Awan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Awan kumulus

Awan (Jawi: اون) ialah jisim berupa gumpalan wap air yang terapung di atmosfera. Ia kelihatan seperti asap berwarna putih atau kelabu di langit.

Pembentukan awan[sunting | sunting sumber]

Udara selalu mengandungi wap air. Apabila wap air ini memeluwap menjadi titisan, terbentuklah awan. Pemeluwapan ini boleh berlaku dengan dua cara:

  1. Apabila udara panas, lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.
  2. Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara makin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air.

Apabila awan telah terbentuk, titik-titik air dalam awan akan menjadi semakin besar dan awan itu akan menjadi semakin berat, dan perlahan-lahan daya tarikan bumi menariknya ke bawah. Hinggalah sampai satu peringkat titik-titik itu akan terus jatuh ke bawah dan turunlah hujan.

Awan di Gunung Kinabalu

Namun jika titisan air tersebut bertemu udara panas, titik-titik itu akan mengewap dan lenyaplah awan itu. Inilah yang menyebabkan itu awan selalu berubah-ubah bentuknya. Air yang terkandung di dalam awan silih berganti mengewap dan mencair. Inilah juga yang menyebabkan kadang-kadang ada awan yang tidak membawa hujan.

Berat titik-titik air dalam awan boleh mencapai beberapa juta tan, namun biasanya saiz (isipadu) awan adalah amat besar, jadi ketumpatan awan sebenarnya adalah cukup rendah untuk membolehkan angin di bawah dan di dalam awan menyokongnya.

Pengelasan awan[sunting | sunting sumber]

Awan dibahagikan kepada dua kategori umum: lapisan dan perolakan. Awan-awan ini dinamakan awan stratus (awan berlapis) dan awan kumulus (awan berlonggok). Dua jenis awan ini seterusnya dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut ketinggian.

Klasifikasi awan mengikut ketinggian
Keluarga A - Awan tinggi (6,000 m ke atas)
Keluarga B - Awan pertengahan (2,000 - 5,000 m)
Keluarga C - Awan rendah (2,000 m ke bawah)
Keluarga D - Awan menegak

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Motif awan sering dinampakkan pada ukiran kayu rumah-rumah orang Melayu.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nila Inangda Manya Keumala Daud; Ezrin Arbi; Mohammad Faisal (Disember 2012). "Pengaplikasian ukiran Melayu dalam seni bina Malaysia". Journal of Design and Built Environment. Universiti Malaya. 11 (1): 1–14.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]