Alvin Chong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alvin Chong
钟瑾桦
إيلۏين چوڠ
Kelahiran
Alvin Chong Chean Wah

(1991-01-23) 23 Januari 1991 (umur 33)
WarganegaraMalaysia
Nama lainALVN
PekerjaanPenyanyi, pelakon, feysen
Tahun aktif2007–kini
Ketinggian177 cm (5 ka 10 in)

Alvin Chong Chean Wah (ALVN) (Bahasa Cina: 钟瑾桦; pinyin: Zhōng Jǐnhuà; lahir 23 Januari 1991) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ). Alvin kini merupakan seorang penyanyi yang bernaung di bawah syarikat 360 milik Universal Music Malaysia.[3][4]

Kehidupan Awal[sunting | sunting sumber]

Alvin dilahirkan dan dibesarkan di George Town, Pulau Pinang. Beliau berketurunan Cina dan beragama Kristian.[5] Beliau fasih berbahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris. Biarpun dibesarkan dengan Bahasa Mandarin dan Hokkien sebagai bahasa ibunda, Alvin fasih berbahasa Melayu. Namun, untuk menyertai industri hiburan tempatan dengan lebih persediaan, beliau mula memahirkan diri dengan Bahasa Melayu dan Inggeris setelah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 2009.[6] Dalam satu temubual, Alvin turut mengakui persahabatannya dengan pelakon Fattah Amin banyak membantunya menguasai loghat Bahasa Melayu yang bersesuaian untuk kerjaya lakonannya atas bantuan dan dorongan teman rapatnya itu.

Kerajaya[sunting | sunting sumber]

Chong memulakan kerjaya sebagai penyanyi pada tahun 2012 selepas mengambil bahagian dalam program realiti nyanyian Astro Star Quest (ASQ) dan mempunyai 10 buah lagu yang ditulis dalam bahasa Mandarin. Beliau melangkah ke layar lebar menerusi filem 3 Brothers yang ditayangkan pada tahun 2014, memegang watak sebagai Ah Por.[7]

Beliau seterusnya muncul dalam drama Dia Semanis Honey yang dibintangi oleh Siti Nordiana dan Alif Satar, ia merupakan drama Melayu pertama lakonannya. Chong paling dikenali melalui gandingannya bersama Erma Fatima dalam drama Mak Cun, memegang watak sebagai Thomas Loh.[8] Chong merakamkan single bahasa Inggeris pertamanya bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon menerusi lagu bertajuk "We Got This".[9]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Ah Beng: Mission Impossible Dirinya sendiri Watak tambahan
3 Brothers Ah Por
2015 The Dream Boyz[10] Wang Yi Hu
2016 Huat The Fish[10] Alvin Loh Sheng Yang
Mrs K Robbers 1 Filem Malaysia-Hong Kong
2020 Good Wealth 2020 Anak Bob
2022 Seratus Penampilan khas

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Dia Semanis Honeymoon Alvin Astro Ria
Suri Hati Mr. Pilot Johan Chan King Wei
2017 Awak Suka Saya Tak? Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Mak Cun Thomas Loh Jing Xiang TV3
2019 Dear Neighbours Channel 8 (Singapore)
2020 Tolong Sempurnakan Cerita Mami Ku Harez Harith Astro Ria
Ben & Bella Ben TV3
2021 Takdir Yang Tertulis Ean
2022 Aku Pilih Bahagia Dzikri Hafiy TV1
She Was Pretty Ashraff Yatim Viu
Kids Nowadays Eddy Astro Ria
Kerana Cinta Itu Ada Rayyan TV3
2023 Journal Sara-haeyo Han Viu
Cik PA Tuan Ash Sam TV3
2024 Iskandar Chempaka Lex

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2017 Suri Hati Mr. Pilot Raya Johan Astro Ria
Tangisan Kubur Astro Citra
2018 Hantu Judi
2020 Sir Alvin Alvin TV3
2022 Selamat Tinggal Tahun Baharu Cina TV Okey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
2018 I Can See Your Voice Malaysia (musim 1) ntv7 Hos bersama Shuk Sahar

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2023 "Sama Sama Kita"
兔年兔星来高照
2022 "One & Only"
"Give Me Your Forever (Cover Version)"
"Sepenuh Jiwa"
2021 "Kecoh Raya"
2020 "Sayangku Salmah"
同一个未来
"Girl Went Gone"
"Tak Terganti"
2019 等我回家
被你宠爱
2018 "Tajam"
"Mencintaimu 99%"
"We Got This"
2017 "Mencintaimu 99%"
"Aku Kamu"
"Perfect?!"
2016 "Lagu Mu"
"Don't Ask Me Why"
2015 与生俱来

Albums[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2017 "Perfect?!"

Single Duet[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2022 "Sepenuh Jiwa" Kolaborasi bersama Yana
2021 "We Care" Kolaborasi bersama Dolla, Nicole Lai, Jannine Weigel
2020 "#jangankeluar" Kolaborasi bersama Artis Tempatan
2019 "Sayangmu Negaraku" Kolaborasi bersama Artis Tempatan
"Raya Nusantara" Kolaborasi bersama Artis Tempatan
"Keep Flying"

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Tahir Alhamzah (13 Julai 2018). #Showbiz: Alvin Chong all set to flying high New Straits Times. Dicapai pada 31 Julai 2018.
  2. ^ Izwan Mohd Isa (17 Februari 2018). "Alvin Chong mendaki tuah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-03. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  3. ^ Mohd Izzat Mohd Khalizan (Pelatih UUM). "Alvin Chong Kini Penyanyi Bawah Universal Music" (23 November 2017). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-28. Dicapai pada 5 January 2018.
  4. ^ Kenneth Chaw. "Actor Alvin Chong's tale of hardship will bring you to tears". Star2 (4 September 2017). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 4 September 2017.
  5. ^ "Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya" (20 October 2016). Dicapai pada 5 January 2018.
  6. ^ "5 MINUTES WITH THE MULTI-TALENTED ALVIN CHONG". Mens Folio. 15 Mei 2017. Dicapai pada 5 January 2018.
  7. ^ "Alvin Chong Bimbang Peminat Keliru Status Agamanya" (11 December 2014). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-05. Dicapai pada 5 January 2018.
  8. ^ Pui Fun (5 Julai 2018). "Meet Alvin Chong, the inspiring Malaysian artist who refused to conform to sterotypes". World of Buzz. Dicapai pada 5 Julai 2018.
  9. ^ "Alvin Chong records first English single with Filipino artiste Isabela Vinzon". Star2. 15 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-29. Dicapai pada 15 Julai 2018.
  10. ^ a b "Artiste Alvin Chong has unexpectedly piloted his way into the hearts of Malay TV audiences" (15 November 2014). Dicapai pada 5 January 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]