Abhisit Vejjajiva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Abhisit Vejjajivat
อภิสิทธิ์ เวชชาชีวะ
Perdana Menteri Thailand
Dalam jawatan
15 Disember 2008 – 8 Ogos 2011
RajaRama IX
Didahului olehSomchai Wongsawat
Digantikan olehYingluck Shinawatra
Butiran peribadi
Lahir (1964-08-03) 3 Ogos 1964 (umur 59)
Newcastle-upon-Tyne, England
Parti politikDemokrat
PasanganDr Pimpen Sakuntabhai

Abhisit Vejjajiva (Bahasa Thai: อภิสิทธิ์ เวชชาชีวะ RTGSAphisit Wetchachiwa lahir pada 3 Ogos 1964) merupakan ahli politik Thailand. Beliau merupakan pemimpin Parti Demokrat Thailand[1] sejak Februari 2005, malah menjadi Perdana Menteri Thailand ke-27 dari 15 Disember 2008 selepas dilantik Dewan Perwakilan Thailand. Beliau turut menjadi ketua pembangkang dewan dari tahun 2003 sehingga peletakkan jawatan besar-besaran partinya tahun 2013.

Abhisit bertemu bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, 7 September 2012.

Awal hidup dan pendidikan[sunting | sunting sumber]

Abhisit dilahirkan di Newcastle-upon-Tyne, England kepada Dr Athasit Vejjajiva dan Dr Sodsai Vejjajiva ketika ibu bapanya belajar di sana. Bapanya pernah menjadi Timbalan Menteri Kesihatan.

Keluarga Vejjajiva juga adalah sebuah keluarga keturunan Cina Hakka[2] terkemuka[3] yang memelihara hubungan baik dengan elit Thai yang berkuasa sejak akhir abad ke-18;[4] Abhisit sendiri seorang Tionghoa-Thai generasi keempat.[5] Beliau mempunyai dua kakak perempuan; kakak sulung Profesor Alisa Wacharasindhu, seorang psikiatris anak terkemuka dan anak-anaknya (Tom dan Tim Wacharasindhu) belajar di Winchester College dan Eton College. Yang lainnya, Ngampun Vejjajiva, adalah seorang pengarang terkemuka Thailand.[6]

Setelah melanjutkan pengajian di Universiti Chulalongkorn, beliau ditukarkan ke Scaitclife School dan Kolej Eton di England. Abhisit kemudian belajar di Universiti Oxford dalam jurusan Falsafah, Politik dan Ekonomi.

Penceburan bidang politik[sunting | sunting sumber]

Selepas belajar di Universiti Oxford, pada usia 27 tahun, Abhisit menjadi ahli parlimen di Bangkok. Beliau berpengalaman menjadi jurucakap parti, jurucakap Kerajaan, Timbalan Setiausaha kepada Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pendidikan Parlimen, dan Menteri kepada Pejabat Perdana Menteri semasa Demokrat berkuasa.

Abhisit dipuji kerana kelihatan kacak dan bijak. Ekoran penyingkiran Perdana Menteri Samak Sundaravej pada 2008, Somchai Wongsawat telah dilantik menjadi pengganti. Pada 2008, Mahkamah Perlembagaan memutuskan parti PPP, Chart Thai serta Matchima diharamkan kerana menipu dalam pilihan raya 2007. Pada 7 Disember ramai ahli politik menyokong Abhisit menjadi Perdana Menteri Thailand ke-27. Pemimpin pembangkang termasuk dari Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) menyokong pemilihan Abhisit kerana dilihat bersih daripada rasuah dan penyelewengan seperti Thaksin Shinawatra.[7] Perlantikan ini menamatkan spekulasi campur tangan tentera dan manipulasi istana. Majalah Forbes baru-baru ini menobatkan Raja Thailand, Bhumipol Adulyadej sebagai raja terkaya di dunia dengan anggaran asset sebanyak RM116.897 bilion. Ketua Tentera Thailand, Jeneral Anupong Paochinda dilihat akur dengan perlantikan ini.

