Azlan Man

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Azlan Man

SPMP, AMP (Perlis)
Menteri Besar Perlis ke-7
Dalam jawatan
7 Mei 2013 – 14 Oktober 2022
RajaTuanku Syed Sirajuddin
Didahului oleh Md Isa Sabu
Digantikan oleh Mohd Shukri Ramli
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk Bintong
Dalam jawatan
20 Julai 2018 – 14 Oktober 2022
Didahului olehRela Ahmad
Digantikan olehFakhrul Anwar Ismail
Anggota Dewan Undangan Negeri Perlis
untuk N11 Pauh
Dalam jawatan
7 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehDato' Syed Razlan Syed Putra
Digantikan olehRozieana Ahmad
Majoriti1,382 (PRU-13)
Butiran peribadi
Lahir (1958-09-02) 2 September 1958 (umur 65)
Kampung Belat Batu, Arau, Perlis, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik UMNO
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional
PasanganDatin Seri Nor Aswana Omar
Indonesia Sova Ali (k. 2010; c. 2022)
Alma materUniversiti Denver, Amerika Syarikat
PekerjaanAhli Politik
ProfesionDiplomat

Dato' Seri Azlan bin Man (lahir 2 September 1958)[1] ialah Menteri Besar Perlis ke-9 dari 2013 hingga 2022. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2018 beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perlis Bintong. Pada peringkat parti, beliau ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Berkelulusan Sarjana Ekonomi Antarabangsa dari Universiti Denver, A.S., Azlan memulakan tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 1983. Beliau pernah menjadi Konsul Malaysia di Toronto, Kanada pada 1985 dan Ketua Penolong Setiausaha di Kementerian Luar pada 1992. Beliau juga pernah menjadi Kaunselor Misi Tetap Malaysia ke PBB di Amerika Syarikat pada 1999.

Pada 2003, Azlan kembali ke Malaysia dan menjadi setiausaha bahagian Afrika dan Sahara Selatan di Kementerian Luar dan pada 2011 memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam sehingga bersara untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Mei 2014, Menteri Besar Azlan Man mengetuai senarai 243 orang yang menerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-71 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail, di Istana Arau. Beliau dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Dato' Seri'.[3][4]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau menjadi calon buat kali pertama dalam pilihan raya umum Malaysia 2013. Bertanding kerusi N11 Pauh, beliau berjaya menewaskan Ketua Dewan Ulama PAS Perlis Idris Yaacob dengan majoriti 1,382 undi.[2]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Perlis[5]
Tahun Kerajaan Undi Pts Pembangkang Undi Pts Buang Undi Majoriti Keluar
2013 Azlan Man (UMNO) 4,769 58.34% Idris Yaacob (PAS) 3,387 41.43% 8,333 1,382 86.86%
2018 Azlan Man (UMNO) 3,986 40.59% Mokhtar Che Kassim (AMANAH) 3,139 31.96% 9,820 847 82.92%
Abd Jamil Kamis (PAS) 2,695 27.44%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Azlan Akan Teruskan Misi Jadikan Perlis Negeri Maju". BERNAMA. 7 Mei 2013. Dicapai pada 8 Mei 2013.
  2. ^ a b "Azlan Man Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis". BERNAMA. 7 Mei 2013. Dicapai pada 8 Mei 2013.
  3. ^ "Azlan Man dianugerahkan SPMP membawa gelaran Datuk Seri". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2014-05-18.
  4. ^ Azlan Man MB Perlis Diarkibkan 2014-05-18 di Wayback Machine Sinar Harian
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum DUN 2013". SPR. Dicapai pada 6 May 2013. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)[pautan mati kekal]
Didahului oleh
Md Isa Sabu
Menteri Besar Perlis
2013 -
Diikuti oleh:
Penyandang