Abang Openg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Abang Haji Openg)
Allahyarham Tun Datuk

Abang Openg Abang Sapiee

Yang di-Pertua Negeri Sarawak pertama
Dalam jawatan
16 September 1963 – 28 Mac 1969
Ketua MenteriStephen Kalong Ningkan
Tawi Sli
Didahului oleh-
Digantikan olehTuanku Bujang Tuanku Othman
Butiran peribadi
Lahir(1905-10-07)7 Oktober 1905
Kuching, Kerajaan Sarawak
Meninggal dunia28 Mac 1969(1969-03-28) (umur 63)
Kuching, Sarawak, Malaysia
Kerakyatan Malaysia
PasanganToh Puan Dayang Masniah Abdul Rahman
Anak-anak10 orang (Abang Abdul Rahman Zohari,Dayang Madinah Abang Openg)
HubunganTuanku Bujang Tuanku Othman (besan)

Tun Abang Haji Openg bin Abang Sapiee (7 Oktober 1905 – 28 Mac 1969) ialah seorang negarawan di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang pertama selepas pembentukan Malaysia pada 1963.

Beliau dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri setelah Sarawak menyertai Sabah, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia. Sebelum itu, jawatan tersebut bergelar "Tuan Yang Terutama Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak", di mana mereka yang dipilih untuk memegang jawatan tersebut dilantik oleh King George VI dari 1946 hingga 1952, dan seterusnya oleh Ratu Elizabeth II dari 1952 hingga 1963.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Abang Openg dilahirkan pada 7 Oktober 1905. Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kerajaan, Kuching, Sekolah St. Anthony, Sarikei dan Sekolah Malam St. Thomas, Kuching. Setelah tamat persekolahan, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang kerani di Jabatan Kerajaan pada November 1942. Beliau bersara dari perkhidmatan awam pada September 1951 dan menjadi Presiden Majlis Islam Sarawak hingga dilantik dengan rasminya menjadi Gabenor Sarawak yang pertama pada 13 September 1963.[1] Beliau memegang jawatan tersebut hingga meninggal dunia pada 28 Mac 1969.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 28 Mac 1969 di Astana, Kuching. Beliau meninggalkan seorang balu, Dayang Masniah Abang Abdul Rahman[1] dan 10 orang cahaya mata, antaranya Abang Abdul Rahim[2], Dayang Mastijah[3], Abang Abdul Rahman Zohari dan Dayang Madinah,

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) - Tun (1964)
    • Pingat Peringatan Malaysia (Emas) (P.P.M.) - 1965
  •  Sarawak
    • Darjah Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "29/03/1969 - DATU ABANG HAJI OPENG BIN ABANG SAPI'EE MENINGGAL DUNIA". hariinidalamsejarah.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-28.
  2. ^ "Abang Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia". www.utusanborneo.com.my. 2021-06-11. Dicapai pada 2024-03-28.
  3. ^ "Kakak Abang Johari meninggal dunia | Utusan Borneo Online". amp.utusanborneo.com.my. Dicapai pada 2024-03-28.
Penyandang Terdahulu Yang di-Pertua Negeri Sarawak
19631969
Penyandang Kemudian
Sir Alexander Waddell (Gabenor Koloni Mahkota British Sarawak) Tuanku Bujang Tuanku Othman