Astro Shaw

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Shaw Sdn. Bhd.
Jenis/bentuk sahPerniagaan Sunting ini di Wikidata
IndustriPerfileman
Ditubuhkan1996; 28 tahun yang lalu (1996)
Ibu pejabatBukit Jalil, Kuala Lumpur
Kawasan perkhidmatan
Tokoh pentingRaja Jastina Raja Arshad (Ketua Astro Shaw & Nusantara)
Norsalvina Alwee @ Vee (Ketua Pemasaran & Pengedaran)
Kyle Goonting (Ketua Pembangunan Filem)
Wee Sher Leen (Ketua Kandungan Strategi)
Chua Pei Pei (Ketua Kewangan & Pentadbiran)
Anwari Ashraf bin Hashim (Ketua Writers' Room)
Sarimah Ibrahim
Faizal Fauzi
Zahirah Abdul Rahim
Perkhidmatan
  • Penghasilan filem
  • Pemasaran filem
  • Pengedaran Filem
Syarikat indukAstro Malaysia Holdings Berhad
Pembahagian
Tapak webhttp://www.astroshaw.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Astro Shaw Sdn. Bhd. adalah salah satu syarikat perfileman yang merupakan peneraju utama industri perfileman Malaysia. Terkenal dengan pendekatan yang bersifat inovatif serta merupakan pelopor trend filem tempatan, Astro Shaw telah banyak menghasilkan filem yang berjaya menyentuh hati para penonton.

Kebanyakan filem yang dihasilkan oleh Astro Shaw sesuai untuk pasaran tempatan dan serantau. Ia juga terus berkembang kukuh dengan melibatkan diri dalam pelaburan filem antarabangsa. Astro Shaw juga menyediakan servis pemasaran serta pengedaran filem secara menyeluruh untuk tayangan pawagam serta platform lain di Malaysia mahupun luar negara.

Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem blockbuster tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Filem Hantu Kak Limah telah berjaya memecahkan rekod kutipan box office tempatan apabila berjaya menjadi filem pertama mendapat kutipan sebanyak lebih daripada RM 30 Juta[1]. Pada tahun 2018 sahaja, Astro Shaw mencapai kutipan box office melebihi RM 100 Juta melalui filem-filem terkenal seperti Dukun, Paskal, Hantu Kak Limah dan Polis Evo 2.

Selaku rakan kongsi utama pengedar dan pemasaran filem, Astro Shaw telah mengedar serta memasarkan salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 dengan jayanya. Astro Shaw juga menerbitkan bersama, mengedar dan memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie pada tahun 2022 dan memecahkan rekod kutipan tertinggi filem animasi Malaysia sepanjang masa.

Polis Evo 3[2] berjaya mendapatkan kutipan tertinggi blockbuster untuk filem di bawah terbitan atau edaran Astro Shaw dengan kutipan sebanyak RM50 juta dalam masa 24 hari sahaja diikuti oleh Hantu Kak Limah, Mechamato Movie, MALBATT: Misi Bakara dan PASKAL The Movie.

Sebagai pendahulu dan pemimpin barisan hadapan industri filem tempatan, Astro Shaw sentiasa dalam pencarian bakat tempatan serta bakat penceritaan. Melalui program writers' room yang diketuai oleh Anwari Ashraf, pihak Astro Shaw sentiasa dalam usahanya untuk membangunkan serta menggabungkan idea beserta naratif untuk lakon layar yang komersial dan menghiburkan. Filem keluaran tahun 2019, Pusaka, filem pertama seumpanya yang pernah dihasilkan yang menggabungkan genre penyiasatan serta seram, merupakan filem hasil program writers' room oleh Astro Shaw.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah jenama Astro Shaw, tumpuan awalnya adalah untuk menggiatkan industri filem tempatan melalui pengeluaran filem yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang cemerlang. Astro Shaw menghasilkan filem pertamanya pada tahun 1998 bertajuk Nafas Cinta. Filem yang dibintangi oleh Awie itu menerima sambutan hangat semasa ditayangkan di pawagam. Nafas Cinta telah membuka peluang bagi Astro Shaw untuk mengembangkan usaha pengeluaran filem dan sejak tahun 2001, Astro Shaw telah mengeluarkan lebih 80 filem. Pada tahun 2010, Astro Shaw memperluaskan lagi jangkauannya dengan menghasilkan filem Bahasa Cina yang pertama bertajuk Woohoo. Semenjak itu, Astro Shaw telah menghasilkan 5 lagi filem bahasa Cina termasuk filem The Journey yang berjaya menggondol beberapa anugerah dalam festival filem tempatan.

Pada tahun 2014 pula, Maindhan menjadi filem Bahasa Tamil pertama yang dihasilkan oleh Astro Shaw. Bukan sahaja di Malaysia, malahan filem ini ditayangkan di pawagam negara Singapura dan Tamil Nadu. Ia mendapat pujian dari para pengkritik dan muncul sebagai filem Tamil tempatan yang mendapat kutipan box office tertinggi di Malaysia sebelum gelaran itu diambil alih oleh filem Vedigundu Pasangge pada tahun 2018 yang turut dihasilkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Veedu Productions Sdn Bhd.

