Amphoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejabat Daerah Mueang Phitsanulok di Thailand.

Amphoe (juga amphur, Bahasa Thai: อำเภอ, disebut [ʔām.pʰɤ̄ː]) ialah subbahagian pentadbiran tahap kedua di Thailand. Secara harfiah, istilah ini biasanya diterjemahkan sebagai "daerah". Amphoe membentuk wilayah/provinsi dan serupa dengan kaunti. Setiap amphoe dipimpin oleh seorang ketua pengawai daerah yang dipanggil Nai Amphoe (นายอำเภอ). Amphoe juga mempunyai tambon (Bahasa Thai: ตำบล) atau juga disebut "daerah kecil" atau "mukim".

Jumlah[sunting | sunting sumber]

Secara keseluruhan, amphoe di Thailand mempunyai 878 buah pada 31 Disember 2018, ia tidak termasuk daerah-daerah di Bangkok yang disebut khet, sejak pembaharuan pentadbiran Bangkok pada tahun 1972.[1] Berdasarkan bancian Thailand 2000, daerah yang paling terpadat ialah Mueang Samut Prakan di Wilayah Samut Prakan dengan jumlah penduduk mencecah 509,262 orang manakala daerah kurang padat ialah Ko Kut di Wilayah Trat dengan jumlah 2,042 orang.[2]

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Setiap daerah diketuai oleh seorang ketua pegawai daerah (nai amphoe, นายอำเภอ), yang telah/akan dilantik oleh Kementerian Dalam Negeri. Pegawai itu adalah bawahan gabenor wilayah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Administrative Information" (PDF). Department of Provincial Administration (DOPA). Dicapai pada 2 Jun 2019.
  2. ^ "Population and Housing Census 2000" (dalam bahasa Inggeris). National Statistical Office. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-12. Dicapai pada 2009-01-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]