Abdul Ghani Gilong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Ghani Gilong

Menteri Kerja Raya dan Kemudahan Awam
Dalam jawatan
5 Mac 1976 – 27 Julai 1978
Didahului olehV. Manickavasagam
Digantikan olehLee San Choon
Kawasan pilihan rayaKinabalu
Menteri Kerja Raya dan Pegangkutan
Dalam jawatan
1 Januari 1972 – 4 Mac 1974
Didahului olehV. T. Sambanthan
Digantikan olehV. Manickavasagam
Kawasan pilihan rayaKinabalu
Menteri Pengangkutan
Dalam jawatan
23 September 1970 – 9 Februari 1971
Menteri Keadilan
Dalam jawatan
1969–1970
Menteri Hal Ehwal Sabah
Dalam jawatan
1968–1969
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kinabalu
Dalam jawatan
1969–1978
Didahului olehKawasan diciptakan
Digantikan olehMark Koding
Butiran peribadi
Lahir(1932-05-30)30 Mei 1932
Kampung Matan, Ranau, Borneo Utara British (kini Sabah, Malaysia)
Meninggal dunia6 Mac 2021(2021-03-06) (umur 88)
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tempat persemadianKampung Silou, Ranau, Sabah
Parti politikBERJAYA
USNO
UPKO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (BN)
PasanganHalimah Ginsos
Amisah Ibrahim
Anak-anak8 (Halimah), 4 (Amisah)
PendidikanSacred Heart School, Kota Kinabalu
PekerjaanAhli politik

Tan Sri Abdul Ghani Gilong (30 Mei 1932 – 6 Mac 2021) merupakan bekas ahli politik serta negarawan berbangsa Kadazan-Dusun yang berasal dari Sabah, Malaysia. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1932 di Kampung Matan, Ranau, Sabah dan merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Tokoh Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2010, berikutan jasa beliau yang banyak membantu kepada penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.[1]

Sumbangan terhadap pembentukan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Ghani Gilong dikenali kerana sumbangan beliau terhadap penyertaan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia. Beliau bersama-sama dengan Tun Fuad Stephens menjelajah ke kawasan pedalaman seperti Ranau, Kundasang, Tambunan, Keningau, Jeselton (kini Kota Kinabalu), Kudat, Sandakan dan Kinabatangan bagi membantu Suruhanjaya Cobbold memberi penerangan kepada rakyat Sabah mengenai faedah-faedah yang bakal dinikmati Sabah supaya mereka menyokong pembentukan Malaysia.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Ghani Gilong asalnya merupakan seorang peladang sebelum menceburkan diri dalam bidang politik. Setelah Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, beliau bersama-sama Tun Fuad Stephens mengasaskan Pertubuhan Bersatu Pasok-Momogun Kadazan. Setelah parti tersebut dibubarkan pada tahun 1967, beliau menyertai Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Kerjaya politik beliau di peringkat persekutuan bermula dengan memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Sabah dan Pertahanan Awam. Selain itu beliau juga pernah menjawat jawatan Menteri Kehakiman serta Menteri Kerja Raya dan Pengangkutan Malaysia. Semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Kerja Raya, beliau merasmikan pembukaan Lebuhraya Karak serta Terowong Genting Sempah pada tahun 1977. Selain itu, beliau turut terlibat dalam pembinaan projek mega lain seperti Kampus Utama Institut Teknologi MARA di Shah Alam serta Empangan Temenggor di Perak.

Beliau bersara dari arena politik setelah tewas pada pilihan raya 1978. Beliau kembali menjadi seorang peladang selepas persaraannya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abdul Ghani Gilong telah meninggal dunia pada 6 Mac 2021 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada pukul 12:12 tengah malam akibat sakit tua ketika berusia 88 tahun.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tan Sri Haji Abdul Ghani Gilong.
  2. ^ "Veteran politik Abdul Ghani Gilong meninggal dunia". Sinar Harian. 6 Mac 2021.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  1. Mohd Azrone Sarabatin (8 September 2007). "Abdul Ghani Gilong pembela Sabah." Berita Harian.
  2. Nota Sidang Akhbar, Anugerah Tokoh sempena sambutan perayaan Hari Malaysia Tahun 2010 (KPKK)
  3. Memori Pejuang Bangsa (Bersama mencipta masa depan gemilang)
  4. Berita Harian 17 September 2010
  5. Harian Metro 17 September 2010