Filem Polis EVO yang berjaya mencatat sejarah apabila menjadi filem nombor 1 negara pada tahun 2015 dengan kutipan RM17.74 juta.

Box Office[sunting | sunting sumber]

Sekitar tahun 2010 hingga 2013, filem yang menduduki carta sebagai filem tempatan yang mendapat kutipan paling tinggi di Malaysia hanya berkisar sekitar RM8 juta. Walaubagaimanapun, pada tahun 2014, Astro Shaw berjaya mencipta sejarah dan telah menaikkan tanda aras untuk filem-filem tempatan dengan melepasi aras kutipan RM15 juta melalui filem The Journey (RM17.28 juta). The Journey merupakan filem pertama dan satu-satunya filem tempatan berbahasa Cina yang berjaya mengungguli carta box office tempatan pada tahun ia ditayangkan. Ini merupakan satu prestasi yang masih belum dicapai oleh syarikat penghasilan filem lain di Malaysia. Pada tahun 2015 pula, Astro Shaw sekali lagi mengekalkan rekod sebagai filem nombor 1 negara apabila filem Polis Evo arahan Ghaz Abu Bakar dan penerbit Joel Soh mendapat kutipan sebanyak RM17.74 juta dan menjadi filem Melayu pertama mendapat kutipan lebih RM15 juta.

Manakala pada tahun 2018, terdapat kenaikan besar dalam kutipan box office tempatan kepada sejumlah RM 170 Juta melalui kutipan daripada 49 buah filem yang ditayangkan. Astro Shaw menjadi peneraju utama yang menyumbang kepada peningkatan luar biasa ini dengan memegang sebanyak 60% saham pasaran filem tempatan. Astro Shaw sahaja mempunyai kumulatif kutipan box office yang mengagumkan melebihi RM 103 juta yang diperoleh melalui 4 filem blockbuster, antaranya Hantu Kak Limah[1] (RM 36.4 Juta), Dukun (RM 12 Juta), PASKAL (RM 30.08 Juta) dan Polis Evo 2 (RM 22.45 Juta).

Berikutan tahun yang bersejarah itu, Astro Shaw kini mendominasi industri filem Malaysia dengan menduduki 5 daripada 10 carta filem blockbuster yang mendapat kutipan paling tinggi sepanjang masa. Dengan kutipan sebanyak RM38 juta melalui Hantu Kak Limah, ia menjadi filem tempatan pertama yang mengatasi kutipan boxoffice di tanda aras RM30 juta sekaligus memecahkan rekod filem box office negara.

Polis Evo 3[2] berjaya mencipta sensasi dan sejarah apabila menjadi filem dengan kutipan tertinggi bagi terbitan dan edaran Astro Shaw dengan jumlah sebanyak RM54 juta setelah 8 minggu. Ini sekaligus mengukuhkan jenama Astro Shaw sebagai peneraju syarikat perfileman tempatan.

Filem Ola Bola terbitan Astro Shaw bersama Multimedia Entertainment dan Golden Screen Cinemas yang berjaya bertanding di Festival Filem Far East.

Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

KL Menjerit merupakan filem pertama dihasilkan oleh Astro Shaw yang memenangi anugerah pada tahun 2003. Filem ini memenangi 8 kategori untuk Festival Filem Malaysia ke-16 termasuk Filem Terbaik dan 2 lagi kategori di Anugerah Skrin TV3.

Berikutan kejayaan KL Menjerit, Astro Shaw telah memenangi lebih daripada 170 anugerah dari festival filem tempatan dan antarabangsa. Filem keluaran Astro Shaw, The Journey dan Ola Bola dipilih untuk bertanding dalam Festival Filem Far East.

Perlaburan Filem Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pelaburan Astro Shaw dalam penghasilan filem antarabangsa telah mendapat pujian pelbagai pihak. Sebagai contoh, filem arahan pengarah daripada Thailand, Apichatpong Weerasethakul, Cemetery of Splendor, yang ditayangkan di Un Certain Regard, salah satu seksyen Festival Film Cannes 2015 telah berjaya memenangi Filem Terbaik di Pameran Filem Asia Pasifik ke-9. Selain itu, filem arahan Mouly Surya, pengarah daripada Indonesia yang bertajuk Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak membuat debutnya di Director’s Fortnight Section di Cannes. Manakala, The White Girl, filem Hong Kong yang diarahkan oleh Christopher Doyle dan Jenny Suen merupakan percubaan pertama Astro Shaw untuk menapak di dalam industri perfileman Asia Utara, dan filem tersebut dipertandingkan dalam Festival Filem London pada tahun 2017.

Selain itu, filem Astro Shaw yang akan ditayangkan pada Januari 2020, The Garden of Evening Mists telah dicalonkan dalam 9 kategori untuk Anugerah Golden Horse ke-56.

