Azean Irdawaty

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azean Irdawaty
Azean dalam satu sesi fotografi pada 2011, semasa bertarung dengan kanser.
Kelahiran
Azean Irdawaty binti Yusoef

(1950-02-27)27 Februari 1950
Meninggal dunia17 Disember 2013(2013-12-17) (umur 63)
Sebab kematianTumor dan limfedema
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur
Nama lainKak Yan
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif1970–2013
PasanganKhairil Anwar Zainal Mokhtar Rashidi (k. 1977; m. 2013)
Anak-anak3 (termasuk Benjy)

Azean Irdawaty Yusoef (27 Februari 1950 – 17 Disember 2013) ialah seorang pelakon dan penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama sebagai penyanyi era 1970-an dan kemudian meledak sebagai primadona layar perak akhir 70-an dan awal 80-an.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Yan, meninggal dunia pada Selasa 17 Disember 2013 akibat penyakit tumor dan limfedema.[1]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 27 Februari 1950 di Alor Setar, Kedah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Azean Irdawaty, mencipta nama di layar perak pada akhir 70-an setelah membintangi filem Di-Belakang Tabir arahan Jins Shamsuddin. Azean yang pernah popular dengan lagu Bawalah Daku Bersamamu pada tahun 1980-an. Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Pertama pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982 pada FFM3.

Sepanjang penglibatannya dalam seni, beliau banyak berlakon filem termasuklah filem Esok Masih Ada, Mama Oh Mama, Perjanjian Syaitan, Perempuan, Bintang Malam, Sutera Putih, Baginda, Layar Lara, Mami Jarum Kembali dan Waris Jari Hantu serta berpuluh-puluh drama televisyen tempatan.

Beliau juga dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba. Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008. Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, beliau turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah Lima Puluh Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Azean Irdawaty yang menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema. Pelakon itu yang sering keluar masuk hospital sebelum ini menghidap penyakit kanser payudara sehingga ia menjadi kritikal apabila ia merebak kepada barah tumor.

Beliau meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 8.30 malam Selasa, 17 Disember 2013 di depan suaminya, Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Kayu Ara sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada hari Rabu. Beliau meninggalkan suami, Khairil Anwar ZM Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1970 Di-Belakang Tabir Penyanyi undangan Filem pertama
1975 Anak Seluang Jauh Melaut
1980 Esok Masih Ada Faridah
1981 Perjanjian Syaitan Ribut
Mama Oh Mama Rohani
1982 Langit Petang Ruby
1988 Perempuan Mahani
1991 Bintang Malam Ibu Ayam
1996 Amelia Kalsom
Sutera Putih Shalin
1997 Gemerlapan Ibu Mimi
Layar Lara Auntie Zai
Baginda Cikgu Azean
1999 Burung Besi My Lady
2000 Anaknya Sazali Maria
2003 Laila Isabella Datin Jasmine
2005 Kemarau Cinta Dahlia
Anak Mami Kembali Mak Bee
2006 Main-Main Cinta Prof. Azean
Diva Popular Julia Gautiasana Larva
2007 Waris Jari Hantu Tok Wan Rimau
Otai Puan Farah
Nana Tanjung 2 Mami Jay
2009 Talentime Embun Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1975 Dadah TV1 Drama pertama
Kelahiran
1978 Aku Anak Wayang
1983 Panggilan Pusara Kakak bergandingan dengan Uji Rashid-adik ipar & Allahyarham Mustaffa Noor- Adik
1999 Idaman Datin Ruby Astro Ria
2003 Orang Gaji 41 Azizah TV3
2004 Sephia
Dalam Hati Ada Cinta Nurul Astro Ria
Salina TV3
2005 Salina 2
Dalam Hati Ada Cinta 2 Nurul Astro Ria
2006 Mya Zara Datin Aisyah TV3 Pelakon undangan
2007 Datin Diaries Datin Mary
Kasih Suci Puan Zain Drama terakhir

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1985 Satu Pegangan TV1 Telefilem pertama
1990 Tackle Suami TV3
Hanya Kerana Aku Seorang Perempuan TV1
1994 Ratu Jamu TV3
1995 Reflek TV1
1996 Orang Gaji Sunarti TV3
Selamat Pengantin Baru Dato
1997 Kompromi TV1
2003 Aduhai Esah Ibu Esah TV3
Kondo Madu Rohana TV2
Aisah Lima Puluh Sen Aisah Astro Ria
Orang Gaji 2 - Bomoh VCD
Hanya Untukmu TV3
2004 Tanah Kubur Datin Yvonne Astro Ria
2007 Sangga Saadah Mak Long TV3
2011 Hati Seorang Ibu Mak Som Astro Prima Telefilem terakhir

Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Rahsiaku Laguku (WEA - 1979)
  • Kesedihan Di Matamu (WEA - 1980)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muzaffar Mustapa (18 Disember 2013). "Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia". Astro Awani. Dicapai pada 18 Disember 2013.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]