Azizan Abdul Razak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azizan Abdul Razak

PSM; SHMS, SPMK (Kedah)
Menteri Besar Kedah ke-10
Dalam jawatan
9 Mac 2008 – 5 Mei 2013
RajaSultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Didahului olehDato' Seri Mahdzir Khalid
Digantikan olehDato' Paduka Mukhriz Mahathir
Pesuruhjaya PAS Kedah
Dalam jawatan
2003–2013
Didahului olehFadzil Mohd Noor
Digantikan olehMahfuz Omar
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N20 Sungai Limau
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 26 September 2013
Didahului olehDUN baharu, menggantikan Sala
Digantikan olehMohd Azam Abdul Samat
Majoriti2,774 (PRU-13)
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah
untuk N20 Sala
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehAhmad Awang
Digantikan olehDUN dikenali sebagai Sungai Limau
Butiran peribadi
Lahir(1944-10-25)25 Oktober 1944
Alor Setar, Kedah
Meninggal dunia26 September 2013(2013-09-26) (umur 68)
Alor Setar, Kedah
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganPuan Sri Faeqah Sheikh Hamzah
Shamsiah Shafie
Anak-anak14 anak
PekerjaanBekas pensyarah, Ahli politik

Tan Sri Dato' Seri Diraja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (25 Oktober 1944 - 26 September 2013) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan Parti Keadilan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.[1].

Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Dato' Seri".

Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda. Pada 1 Jun 2013, beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri".[2]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pengalaman kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris, bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Pengalaman antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Muktamar Al-Haj Anjuran All Indian Iranian Association New Delhi, India (1980)
  • Pembentangan Kertas Kerja di 1st ASEAN Syariah Administration Conference Workshop, Manila (1983)
  • Persidangan Gerakan Islam Sedunia, Turki (1995)
  • Persidangan Islam Sedunia, Lubnan (2001)
  • Conference of South East Asia Islamic Law, Manila

Penulisan antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Dirasah Hawla At Tashriq Al Islami, terbitan Kementerian Hal Ehwal Agama Islam Filipina
  • Introduction to Islamic New Jurisprudence, terbitan Office of Muslim Affair and Cultural Communities, Bandar Quezon, Filipina 1986
  • Syariah, Adat and Command Low Amongst the Maranoas of Southern Philippines : And Exploratory and Comparative Study, Terbitan Southeast Asian Studies Program

NGO[sunting | sunting sumber]

  • AJK Persatuan Bekas Pelajar Melayu Timur Tengah
  • AJK Persatuan Falak Syarie Malaysia
  • Ahli Persatuan Syariah Asia Tenggara (South East Asia Association)

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Didesak undur kerana uzur[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Hal ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain.[3] Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.[4]

Larangan hiburan pada bulan Ramadan[sunting | sunting sumber]

Larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadan ditarik balik selepas berunding dengan Exco PKR S. Manikumar dan Lim Soo Nee.[5] Sebelum itu, kerajaan mahu melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepenuhnya. Enakmen itu diperkenalkan 14 tahun lalu oleh kerajaan BN tetapi kerajaan BN sendiri tidak menguatkuasakannya.13 jenis hiburan itu termasuklah pertunjukan pancaragam, persembahan nyanyian di hotel, restoran dan bar, warung kopi, karaoke dan disko. MCA dan Gerakan mambantah larangan itu dan Penasihat DAP Lim Kit Siang mahu membawa larangan itu ke mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat.[6] Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar perikatan tiga tahun Pakatan Rakyat ekoran isu hiburan itu. Kaum Cina merayakan "Festival Hantu Lapar" pada bulan Ogos.

Penyelewengan air[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azizan mahu mendedahkan pihak yang menyebabkan Kedah kerugian berjuta-juta ringgit dalam proses rawatan air. Pada 5 Oktober 2010, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah Dato' Ir Nawawi Ahmad menggesa laporan dibuat kepada SPRM. Sebelum ini PAS dipertikaikan kerana menaikkan tarif air.[7]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Ustaz Azizan diketahui menghidap penyakit kencing manis sejak sekian lama. Beliau juga pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.[4] Atas sebab itu, beliau terpaksa selalu ke hospital bagi menjalani pemeriksaan berkala dan mendapatkan rawatan, sehingga pernah mempengerusikan mesyuarat penting di hospital.[3]

Pada Ogos 2011, Ustaz Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu. Beliau menjalani imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.[8][4]

Manakala pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas merasa sakit di kakinya. Beliau dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokan harinya, di mana kemudian beliau mengalami koma. Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua belah kaki beliau terpaksa dipotong di bawah lutut pada 9 Mei.[9]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau kembali ke rahmatullah pada jam 11:15 pagi bertarikh 26 September 2013 (20 Zulkaedah 1434H) di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah akibat kegagalan fungsi organ dalaman dan jangkitan kuman dalam darah.[10][11][12] Turut hadir bagi mengucapkan takziah terakhir buat Allahyarham ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun.[13]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "No cause for worry". The Star Online. 10 April 2008. Dicapai pada 10 Mei 2013.
  2. ^ myMetro | Ketua Setiausaha Negara ketuai senarai penerima darjah kebesaran 2013/06/01.
  3. ^ a b Roslinda Hashim (4 September 2012). "Azizan bakal disingkir?". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Mei 2013.
  4. ^ a b c Azizan: Tiada pertemuan dengan Hadi setakat ini[pautan mati kekal] The Malaysian Insider. 4 September 2011.
  5. ^ "Siapa kata saya tak mampu, MB Kedah bidas Mukhriz". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-24. Dicapai pada 2011-09-22.
  6. ^ "Hadi: Pusat hiburan operasi macam biasa, Kedah betulkan enakmen era BN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2011-09-22.
  7. ^ "Isu air: BN Kedah tidak takut ugutan Azizan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-15. Dicapai pada 2011-09-22.
  8. ^ MB Kedah dijangka keluar IJN hujung minggu[pautan mati kekal] The Malaysian Insider. 9 Ogos 2011.
  9. ^ Embun Majid, Han Kar Kay (10 Mei 2013). "Former Kedah MB Azizan has legs amputated to prevent infection". The Star/Asia News Network. Dicapai pada 10 Mei 2013.[pautan mati kekal]
  10. ^ Anis Nazri (26 Sep 2013). "Ustaz Azizan: Kombinasi ulama dan profesional". HarakahDaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-02-28. Dicapai pada 26 September 2013.
  11. ^ Jamilah Hamzah (26 September 2013). "Jasamu tetap dikenang Ustaz Azizan". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2013.
  12. ^ Mohd. Shariza Abdullah (26 September 2013). "Belasungkawa: Azizan disenangi kawan dan lawan". Utusan Online. Dicapai pada 26 September 2013.
  13. ^ http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=980840
  14. ^ a b "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Prime Minister's Department (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 5 January 2021. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "IST" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  15. ^ "Sultanah leads honours list". The Star. 16 July 2008. Dicapai pada 11 November 2019.
  16. ^ "Sultan Abdul Halim appoints Council of Regency to perform his duties". The Star. 13 December 2011. Dicapai pada 11 November 2019.
  17. ^ "Tunku Bendahara Terima Darjah Kebesaran Sempena Pelantikan Sultan Kedah" (dalam bahasa Malay). Bernama. 13 December 2011. Dicapai pada 11 November 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
9 Mac 20086 Mei 2013
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid Mukhriz Mahathir