Akademi Sweden

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Akademi Sweden
Svenska Akademien
Kerangka
Cogan kataSnille och Smak
(Bakat dan citarasa)
Jenis/bentuk sahSwedish Royal Academies, akademi kebangsaan, tapak web Sunting ini di Wikidata
Keanggotaan 18 orang
Tapak webhttp://www.svenskaakademien.se
Instagram: de_aderton Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Dibentuk20 Mac 1786
PengasasGustav III dari Sweden Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
Setiausaha KekalSara Danius
PenerbitanSvenska Akademiens ordlista, Svenska Akademiens Ordbok Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatStockholm, Sweden
Lokasi
  • Sweden Sunting ini di Wikidata
Koordinat59°19′31″N 18°4′14″E Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Akademi Sweden (Svensk: Svenska Akademien) merupakan salah satu Akademi Diraja Sweden yang didirikan oleh Raja Gustav III pada tahun 1786. Akademi ini dikenali atas peranannya mengumumkan pemenang untuk Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan tahunan yang diberikan sebagai memperingati pengasasnya, Alfred Nobel.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bangunan Akademi Sweden di Stockholm

Akademi ini didirikan pada tahun 1786 oleh Raja Gustav III berdasarkan model Académie française dengan keanggotaan sebanyak 18 orang ahli. Moto Akademi ini ialah "Bakat dan Citarasa" (bahasa Sweden: "Snille och Smak"). Tujuan utama Akademi ini adalah untuk "menjaga, memperkasakan serta memperindahkan bahasa Sweden" ("Svenska Språkets renhet, styrka och höghet").[1]

Atas tujuan ini, Akademi ini telah menerbitkan dua buah kamus:[2] kamus pertama ini adalah sebuah daftar istilah satu jilid bertajuk Svenska Akademiens ordlista (SAOL), manakala kamus yang kedua adalah sebuah kamus multi-jilid yang disunting mengikut prinsip-prinsip sama dalam Oxford English Dictionary iaitu Svenska Akademiens Ordbok (SAOB). Kamus SAOL telah mencapai edisi ke-14 manakala jilid SAOB yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1898, di mana kerja-kerja kini telah dilakukan selewat tahun 2017 untuk penambahan perkataan yang bermula dengan huruf "V".

Anugerah dan hadiah[sunting | sunting sumber]

Sejak 1901, Akademi ini pada setiap tahun memutuskan siapa yang bakal memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan yang diberikan sempena memperingati Alfred Nobel.

Akademi ini menganugerahi hampir 50 hadiah dan biasiswa yang berbeza setiap tahun, kebanyakan daripadanya untuk penulis tempatan Sweden. Anugerah-anugerah ini diberikan tanpa sebarang persaingan mahupun permohonan. Hadiah terbesar yang diberikan Akademi ini iaitu Hadiah Dobloug yang bernilai sebanyak $40,000 merupakan hadiah yang diberikan untuk karya cereka Sweden dan Norway yang terbaik.[3][4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Walshe, Maurice O'Connell (1965). Introduction to the Scandinavian Languages (ed. pertama). Andre Deutsch Ltd. m/s. 57.
  2. ^ Store norske leksikon (2005–2007). "Svenska Akademien". Store norske leksikon.
  3. ^ "Website of the Swedish Academy describing the prize (Swedish language))". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-16. Dicapai pada 2017-10-08.
  4. ^ Store norske leksikon (2005–2007). "Doblougprisen". Store norske leksikon.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]