kamil
Serangan Orang Minyak Baning
Sumpah Pontianak Ali
Che Mamat Parang Tajam Che Mamat
1959 Rasa Sayang Eh Baning
Jula Juli Bintang Tiga Kering
1960 Pak Pandir Moden Kulop
Che Mamat Parang Tumpul Che Mamat
1961 Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Awang
Puteri Gunong Ledang
Sri Mersing Jalak
Gado-gado
Lela Satria
1962 Chelorong Cheloreng Cheloreng
Badang Badang
Mabuk Kepayang Ahmad
Jula Juli Bintang 7 Mertoh
Laila Majnun
1963 Gul Bakawali
Masuk Angin Keluar Asap Wahid
Gila Talak Wahid / Wahab
1964 Pontianak Gua Musang Ali
1965 Muda Mudi
Tiga Botak Wahid
1966 Naga Tasik Chini Belitong
Dua Kali Lima Wahid
Anak Dara Laba
1979 Mat Tenggek Wahid
Dendang Perantau Wahid
1980 Tuan Besar Tuan Wahid
2004 Pontianak Harum Sundal Malam Pembesar Istana Penampilan khas
2005 Senario XX Tok Ketua Filem terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2004 Geng Skru Drebar Encik Wahid Mediacorp Suria Telemovie melayu Singapura

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Selamat Tinggal (1967) diiringi oleh The Blue Beats.

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Pencalonan Pelakon Lelaki Terbaik FFM - "Mabok Kepayang" (1962)
  • Anugerah Oskar Black Gold bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia di Manila pada 1963 - "Mabok Kepayang" (1962)
  • Pelawak Terbaik dalam Pesta Filem Asia di Taiwan pada 1966. -
  • Anugerah Perdana Emas oleh MediaCorp dalam acara Pesta Perdana 2007

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Abdul Wahid Bin Ahmad". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-01. Dicapai pada 2013-01-06.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]