Astro Wah Lai Toi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Astro Wah Lai Toi
Negara Malaysia
Kawasan siaran Malaysia
Ibu pejabatKuala Lumpur Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Bahasa
Format gambar16:9 HDTV (1080i)
16:9 SDTV (576i)
Pemilikan
PemilikAstro Malaysia Holdings
IndukAstro
TVB
Sejarah
Dilancarkan1 Jun 1996; 27 tahun yang lalu (1996-06-01) (SD)
6 Oktober 2014; 9 tahun yang lalu (2014-10-06) (HD)
MenggantikanAstro Zhi Zun HD
Ditutup1 April 2020; 4 tahun yang lalu (2020-04-01)
Digantikan olehTVB Jade
Nama dahuluWah Lai Toi
(1 Jun 1996 - 28 September 2003)
Ketersediaan
Media penstriman
Malaysia AstroAstro GO / On Demand


Astro Wah Lai Toi
Cina Tradisional: 華麗台
Cina Ringkas: 华丽台
Maksud harfiah: Platform Anggun

Astro Wah Lai Toi (Cina Tradisional: 華麗台, Cina Ringkas: 华丽台) (awalnya menggunakan nama Wah Lai Toi hingga 28 September 2003) merupakan sebuah saluran televisyen Video On Demand yang dibawa terutamanya dalam bahasa Kantonis oleh Astro di Malaysia dan TVB di Hong Kong. Astro Wah Lai Toi disifatkan sebagai serupa gaya penampilannya dengan stesen televisyen Hong Kong terutamanya TVB dan maka itu turut menyiarkan rancangan TVB di samping bahan buatan tempatan bagi rancangan-rancangan tertentu penonton boleh memilih untuk menikmatinya sama ada dalam bahasa Kantonis. Pengaturcaraan Astro Wah Lai Toi terdiri daripada siri dan rancangan berbahasa Kantonis Hong Kong yang disediakan oleh TVB.

Ini juga bagi melihatkan Malaysia juga mampu berdaya saing dalam produk televisyen seperti Tv1, TV Sukan & berita Rtm.

©Hak Cipta Terpelihara 2001 Tv1.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Astro Wah Lai Toi melancarkan siaran perdana pada tanggal 1 Jun 1996 jam 9:00 pagi serta beberapa saluran televisyen dalaman yang lain seperti Vaanavil dan RIA setelah sukses mendapatkan jumlah 22 saluran. Pada mulanya, Astro Wah Lai Toi menggunakan nama panggilan Wah Lai Toi hanya digunakan semasa dalam siaran di Astro disifatkan sebagai serupa gaya penampilannya dengan stesen televisyen Hong Kong terutamanya TVB dan maka itu turut menyiarkan rancangan TVB di samping bahan buatan tempatan bagi rancangan-rancangan tertentu penonton boleh memilih untuk menikmatinya sama ada dalam bahasa Kantonis, Mandarin dan Hokkien. Pengaturcaraan Astro Wah Lai Toi terdiri daripada siri dan rancangan berbahasa Mandarin, Hokkien, Taiwan dan Kantonis Hong Kong yang disediakan oleh TVB.

Pada 1 September 1997, AEC telah rasmi dilancarkan dan saluran bahasa Mandarin, Hokkien dan Taiwan sepenuhnya di Wah Lai Toi telah rasmi dipindah ke AEC dan menjadi saluran bahasa Kantonis.

Pada 29 September 2003, perkataan Wah Lai Toi secara rasminya telah bertukar nama dan logo baharu kepada Astro Wah Lai Toi telah digunakan sempena ulang tahun ke-7 Astro, dilengkapi dengan dua segi empat tepat dan garisan melengkung di tengah. Perkataan "astro" (tanda perkhidmatan televisyen satelit) dalam huruf kecil di atas dan "Wah Lai Toi" dalam huruf besar masih digunakan di bawah dalam gabungan dua segi empat tepat.

Saluran ini mula tayangan serentak bersama Astro Zhi Zun HD pada 16 Jun 2010.

Pada 6 Oktober 2014, saluran ini serentak bersama Astro Zhi Zun HD bertukar nama sebagai Astro Wah Lai Toi HD.

Pergantian nombor[sunting | sunting sumber]

Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di Astro Wah Lai Toi:

Pada tanggal 1 Jun 1996, Astro Wah Lai Toi dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 5.

Pada 1 November 1999, Astro Wah Lai Toi telah dinomborkan semula dari saluran 5 ke saluran 16.

Pada 1 Januari 2002, Astro Wah Lai Toi telah dinomborkan semula dari saluran 16 ke saluran 30.

Pada tanggal 1 Oktober 2007, Astro Wah Lai Toi akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 311.

Pada 1 April 2020, Astro mengumumkan bahawa Astro Wah Lai Toi telah rasmi sepenuhnya beralih kepada Astro GO dan beberapa kandungan Astro Wah Lai Toi telah rasmi sepenuhnya bergabung dengan TVB Jade.

Pada 1 Mei 2020, Astro Wah Lai Toi HD telah ditamatkan siaran dan beralih ke Video On Demand.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]