Pada tahun 2022, Astro Shaw telah melabur dalam penghasilan 5 filem Indonesia iaitu Ben & Jody, Mencuri Raden Saleh[3], Keluarga Cemara 2, Jagat Arwah dan Qodrat. Kesemua filem ini mendapat pujian positif oleh rakyat Malaysia hasil kualiti filem tersebut.[4] Ini secara tidak lanngsung mengukuhkan perantaraan Malaysia dan Indonesia dalam industri perfileman.

Perkembangan Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw telah terlibat dalam industri perfileman bukan sekadar melalui penghasilan filem, malah ia juga merupakan rakan kongsi yang kukuh dalam pemasaran dan pengedaran filem di Malaysia mahupun antarabangsa. Sebagai contoh, filem KL Special Force arahan Syafiq Yusof terbitan utama Skop Productions memilih Astro Shaw sebagai rakan pemasaran filem tersebut. Salah satu filem animasi terbesar pada tahun 2019, BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem yang dipasarkan serta diedarkan oleh Astro Shaw.

Pada tahun 2022, Astro Shaw bekerjasama dengann Visinema Pictures di Indonesia untuk mengembangkan perniagaan pembuatan filem. Hasil daripada kolaborasi tersebut, 4 filem terbitan bersama dikeluarkan pada tahun sama.[5]

Selepas kejayaan box office yang dialami dalam filem tersebut, mereka diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menerbitkan bersama[6] serta memasarkan filem ayahnya, Mechamato Movie dan berjaya mendapat kutipan sebanyak RM35.88 juta menjadikan sebagai filem animasi Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.[7]

Mereka menjadi produksi utama filem kanak-kanak Didi & Friends The Movie terbitan bersama Warnakala Studios dan Digital Durian.[8]

Astro Shaw telah menjadi salah satu produksi dalam penerbitan salah satu filem termahal Malaysia, MALBATT: Misi Bakara bersama Berjaya Pictures, ACT 2 Pictures, Fast Bikes, Aurum Invesments Limited dan Golden Screen Cinemas arahan Adrian Teh dengan kos RM20 juta.[9]

Dengan memanfaatkan perhubungan rakan kongsi serantau dan antarabangsa sedia ada, Astro Shaw sentiasa meneruskan usahanya untuk mencari pasaran baharu yang berpotensi untuk mengedarkan filem-filem tempatan selain membuka jalan buat filem antarabangsa untuk memasuki pasaran Malaysia.

Program Writers' Room[sunting | sunting sumber]

Astro Shaw memimpin barisan hadapan dalam mendandan penceritaan oleh bakat tempatan melalui formasi oleh pihak penulisnya sendiri yang diketuai oleh Anwari Ashraf. Matlamat ahli pasukan ini bertumpu kepada pembangunan cerita serta idea daripada kreativiti bakat tempatan dan pencarian untuk menghasilkan cerita yang menarik bukan sahaja sesuai untuk tontonan tempatan, malahan antarbangsa. Antara filem yang menggunakan Writers' Room ialah filem Pusaka dan Rahsia. Kedua-dua filem tersebut merupakan filem seram terbitan utama Astro Shaw.

Filem[sunting | sunting sumber]

Melayu[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan Kasar Penerbit
1998 Nafas Cinta Jailani Abdul Ghani Romantik, Drama RM 255,102.00
2007 Diva[10] Sharad Sharan Muzikal RM 213,245 Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala Buena Vista Columbia Tristar Films (kini Sony Pictures Malaysia) sebagai pengedar
2008 Tipu Kanan Tipu Kiri Sharad Sharan Romantik, Komedi, Drama RM 623,546.25 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2010 Lagenda Budak Setan Sharad Sharan Drama RM 4,382,008 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2011 Sini Ada Hantu James Lee Seram, Komedi RM 1,602,654 Dengan kerjasama Double Vision
Ombak Rindu Osman Ali Drama RM 1,1042,009 Dengan kerjasama Tarantella Pictures
2012 Hoore! Hoore! Saw Teong Hin Muzikal, Drama RM 353,837.50 Dengan kerjasama Real Films
Untuk Tiga Hari Dato' Afdlin Shauki Romantik, Drama RM 785,805.25 Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Lagenda Budak Setan 2: Katerina Sharad Sharan Romantik, Drama RM 2,106,378 Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
2013 Bikers Kental Helmi Yusof Komedi, Drama RM 2,727,880 Dengan kerjasama Califwork Studios
Penanggal Ellie Suriati Seram RM 2,731,732 Dengan kerjasama Grand Brilliance dan Tayangan Unggul
Papadom 2 Dato' Afdlin Shauki Komedi RM 623,612 Dengan kerjasama Ismail Holdings dan Vision Works
2014 Kami Histeria Shamyl Othman Seram, Komedi RM 874,152.50 Dengan kerjasama Marna Films dan Redfilms
Apokalips X Allahyarham Mamat Khalid Aksi, Drama RM 260,197 Dengan kerjasama Tayangan Unggul dan Naga VXS
Lagenda Budak Setan 3: Kasyah Sharad Sharan Romantik, Drama RM 1,320,327.00 Produksi utama ialah Astro Shaw dan Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Amir dan Loqman Pergi ke Laut Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Drama RM 310,850 Produksi utama ialah Astro Shaw dan Greenlight Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Manisnya Cinta Di Cappadoccia Bernard Chauly Romantik, Drama RM 1,797,505.81 Produksi utama ialah Astro Shaw, Global Station dan Redfilms manakala GSC Movies sebagai pengedar
Terbaik Dari Langit Nik Amir Mustapha Komedi, Drama RM 474,660 Produksi utama ialah Astro Shaw dan Playground Productions (kini Playground Films) manakala GSC Movies sebagai pengedar
2015 Suamiku Encik Perfect 10 Feroz Kader Romantik, Drama MY: RM 3,025,971.88

