Cirneco Etna

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing pemburu Etna)
Cirneco Etna
Negara asalItali
Trait
Berat Jantan 10–13 kg (22–29 lb)[1]
Betina 8–10 kg (18–22 lb)[1]
Tinggi Jantan 46–50 cm (18–20 in)[1]
Betina 44–48 cm (17–19 in)[1]
Bulu pendek di kepala, pendek hingga separa panjang di tubuh
Warna kuning pasir muda, putih telur, sawo matang muda hingga tua
Jangka hayat 12–14 tahun[2]:33
Anjing (Canis lupus familiaris)

Cirneco Etna[a] ialah satu baka anjing pemburu dari pulau Sicilia di Laut Tengah. Ia dinamai sempena Gunung Berapi Etna di Sicilia timur. Ia mempunyai deria bau tajam dan digunakan untuk memburu buruan kecil, khususnya arnab.[3][4] Seperti banyak anjing pekerja, pendaftaran bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja.[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini dinamai sempena Gunung Berapi Etna di Sicilia, tempat asalnya. Perkataan cirneco diterbitkan daripada perkataan bahasa Latin Latin: cyrenaicus yang berkaitan dengan Cyrenaica di Afrika Utara, dan dalam bahasa Itali moden digunakan untuk semua anjing pemburu kecil dari pulau-pulau Laut Tengah, termasuk Sicilia, Malta, dan Kepulauan Balear.[3] Kajian-kajian genetik bagi hubungan antara cirneco dengan baka-baka lain telah mengeluarkan hasil-hasil bercanggah: salah satu mengesahkan kerapatannya dengan kelb tal-fenek dari Malta dan podenco Ibiza dari Kepulauan Balear, namuna juga menghubungkannya dengan anjing gunung Pyrénées;[6] satu lagi menemukan bukti bagi aliran gen daripada podenco Canaria dari Kepulauan Canaria;[7] satu kajian genomik pada tahun 2021 menemukan bahawa ia paling berkait rapat dengan kelb tal-fenek dan anjing pemburu Itali.[8] Kerap ada dakwaan berkontroversi bahawa cirneco Etna ialah baka purba.[3][4][9][5][10] Sebutan bersurat terawal bagi baka moden adalah daripada Maurizio Migneco, seorang doktor bedah veterinar dari Adrano di lereng Gunung Etna, yang menerbitkan pernyataan dalam Il Cacciatore Italiano pada tahun 1932. Ini dilihat oleh wanita bangsawan, Agata Paternó Castello, yang membeli sesetengah anjing berkenaan dan pada tahun 1934 mula membiakbakakan anjing-anjing itu.[9] Baka ini diiktiraf oleh Ente Nazionale Cinofilia Italiana pada tahun 1939, berdasarkan piawaian baka yang disusun oleh Giuseppe Solaro dari Torino.[9][11] Cirneco diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1956.[12] Ia merupakan baka jarang; pada tempoh dari tahun 2010 hingga tahun 2018, pendaftaran baharu di Itali berangka sekitar antara 100 dengan 150 setiap tahun.[5] Pendaftaran baka bersyarat pada kejayaan penyelesaian ujian kerja, dalam hal ini, ujian lapangan spesifik.[5][13]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Perini, Francesco; Cardinali, Irene; Ceccobelli, Simone; Gruppetta, Anthony; San José, Carlos; Cosenza, Mario; Musso, Nicolò; Martìnez, Amparo; Abushady, Asmaa M; Monteagudo, Luis V; Liotta, Luigi; Lancioni, Hovirag; Attard, George; Lasagna, Emiliano (Februari 2023). "Phylogeographic and population genetic structure of hound-like native dogs of the Mediterranean Basin". Research in Veterinary Science (dalam bahasa Inggeris). 155: 103–114. doi:10.1016/j.rvsc.2023.01.010. PMID 36669378 Check |pmid= value (bantuan).

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: چيرنيکو ايتنا; Itali: cirneco dell'Etna, sebutan bahasa Itali: [tʃirˈneːko delˈlɛtna]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Cirneco dell'Etna (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  2. ^ [Bruce Fogle] (2013). The Dog Encyclopedia (Inggeris). London, United Kingdom; New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley. ISBN 9781465408440.
  3. ^ a b c Cirnèco (Itali). Vocabolario on line. Rom, Itali: Istituto dell'Enciclopedia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  4. ^ a b "FCI-Standard N° 199 CIRNECO DELL'ETNA" [Piawaian FCI No. 199 Cirneco Etna] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Jane Moore. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 7 Februari 2017. Dicapai pada 1 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  5. ^ a b c d Cirneco dell'Etna (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  6. ^ Andrea Talenti, Dayna L. Dreger, Stefano Frattini, Michele Polli, Stefano Marelli, Alexander C. Harris, Luigi Liotta, Raffaella Cocco, Andrew N. Hogan, Daniele Bigi, Romolo Caniglia, Heidi G. Parker, Giulio Pagnacco, Elaine A. Ostrander, Paola Crepaldi (2018). Studies of modern Italian dog populations reveal multiple patterns for domestic breed evolution (Inggeris). Ecology and Evolution. 8: 2911–2925. doi:10.1002/ece3.3842.
  7. ^ Emiliano Lasagna, Simone Ceccobelli, Amparo Martinez Martinez, Hovirag Lancioni, Vincenzo Landi, Mario Cosenza, Anthony Gruppetta, Francesca Maria Sarti, Vincenzo Chiofalo, Carlos San José, Luis Monteagudo Ibanez, Luigi Liotta, George Attard (2019). Genetic variability assessment in different Mediterranean canine breeds using microsatellite markers (Inggeris). Italian Journal of Animal Science. 18 (s1): 108.
  8. ^ Matteo Cortellari, Arianna Bionda, Andrea Talenti, Simone Ceccobelli, George Attard, Emiliano Lasagna, Paola Crepaldi, Luigi Liotta (2021). Genomic variability of Cirneco dell’Etna and the genetic distance with other dog breeds (Inggeris). Italian Journal of Animal Science. 20 (1): 304–314. doi:10.1080/1828051X.2021.1873076.
  9. ^ a b c Felice Modica (18 Februari 2018). La vera storia del cirneco, la razza più antica: Riscoperta da una nobildonna straordinaria (Itali). Il Giornale. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  10. ^ Cirneco dell'Etna (Itali). Ente Nazionale Cinofilia Italiana. Diarkibkan pada 7 Julai 2014.
  11. ^ D. Caroline Coile, Michele Earle-Bridges (2015). Encyclopedia of Dog Breeds (Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: Barron's Educational Series. ISBN 9781438067926.
  12. ^ FCI breeds nomenclature: Cirneco dell'Etna (199). Fédération Cynologique Internationale. Dicapai pada 1 Januari 2024.
  13. ^ "Sport" (dalam bahasa Inggeris). Cirneco Dell'Etna Club of America. Dicapai pada 1 Januari 2024.