Abu Zahar Ujang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abu Zahar Ujang

PSM; SUNS, DSNS (NS); AMN
Pengerusi
Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah
Memegang jawatan
21 Mei 2020
Didahului olehTunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
Yang Dipertua Dewan Negara ke-16
Dalam jawatan
26 April 2010 – 25 April 2016
Didahului olehWong Foon Meng
Digantikan olehVigneswaran Sanasee
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1995–1999
Didahului olehNapsiah Omar (UMNOBN)
Digantikan olehNapsiah Omar (UMNOBN)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Pilah
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehRamli Ujang
Digantikan olehNapsiah Omar
Pengerusi Lembaga Penasihat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Memegang jawatan
21 Mei 2020
Ketua PesuruhjayaAzam Baki
Butiran peribadi
Lahir (1944-02-01) 1 Februari 1944 (umur 80)
Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Parti politikUMNOBarisan Nasional
PasanganPuan Sri Sharifah Rugayah Syed Jaffar
Anak-anak3
Alma materLincoln's Inn, London
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

Tan Sri Abu Zahar bin Dato' Nika Ujang (lahir 1 Februari 1944) ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Ketua Pesuruhjaya Azam Baki sejak Mei 2020.[1] Beliau juga merupakan bekas Yang Dipertua Dewan Negara ke-16 dan bekas Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak). Abu Zahar dilahirkan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri bernama Puan Sri Sharifah Rugayah Syed Jaffar dan mempunyai tiga anak.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Muhammad di Kuala Pilah, N. Sembilan sebelum ke London.

Beliau lulusan undang-undang di Lincoln's Inn, London, dan pernah menjadi Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia.

Beliau pernah menjadi Timbalan Penguasa di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur pada 1979.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pernah menjadi Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah. Kemudian menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Piliah selama 14 tahun (1987-1990) . Beliau menjadi Adun (1986-1995) kemudian Anggota Parlimen Kuala Pilah (1990-1999).

Dalam hirarki UMNO, beliau dilantik menjadi ahli Lembaga Disiplin UMNO sejak 13 Mei 2004. Abu Zahar juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Pengerusi RISDA, Pengerusi Tribunal Hakcipta Malaysia dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia.

Yang Dipertua Dewan Negara ke-16[sunting | sunting sumber]

Pada 26 April 2010, Abu Zahar menggantikan Datuk Wong Foon Meng yang tamat pada 12 April 2010. Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan sokongan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.[2]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Kuala Pilah, Negeri Sembilan[3]
Tahun Barisan Nasional Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1995 Abu Zahar Ujang (UMNO) 24,485 82% Mohd Yusof Abd Malik (S46) 3,885 13%
Dewan Undangan Negeri Sembilan: Pilah[3]
Tahun Barisan Nasional Undi Prts Pembangkang Undi Prts
1986 Abu Zahar Ujang (UMNO) 4,824 62% Tong Kin Chong (DAP) 2,316 30%
1990 Abu Zahar Ujang (UMNO) 6,135 65% Abu Samail Katas (S46) 2,955 32%

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Kehormatan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "24 ahli badan bebas SPRM terima surat cara dan pelantikan". Bernama. Putrajaya: Berita Harian. 30 Jun 2020. Dicapai pada 23 Januari 2022.
  2. ^ Abu Zahar Angkat Sumpah Yang Dipertua Dewan Negara Ke-16
  3. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 26 April 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout.
  4. ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2018. Dicapai pada 24 Ogos 2018.
  5. ^ "735 to receive Negeri Sembilan awards". Astro Awani (dalam bahasa Inggeris). 13 Januari 2013. Dicapai pada 18 Februari 2022.