Brunei: RM147,374.75

Produksi utama ialah Astro Shaw dan Global Station manakala GSC Movies sebagai pengedar
Cicakman 3 Datuk Yusry Abdul Halim dan Ghaz Abu Bakar Adiwira, Aksi, Komedi MY: RM 2,555,988.77

Brunei: RM42,400.80

Produksi utama ialah Astro Shaw, Grand Brilliance dan KRU Studios manakala Primeworks sebagai pengedar bersama TGV Pictures
Pilot Cafe Osman Ali Romantik, Drama MY: RM 1,987,987.01

Brunei: RM85,369.03

Produksi utama ialah Tarantella Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Polis Evo Ghaz Abu Bakar Aksi, Komedi RM 17,724,178.87

Brunei: RM342,915.00

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
2016 Langit Cinta Osman Ali Romantik, Drama MY: RM 665,768.70

Brunei: RM109,224

Dengan kerjasama Nuansa Sdn. Bhd.
Ola Bola Chiu Keng Guan Drama, Patriotik, Sukan RM 16.67 Juta Produksi utama ialah Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Woohoo Pictures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Aliff Dalam 7 Dimensi Faisal Ishak Aksi MY: RM 1,702,168.75

Singapura: RM 39,024.00

Dengan kerjasama ChainFX dan Tayangan Unggul
Dukun Doktor Dani Sabri Yunus Drama MY: RM 69,182.55

Brunei: RM 1,465.67

Singapura: RM 4,216.00

Dengan kerjasama Balang Rimbun
2017 Kimchi Untuk Awak Michael Ang Romantik, Komedi MY: RM 1,139,912.69

Brunei: 82,179.95

Dengan kerjasama Dark Wave Pictures
Kau Yang Satu Osman Ali Drama Dengan kerjasama Global Station dan Nuansa
Abang Long Fadil 2[11] Syafiq Yusof Aksi, Komedi MY: RM 18,122,481.65

Brunei: RM207,095.50

Singapura: RM104,317.00

Dengan kerjasama Skop Productions
Bisik Pada Langit Kabir Bhatia Drama Dengan kerjasama Nusantara Seni Karya dan Filmscape
Tombiruo: Penunggu Rimba[12] Seth Larney dan Nasir Jani Aksi, Drama MY: RM 8.032,052.72

Brunei: RM49,556.25

Singapura: RM47,777.04

Dengan kerjasama Kumpulan Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan
2018 Busker Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin (Kye Fariz) Romantik, Muzikal MY: RM 98,809.97

Brunei: RM4,458.76

Singapura: RM142.90

Dengan kerjasama Tayangan Unggul
KL Special Force Syafiq Yusof Aksi RM12.1 juta Produksi utama ialah Skop Productions, Damofa Productions dan Viper Studios manakala Astro Shaw sebagai rakan pemasaran
Hantu Rumah Sakit Jiwa Michael Ang Seram, Komedi Keluaran Astro First : RM 422,977.5 Dengan kerjasama Tayangan Unggul
Dukun[13] Dain Said Seram, Ngeri MY: RM 9,933,035.76

Brunei: RM214,982.8

Singapura: RM389,067.24

Hantu Kak Limah Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Seram RM 36,626,906.59 Dengan kerjasama Infinitus Gold
Paskal[14] Adrian Teh Aksi, Patriotik RM30.08 juta Produksi utama ialah Astro Shaw, Asia Tropical Films, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan Granatum Ventures manakala GSC Movies sebagai pengedar
Polis Evo 2[15] Joel Soh dan Andre Chiew Aksi RM22.45 juta Dengan kerjasama Surya Citra Media dan Blackflag
2019 Misteri Dilaila Syafiq Yusof Misteri, Seram RM9.4 juta Dengan kerjasama Skop Productions
BoBoiBoy Movie 2[16] Nizam Razak Animasi, Adiwira, Aksi, Komedi Asia: RM30 juta (termasuk MY)