Dalam kabinet[sunting | sunting sumber]

Setelah tersingkirnya Perdana Menteri Samak Sundaravej pada 2008, Abhisit dikalahkan oleh Somchai Wongsawat dalam pemilihan Dewan Nasional Thailand untuk jabatan perdana menteri, dengan 163 banding 298 suara.[8] Pada 2 Disember 2008, Mahkamah Perlembagaan Thailand membuat keputusan melarang tiga partai politik termasuk PPP terlibat dalam politik. Hal ini menyebabkan bubarnya pemerintah koalisi. Pengadilan juga melarang Somchai dan mencopotnya dari jabatannya. Ia digantikan oleh seorang wakilnya. Ketika jelas bahwa pemerintahan di bawah Parti Rakyat Thai (pengganti PPP) bukanlah pilihan yang memungkinkan sisa anggota Parti Chart Thai di bawah Sanan Krachonprasat, Parti Pembangunan Nasional Bersatu Rakyat Thailand dan Parti Demokrat Netral, hampir semua kecuali Parti Rakyat Kerajaan memutuskan untuk mendukung sebuah koalisi yang dipimpin oleh Parti Demokrat dan dengan demikian mendukung Abhisit sebagai Pertana Menteri.[9] Abhisit bahkan memperoleh beberapa pendukung dari PPP termasuk sekitar 37 anggota Parlimen dari sebuah puak PPP yang disebut "Sahabat Newin" (กลุ่มเพื่อนเนวิน Glùm Pêuan Newin), dan dengan demikian memperoleh majoriti untuk membentuk sebuah koalisi pemerintahan.[10] Pada 7 Disember berbagai partai mengadakan sidang akhbar yang mendukung Abhisit dan pemerintahan yang dipimpin oleh Demokrat.[11][12] Abhisit secara rasmi diangkat sebagai perdana menteri baru negara itu setelah sebuah undian khusus Parlimen dilaksanakan pada 15 Disember 2008.[13]

Menjadi Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Abhisit mendapat 235 undi mengalahkan bekas Ketua Polis dan pemimpin Puea Pandin, Pracha Phromnok yang meraih 198 undi . Ini bermakna Demokrat kembali berkuasa selang 7 tahun. Parti Demokrat dikalahkan oleh parti Thai Rak Thai (TRT) pimpinan Thaksin Shinawatra mencatatkan kemenangan besar pada pilihan raya umum 2001 di sebalik krisis ekonomi 1997/98. Beliau antara yang termuda menjadi perdana menteri selain Marshal Plaek Pibulsonggram dan M.R. Senee Pramoj pada umur 41 dan 40 tahun.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Thailand parliament chooses economist as prime minister". Los Angeles Times. 15 December 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 February 2009. Dicapai pada 15 December 2008.
  2. ^ วังน้ำเย็นขู่ ยกมือสวน โกงซีทีเอ็กซ์ บีบทรท.ไล่ Diarkibkan 2008-12-08 di Wayback Machine; แกะรอยสาวใช้ตัวแสบ ฉกเอทีเอ็มหนุ่มมาร์คกด 121 หน-กว่า 8 แสน
  3. ^ "Is Abhisit Vejjajiva Thailand's Next Leader?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-21. Dicapai pada 2020-08-19.
  4. ^ Lynn Pan. The Encyclopedia of the Chinese Overseas. Harvard University Press. m/s. 220, Thailand – Changes in its economic future. ISBN 0674252101.
  5. ^ 老鳥沙馬vs.溫文阿披實 兩黨魁風格殊異
  6. ^ "The S.E.A. Write Awards a Thai Airways Sponsored Programme". Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-11-19. Dicapai pada 2020-08-19.
  7. ^ "Pembangkang yakin calon mereka dipilih PM baru Thai". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-15. Dicapai pada 2008-12-15.
  8. ^ Somchai elected new prime minister
  9. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada 2020-08-19.
  10. ^ http://www.nationmultimedia.com/2008/12/10/politics/politics_30090618.php
  11. ^ http://www.nationmultimedia.com/2008/12/08/politics/politics_30090418.php
  12. ^ http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7774676.stm
  13. ^ "New Thai prime minister elected". BBC news. 05:53 GMT, Senin, 15 Desember 2008. Dicapai pada 2008-12-15. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Abhisit Perdana Menteri Baru Thailand