Agumon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Agumon


Agumon merupakan Digimon dinosaur antivirus di dunia digimon. Muncul sebagai tokoh utama dalam Digimon Adventure dengan handai Taichi Yagami, Digimon saver, dan sebagai pelengkap Masaru Daimon.

Pada versi asal Digimon Adventure dan Digimon Adventure 02 adalah dikenal oleh Chika Sakamoto Namun, dari Digimon saver Matsuno Taiko. Ianya versi Inggeris yang dikenal oleh Alessio Cigliano.

Tahap perubahan[sunting | sunting sumber]

Koromon

  • Merupakan bentuk tahap bayi bagi Agumon. Ia pertama kali muncul setelah Taichi dan rakan-rakannya datang ke Dunia Digital.

Agumon

  • Merupakan bentuk tahap anak bagi Agumon. Koromon berubah menjadi Agumon setelah Taichi dan rakan-rakannya diserang buat pertama kali oleh Kuwagamon di Pulau File. Serangan utamanya adalah Baby Flame iaitu bebola api yg kecil.

Greymon

  • Merupakan bentuk tahap dewasa bagi Agumon. Ia berubah menjadi Greymon saat Taichi diserang oleh Shellmon. Serangan utamanya adalah Mega Flame iaitu bebola api yg besar.

MetalGreymon

  • Merupakan bentuk tahap sempurna bagi Agumon. Ia berubah menjadi bentuk ini setelah mereka diserang oleh Etemon. Serangan utamanya adalah Giga Destroyer, iaitu peluru berpandu yang keluar dari tubuhnya dan Trident Arm iaitu tangan besi yang mampu memanjang untuk menarik musuhnya.

WarGreymon

  • Merupakan bentuk Mega, iaitu tahap tertinggi bagi Agumon. Ia berubah menjadi WarGreymon setelah mereka menentang Vamdemon yang telah bertukar menjadi digimon buas, iaitu VenomVamdemon. Serangan utamanya adalah Gaia Force iaitu sebuah bebola api yang seakan matahari yang sangat besar dan Brave Tornado iaitu serangan puting beliung yang mampu memusnahkan musuhnya.