MY: RM29.6 juta

Dengan kerjasama Animonsta Studios
Sangkar Kabir Bhatia Drama, Aksi RM12 juta Dengan kerjasama Primeworks, MM2 Entertainment dan Infinitus Gold
M For Malaysia Dian Lee dan Ineza Roussile Dokumentari Kolaborasi bersama Project M Media
Pusaka Razaisyam Rashid Seram RM13.7 juta Dengan kerjasama Director's Think Tank dan Alpha 47 Films
Wira Adrian Teh Aksi RM7.6 juta Produksi utama ialah Astro Shaw, Primeworks Studios, Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment dan ACT 2 Pictures, manakala GSC Movies sebagai pengedar
2020 Bulan dan Pria Terhebat Ghaz Abu Bakar Aksi, Komedi RM4 juta Dengan kerjasama Nizra Entertainment dan Skop Productions
Eye On The Ball Chen Yih Wen Sukan, Dokumentari Kolaborasi bersama Star Media Group dan CIMB Foundation sebagai produksi manakala Astro Shaw sebagai pengedar bersama TGV Pictures
Manap Karaoke Allahyarham Mamat Khalid Komedi Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut
Mulut Masin Razaisyam Rashid Seram, Komedi Dengan kerjasama Alpha 47 Films
Saka Nan Sepi Razaisyam Rashid dan Azri Azman Komedi, Seram Dengan kerjasama Alpha 47 Films
2021 Kerana Korona Kabir Bhatia Drama, Keluarga Dengan kerjasama Wildsnapper TV
Penunggang Agama Syafiq Yusof Seram, Ngeri, Agama Dengan kerjasama Skop Productions
18 Puasa Di Kampong Pisang Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Agama Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut
Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa Allahyarham Mamat Khalid Komedi, Muzikal Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut
Chomel Jason Chong Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Double Vision
Penunggang Agama 2 Syafiq Yusof Seram, Ngeri, Agama Dengan kerjasama Skop Productions
2022 Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Amen Khalid Komedi, Seram Dengan kerjasama Enjit Enjit Semut
Juang Aziz M. Osman, Datuk Yusry Abdul Halim, Matt Lai, Kabir Bhatia dan Osman Ali Drama RM500 ribu Dengan kerjasama Suhan Movies & Trading, Asia Tropical Films, The Film Engine, Web TV Asia dan FilmForce
Abang Long Fadil 3[17] Syafiq Yusof Aksi, Komedi RM25 juta Dengan kerjasama Skop Productions
Talbis Iblis Kabir Bhatia Seram RM4 juta Dengan kerjasama Infinitus Gold, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment dan Chain FX
Mechamato Movie[18] Nizam Razak Animasi, Adiwira, Aksi, Cereka sains, Pengembaraan MY: RM 35.88 juta Dengan kerjasama Animonsta Studios
2023 Didi & Friends The Movie Akmal Aziz Asmawi dan Roshfaizal Ariffin Animasi, Muzikal, Pengembaraan MY: RM8.144 juta Dengan kerjasama Warnakala Studios dan Digital Durian
Polis Evo 3[19] Syafiq Yusof Aksi, Komedi RM55 juta (RM54 juta + RM1 juta kutipan Astro First) Dengan kerjasama Skop Productions, TGV Cinemas dan Blackflag
Merewang Keluarga Pak Awang Adlin Aman Ramlie Komedi, Keluarga Dengan kerjasama Infinitus Gold
Rahsia[20] Shamyl Othman Seram RM6 juta Dengan kerjasama Five Star Trading dan Kuman Pictures
MALBATT: Misi Bakara[21] Adrian Teh Aksi, Perang, Patriotik RM34 juta Produksi utama ialah Astro Shaw, Golden Screen Cinemas, Berjaya Pictures, Aurum Investments, ACT 2 Pictures dan Fast Bikes manakala GSC Movies sebagai pengedar
Geng Sakau vs. Hantu Ting Tong Wan Hafiz Seram, Komedi Dengan kerjasama KRU Studios
Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys Eric Ong dan Jason Chong Drama, Biografi, Sukan Dengan kerjasama SOL Pictures dan GV Corporates Advisory
2024 Sheriff: Narko Integriti Syafiq Yusof Misteri, Aksi Dengan kerjasama Skop Production
The Experts Andre Chiew dan Nazim Shah Aksi, Jenayah Dengan kerjasama Blackflag dan TGV Cinemas
Baik Punya Ah Long Dato' Afdlin Shauki Komedi Dengan kerjasama Vision Works
P.A.P.A. Game On Nizam Razak Animasi, Keluarga, Pengembaraan Dengan kerjasama Animonsta Studios
2025 Keluang Man Anwari Ashraf Adiwira, Aksi, Komedi Dengan kerjasama Pasal Productions
Projek: Kahar Razaisyam Rashid Aksi, Drama Dengan kerjasama Pasal Productions dan Alpha 47 Films
Khawarij Syamsul Yusof Seram, Agama Dengan kerjasama Syamsul Yusof Films
BoBoiBoy Movie 3 Nizam Razak Animasi, Adiwira, Aksi, Komedi Dengan kerjasama Animonsta Studios
Akan diumumkan Musytari Nadiah Hamzah Cereka sains Dengan kerjasama Wayangworks
Geran 2 Areel Abu Bakar dan Joel Soh Aksi Dengan kerjasama Blackflag dan Layar Pictures
Tanah Kubur Rashid Sibir Drama, Agama Dengan kerjasama Opera Klasik, Alkahfi Pictures, Greenlight Pictures dan Da Huang Pictures
Vektor Dain Said Cereka sains Dengan kerjasama Apparat, Kinovisuals dan GSC Movies
Bulan dan Pria Terhebat 2 Dr. Vimala Perumal Aksi, Komedi Dengan kerjasama Nizra Entertainment, Veedu Production dan Screenplay Films
Pi Mai Pi Mai Tang Tu The Movie Shamyl Othman Komedi Dengan kerjasama Cinematic Pictures, Redfilms dan KL Motion Pictures

