Alamat Langkapuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alamat Langkapuri
Lembaran muka Alamat Langkapuri
JenisDwi-mingguan
Diasaskan1869
BahasaBahasa Melayu
Dihentikan penerbitan1878
Ibu pejabatColombo
PenerbitBaba Ounus Saldin

Alamat Langkapuri (Jawi: علامت لڠكڤوري) adalah akhbar dwi-mingguan bahasa Melayu yang diterbitkan di Colombo, Sailan (kini Sri Lanka),[1][2][3] ia dicanangkan sebagai akhbar bahasa Melayu pertama wujud di dunia[1][4][5][6][7][8] terbit pada Jun 1869.[1][2][9] Ia dicetak bertulisan Jawi dengan menggunakan proses litografi.[10]

Baba Ounus Saldin adalah penerbit, editor, dan jurulitografi yang mencetak Alamat Langkapuri.[3][11] Saldin menubuhkan sebuah percetakan bernama Alamat Langkapuri Press, yang kemudian mencapai kemasyhuran dalam masyarakat Muslim di pulau itu (kerana menerbitkan kesusasteraan Muslim Melayu dan Arabu-Tamil).[3][12]

Penerbitan ini memuat berita tempatan dan dunia, serta syair, pantun, dan bentuk-bentuk lain puisi tradisional.[13] Walaupun terutamanya ditujukan kepada diaspora Melayu di Sri Lanka, Alamat Langkapuri juga mempunyai pembaca di kepulauan Melayu.[13] Melalui akhbar ini, Saldin berusaha untuk mengalakan budaya dan bahasa Melayu. Beliau menerbitkan pebagai iklan untuk import sastera Melayu di Alamat Langkapuri, dan juga iklan untuk belajar bahasa Melayu dan kamus Melayu-Inggeris.[12] Beberapa notis dan iklan di akhbar itu juga ditulis dalam bahasa Arabu-Tamil.[14]

Penerbitan Alamat Langkapuri ini bukanlah suatu upaya yang menguntungkan untuk kewangan peribadi Saldin.[12] Akhbar ini ditutup pada akhir tahun 1870, disebabkan oleh bilangan pelanggan yang tidak mencukupi.[3][15] Akhbar dilancarkan semula pada tahun 1877, tapi ditutup secara pasti pada tahun berikutnya.[2][3] Saldin kemudian memulakan penerbitan baru, Wajah Selong, pada tahun 1895.[11] Alamat Langkapuri dan Wajah Selong ialah hanya dua akhbar sahaja yang khas serupa itu dalam sejarah negara ini.[16]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Universiti Kebangsaan Malaysia. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1986. hlm. 121, 129
  2. ^ a b c Hussein, Asiff. Sarandib: An Ethnological Study of the Muslims of Sri Lanka. [Nugegoda]: Asiff Hussein, 2007. hlm. 421 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "s" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ a b c d e Kularatne, Tilak. History of Printing and Publishing in Ceylon, 1736–1912. Dehiwala: Tilak Kularatne, 2006. hlm. 205
  4. ^ De Silva, R. K. 19th Century Newspaper Engravings of Ceylon-Sri Lanka: Accompanied by Original Texts with Notes and Comments. London: Serendib Publications, 1998. hlm. 6
  5. ^ Deumert, Ana. Structure and Variation in Language Contact. Amsterdam [u.a.]: Benjamins, 2006.
  6. ^ British Library. EAP450: Manuscripts of the Sri Lankan Malays Diarkibkan 2015-05-18 di Wayback Machine
  7. ^ Ricci, Ronit. The world's first Malay newspaper, Colombo, 1869, in Indonesia and the Malay World, Volume 41, Issue 120, 2013
  8. ^ Arabia: The Islamic World Review, Eds. 53–64. Islamic Press Agency, 1986. hlm. 78
  9. ^ Thomas, Phillip Lee, and Bob Reece. Hikayat Panglima Nikosa = The Story of Panglima Nikosa. Kuching, Sarawak: Persatuan Kesusasteraan Sarawak, 1983. hlm. 2
  10. ^ Kamaldeen, S.M. Kamal’s love of books enlightened the Malay community
  11. ^ a b Wimalaratne, K. D. G. Personalities, Sri Lanka: A Biographical Study (15th-20th Century), 1490-1990 A.D., A-Z. Colombo, Sri Lanka: Ceylon Business Appliances Ltd, 1994. hlm. 119
  12. ^ a b c Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. 1991. hlm. 109-110
  13. ^ a b Hosking, Rick. Reading the Malay World. Kent Town, S. Aust: Wakefield Press, 2010. hlm. 19
  14. ^ Nordhoff, Sebastian. The Genesis of Sri Lanka Malay: A Case of Extreme Language Contact. 2013. hlm. 281
  15. ^ Siti Hawa Hj. Salleh. Malay literature of the 19th century. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2010. hlm. 157
  16. ^ Wright, Arnold. Twentieth Century Impressions of Ceylon: Its History, People, Commerce, Industries, and Resources. New Delhi: Asian Educational Services, 1999. hlm. 318