Inggeris[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2009 Sell Out! Komedi Yeo Joon Han
2020 The Garden of Evening Mists Drama Tom Lin Shu-Yu Dengan Kerjamsama CJ Entertainment & HBO Asia
2024 Zan Orangutan: Going Bananas Animasi Norman Abdul Halim Dengan kerjasama KRU Studios

Tamil[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2014 Maindhan Aksi, Komedi C. Kumaresan RM 903,550.00 Dengan kerjasama CK Films & SS Wawasan
2018 Vedigundu Pasangge Drama, Komedi Dr. Vimala Perumal Dengan kerjasama Veedu Production
2024 Neer Mel Neruppu Drama Shanjhey Kumar Perumal Dengan kerjasama Skyzen Studios

Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Genre Pengarah Pulangan Kasar Penerbit
2010 Woohoo Komedi Chiu Keng Guan RM 4,205,397.50 Dengan kerjasama Woohoo Pictures
2011 Great Day Drama / Komedi Chiu Keng Guan Dengan kerjasama Woohoo Pictures
Claypot Curry Killers / Spicy Killers Slasher / Thriller James Lee
2012 Ghost Buddies Seram / Komedi Simon Sek RM 1,095,623 Dengan Kerjasama Double Vision Pictures
2013 Paper Moon Romantik / Komedi Stanley Law RM 171,539 Dengan Kerjasama Double Vision Pictures & Passion Music & Entertainment
Once Upon A Time Komedi Silver RM 5,589,030 Dengan Kerjasama The Film Engine
2014 The Journey Drama Chiu Keng Guan RM 17,245,191.50 Dengan kerjasama Woohoo Pictures
In The Dark Seram Yeo Joon Han RM 888,004.40 Dengan Kerjasama Amok Films
2017 You Mean the World to Me Drama Saw Teong Hin MY: RM 1,278,376.65

Singapore: RM7,690.50

Dengan Kerjasama Real Pictures
2018 Think Big Big Komedi / Drama Chiu Keng Guan MY: RM 5,329,298.97

Brunei: RM12,405.00

Dengan kerjasama Golden Screen Cinemas, Multimedia Entertainment, MM2 Entertainment & Woohoo Pictures
2023 Ma, I Love You Drama Chiu Keng Guan RM1.2 juta Dengan kerjasama Multimedia Entertainment & Woohoo Pictures
2024 Gold Biografi / Sukan Adrian Teh Dengan kerjasama ACT 2 Pictures

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Pengarah Genre Pulangan Kasar Terbitan
2017 Marlina Si Pembunuh Dalam Empat Babak Mouly Surya Drama, Thriller, Barat Dengan kerjasama Cinesurya Pictures, Kaninga Pictures, Shasha & Co. Productions & Hooq
2019 Bumi Itu Bulat Ron Widodo Drama Dengan kerjasama Inspiration Pictures, Ideosource Entertainment & GP Ansor
Dua Garis Biru Gina S. Noer Drama Produksi utama ialah StarVision Plus & Wahana Kreator manakala Astro Shaw sebagai pengedar
Hiruk-Piruk Si Al-Kisah Yosep Anggi Noen Drama Produksi utama ialah Angka Fortuna Sinema, KawanKawan Films & Limaeman Films manakala Astro Shaw sebagai ko-produksi bersama Andolfi & Go-Jek
2020 Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini Angga Dwimas Sasongko Drama Kolaborasi bersama Visinema Pictures, IDN Media, Blibli dan XRM Media
2021 Backstage Guntur Soeharjanto Drama, Keluarga, Muzikal Dengan kerjasama Ideosource Entertainment, Paragon Pictures, Endeavor Content & NFC Indonesia
2022 Ben & Jody Angga Dwimas Sasongko Aksi, Pengembaraan, Drama, Thriller, Fantasi Dengan kerjasama Visinima Pictures, Jagartha & Blibli
Keluarga Cemara 2 Ismail Basbeth Drama, Keliarga
Mencuri Raden Saleh[3] Angga Dwimas Sasongko Aksi, Jenayah, Drama
Jagat Arwah Ruben Adrian Pengembaraan, Fantasi, Seram Dengan kerjasama Visinema Pictures, Infinite Frameworks Studios, Jagartha & Blibli
Qodrat Charles Gozali & Imron Ayikayu Aksi, Drama, Seram, Fantasi, Thriller Dengan kerjasama Magma Entertaiment, Rapi Films, Ideosource Entertaiment, Caravan Studio & Dunia Mencekam Productions

Thai[sunting | sunting sumber]

Tahun Filem Genre Pengarah Kutipan Penerbit
2015 Rak ti Khon Kaen (tajuk Inggeris Cemetery of Splendor) Drama, Fantasi, Misteri Apichatpong Weerasethakul Produksi utama ialah Kick the Machine, Illumination Films & The Match Factory manakala Astro Shaw sebagai ko-produksi bersama 8 syarikat lain

Televisyen (Siri Astro Originals)[sunting | sunting sumber]

Melayu[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tayangan Keluaran asal Rangkaian Musim Episod Status
DO[S]A: The Sacred Sin 2018 14 Februari 2018 (2018-02-14) Astro First (saluran 480) 1 8 Tamat
Kampong Pisang Bersiri-siri 2020 – 2021 7 Disember 2020 (2020-12-07) – 8 Mac 2021 (2021-03-08) Astro Citra 14
Projek: Anchor SPM 2021 – kini 15 Mac 2021 (2021-03-15) – kini 2 8 Berjalan
I-Tanggang: Mother of All Lies 13 September 2021 (2021-09-13) – kini 12 Musim 2 Episod Order
Dukun Diva: They Put The Sham In Shaman 2021 – 2022 6 Disember 2021 (2021-12-06) – 24 Januari 2022 (2022-01-24) 1 8 Tamat
Kuasa: One Throne. Three Heirs. No Mercy 2022 – kini 11 April 2022 (2022-04-11) – kini Tamat; Istimewa
Histeria The Series 6 Jun 2022 (2022-06-06) – kini 2 Tamat; Sebelum Musim Baru 2024
Murder By Moonlight: A Getaway To Die For 1 Ogos 2022 (2022-08-01) – kini 1 Tamat; Istimewa
One Cent Thief 8 Oktober 2022 (2022-10-08) – kini Astro Ria
Astro Vinmeen
Astro Shuang Xing
PRIMEtime
2 11 (kini) Berjalan
Kudeta: Absolute Power Will Corrupt 2022 – 2023 21 November 2022 (2022-11-21) – 9 Januari 2023 (2023-01-09) Astro Ria
PRIMEtime
1 8 Tamat
Projek: High Council 2023 14 Januari 2023 (2023-01-14) – 18 Mac 2023 (2023-03-18) Astro Ria 10
Liar: Two Sides, One Truth 25 Mac 2023 (2023-03-25) – 10 Jun 2023 (2023-06-10) 12
Jack Yusof: Father In Training 17 Jun 2023 (2023-06-17) – 5 Ogos 2023 (2023-08-05) 8 Tamat; Musim Baru
Riot! A Rebel With A Cause 22 September 2023 (2023-09-22) – 24 November 2023 (2023-11-24) Astro Premier 10 Tamat
Mystic Village 2023 – 2024 30 Oktober 2023 (2023-10-30) – 1 Januari 2024 (2024-01-01)
Gamers Mangkuk 1 Disember 2023 (2023-12-01) – 19 Januari 2024 (2024-01-19) 8
I.D: Swipe, Steal, Love[22] 2024 23 Februari 2024 (2024-02-23) – kini Sedang Tayangan
Akan datang / Istimewa
Framed[23] 2024 Astro Premier N/A
X-Change [24][25]
Headliners Pos-produksi
Projek: Exit
First Wives
Untitled Jack Yusof sekuel TBA Astro Ria 2 8 Televisyen; Musim Baru Akan Datang
Untitled Murder By Moonlight Special Astro Citra Istimewa
Kuasa: One Special. Three Heirs. No More Mercy

Cina (Hokkien, Kantonis dan Mandarin)[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tayangan Keluaran asal Rangkaian Musim Episod Status
The Hiddens 2016 22 September 2016 (2016-09-22) – 16 Oktober 2016 (2016-10-16) Astro Wah Lai Toi 1 16 Awal 2016
Demon's Path 2018 11 Ogos 2018 (2018-08-11) – 22 September 2018 (2018-09-22) Astro Wah Lai Toi
BOO
13 Demon Path kembali Musim ke-2 di Astro Wah Lai Toi (On Demand) & BOO
Lost & Found 2022 2 Oktober 2022 (2022-10-02) – 4 Disember 2022 (2022-12-04) Astro Shuang Xing
(2022 – 2023)
Astro QJ (2023)
10
Rally For Love 2022 – 2023 5 November 2022 (2022-11-05) – 25 Februari 2023 (2023-02-25) Astro Hua Hee Dai 15 Rally For Love Musim ke-2 akan ditayangkan pada Jun 2025.
The Patient 2023 19 Februari 2023 (2023-02-19) – 23 April 2023 (2023-04-23) Astro Shuang Xing (2023-Sep 2023)
Astro QJ (2023)
10 The Patient Musim ke-2 akan ditayang pada 2024, hanya di Astro QJ.
Once Upon a Kopitiam 28 April 2023 (2023-04-28) – 30 Jun 2023 (2023-06-30) Astro AEC
The Queen's Ploy 2023 – 2024 6 Oktober 2023 (2023-10-06) – 19 Januari 2024 (2024-01-19) 15
The Hidden Dragon[26] 2024 26 Januari 2024 (2024-01-26) – kini Sedang tayang

Tamil[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tayangan Keluaran asal Rangkaian Musim Episod Status
Kalvanai Kandupidi 2020 1 Julai 2020 (2020-07-01) – 31 Julai 2020 (2020-07-31) Astro Vinmeen HD 1 24 Tamat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Zainuri Misfar (28 August 2018). "Hantu Kak Limah cipta rekod kutipan sukar ditandingi". Berita Harian. Dicapai pada 14 August 2023.
  2. ^ a b Gempak (20 Julai 2023). "Polis Evo 3 kini kaut RM54 juta, kekal filem terlaris 2023!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
  3. ^ a b Shahrin Zulkifle (16 September 2022). "5 Fakta Kenapa Anda Wajib Tonton Filem Mencuri Raden Saleh - No.5 Paling Tak Sangka". Astro Gempak. Dicapai pada 26 Julai 2023.
  4. ^ Zulkifle, Shahrin (26 September 2022). ""Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…" – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
  5. ^ Hadi, Raihan (16 Februari 2022). "Astro Shaw & Visinema Pictures join forces to produce a slate of regional blockbusters". MARKETING Magazine (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 23 September 2023.
  6. ^ Zulkifle, Shahrin (5 Disember 2022). "[VIDEO] Lepas Tonton Trailer Mechamato Movie, Penonton Terus Excited; "Tiket Dah Beli Tinggal Tengok Je Dekat Wayang"". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
  7. ^ Mumtaj Begum (3 Januari 2023). "'Mechamato Movie' earns RM33.8mil at box office; is now no.1 local animated film" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
  8. ^ "Didi and Friends The Movie - Didi & Friends". Warnakala Studios. Dicapai pada 14 Ogos 2023.
  9. ^ Zulkifle, Shahrin (11 September 2022). "Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta, Pengarah – "Kami Perlu Membina…"". Astro Gempak. Dicapai pada 23 September 2023.
  10. ^ "Motion picture soundtrack of Diva launched Diarkibkan 2013-02-21 di archive.today" The Star. 24 April 2007. Retrieved on 18 January 2013. "Diva is a production of independent film production house Tarantella Pictures Sdn Bhd together with Nusantara Films Sdn Bhd, a subsidiary of Astro Shaw Sdn Bhd which was set up to produce films that are targeting audiences around the region."
  11. ^ BIBI NURSHUHADA (28 Ogos 2018). "Abang's back with a bang!" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
  12. ^ Shackleton, Liz (25 August 2016). "Malaysia rallies international team for 'Tombiruo'". ScreenDaily. Media Business Insight Limited. Dicapai pada 31 August 2016.
  13. ^ Alif Fadli Mohd Sori (4 April 2018). "[VIDEO] Umie menggigil, hampir 'histeria' kerana Dukun". Utusan Malaysia. Dicapai pada 8 April 2018.
  14. ^ Firdaus Alauddin (29 November 2018). "PASKAL The Movie mampu jadi pemangkin anak muda sertai bidang ketenteraan". Astro Awani.
  15. ^ Madiha Abdullah (13 Oktober 2018). "Tiada Tekanan untuk Polis Evo 2". Astro Awani.
  16. ^ Asyraf Roslan (31 Julai 2019). "Kemunculan BoBoiBoy di Meletop dapat sambutan". Astro Awani.
  17. ^ Dennis Chua (6 September 2022). "#Showbiz: 'Abang Long Fadil 3' marks Jozan's grand return" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times.
  18. ^ Faida Rahim (8 November 2022). "Mechamato promosi budaya Malaysia, di pawagam mulai 8 Disember". Astro Awani.
  19. ^ Asyraf Roslan (19 Mei 2023). "Penantian yang berbaloi, 'Polis Evo 3' saji aksi paling gempak!". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  20. ^ Fatin Farhana Ariffin (19 Julai 2023). "Rahsia versi anak sutradara". Berita Harian. Dicapai pada 22 Julai 2023.
  21. ^ Madiha Abdullah (10 September 2022). "Malbatt Misi Bakara bawa kisah hero sebenar Black Hawk Down". Astro Awani. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  22. ^ Drama I.D. Myinfotaip, 26 Disember 2023.
  23. ^ Framed. Quake, 28 November 2023.
  24. ^ DAY 1 MAKEUP TEST XCHANGE ASTRO ORIGINALS🎥 TikTok Radius One (@radiusone_official), 6 Ogos 2023.
  25. ^ Drama X-Change Myinfotaip, 25 Nov 2023.
  26. ^ https://www.youtube.com/watch?v=0imV4mbEgQU

Pautan luar[sunting | sunting sumber]