B. S. Rajhans

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
B. S. Rajhans
Kelahiran
Balden Singh Rajhans

1903
Meninggal dunia31 Mei 1955 (umur 52)
WarganegaraIndia
PekerjaanPengarah filem
MajikanEast India Film Company
Malay Film Productions Ltd (MFP)
Cathay-Keris Film Productions
Karya terkenal
Laila Majnun
Rachun Dunia
Anjuran Nasib
Antara Senyum dan Tangis
Yatim Piatu
Kampung asalCalcutta kini Kalkota

B.S. Rajhans atau nama penuhnya Balden Singh Rajhans (1903–31 Mei 1955) merupakan seorang pengarah filem Melayu yang menerbitkan filem dengan syarikat Malay Film Productions Ltd (MFP). Dia merupakan berketurunan Punjabi dan dilahirkan di Calcutta (Kalkota), India pada 1903. Pada tahun 1927, dia telah mengarahkan filem "Krishnabana Tirandaz". Kemudian dia bekerja dengan Syarikat East India Film yang dimiliki seorang jutawan di sana.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dalam tempoh masa enam bulan B.S. Rajhans telah mengarah empat filem yang mendapat sambutan termasuk "King for a Day" (Raja Sehari). B.S. Rajhans kemudian telah dia datang ke Malaya (Singapura). Syarikat Malay Film Productions Ltd telah membawa B.S. Rajhans bagi menghasilkan filem Melayu, berasaskan pengalamannya dalam bidang perfileman. Filem arahan pertamanya yang disahkan adalah Singapura di Waktu Malam,[1] lakonan Siput Sarawak dan Bakhtiar Affendi pada tahun 1947. Beliau dikatakan mengarah filem Melayu pertama, iaitu Laila Majnun (1933) tetapi tiada salinan filem tersebut yang ada dengan itu tidak dapat disahkan dengan pasti.[2]

Bagaimanapun, disebabakan menghadapi masalah seperti ketiadaan studio dan peralatan perfileman yang tidak mencukupi dan sempurna, B.S. Rajhans kembali ke India. Disana dia terus menghasilkan beberaa buah filem termasuk filem "Chhostisi Duniya" (1939).

Pada bulan Oktober 1941, B.S. Rajhans kembali semula ke Malaya dan memulakan penggambaran filem Menantoe Doerhaka (Menantu Durhaka) keluaran Tan & Wong Film Co. (Indonesia). Penggambaran filem tersebut telah tergendala perlaksanaannya kerana meletusnya perang dunia kedua, bagaimanapun ia dapat disiap dan ditayangkan pada tahun 1946.

Pada tahun 1946 itu juga, S.M. Chesty bersama rakan-rakan seperniagaannya telah menubuhkan Malayan Arts Production dan telah menawarkan B.S. Rajhans sebagai pengarah filem Seruan Merdeka.

Kerana menghadapi masalah panggung wayang untuk tayangan filem tersebut, Malayan Arts Production terpaksa dibubarkan yang kemudiannya diambilalih oleh Shaw Brothers. Kedudukan B.S. Rajhans tidak tergugat kerana Shaw Brothers juga mahu mengeluarkan filem pertamanya dan dia dilantik sebagai pengarah filem Singapura Di Waktu Malam.

Filem Singapura Di Waktu Malam telah mendapat sembutan hangat dan menaikkan nama Siput Sarawak dan Bachtiar Effendi. Berikutan dengan kejayaannya itu, Shaw Broters telah memberi kepercayaan kepadanya untuk mengarahkan beberapa filem lagi termasuk filem Chempaka dan Pisau Berachun.

Disamping mengarah filem dia juga bertindak sebagai pencari bakat (talent scout), dan ketika pergi ke Pulau Pinang, B.S. Rajhans telah tertarik dengan suara P. Ramlee yang kemudian mempelawanya datang ke Singapura untuk menjadi penyanyi latar.

Itu tujuan asalnya, tetapi kerana P. Ramlee mempunyai bakat yang boleh dikatakan luar biasa, kejayaan yang dicapai oleh P. Ramlee melebihi apa yang dicapai oleh B.S. Rajhans yang membawanya ke dunia filem Malaysia.

B.S. Rajhans menggunakan suara P. Ramlee untuk S. Roomai Noor dalam Chinta dan ternyata nyanyiannya menjadi minat ramai yang mana selepas itu dia menggunakan suara P. Ramlee untuk S. Roomai Noor dalam filem Nasib dan Nilam, kedua filem tersebut telah memperolehi mendapat kejayaan pecah panggung.

Apabila L. Krishnan dan S. Ramanathan diterima bertugas sebagai pengarah filem di Shaw Brothers, ini secara sedikit sebanyak telah mengurangkan sedikit beban B.S. Rajhans. Dia bagaimanapun terus mengarahkan beberapa filem lagi yang boleh dikatakan semuanya mencapai kejayaan pecah panggung seperti Rachun Dunia, Dewi Murni, Aloha, Bapa Saya, Sejoli dan Anjoran Nasib.

Pada tahun 1953, selepas menyiapkan filem Raja Sahari, Ho Ah Loke telah menariknya ke Keris Film untuk mengarahkan Buloh Perindu yang boleh dinggap sebagai filem Malaysia pertama yang di warnawarnikan.

Sungguhpun filem tersebut kurang mendapat sambutan tetapi B.S. Rajhans terus mengarahkan dua filem lagi, Insaf dan Terang Bulan Di Malaya.

Pada tahun 1954, B.S. Rajhans kembali semula ke Shaw Brothers mengarahkan filem Empat Isteri yang merupakan filem terakhir yang diarahkannya.

Kematian[sunting | sunting sumber]

B.S. Rajhans meninggal dunia dalam kereta (semasa hendak ke pejabatnya) kerana sakit jantung pada 31 Mei 1955. Mayatnya telah di bakar di Bidasari pada 9.30 pagi 1 Jun 1955.[3]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ B.S. Rajhans
  2. ^ "Voices of Malaysian Cinema". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-24. Dicapai pada 2008-06-02.
  3. ^ PERGIMU TAKKAN KEMBALI LAGI

Pautan luar[sunting | sunting sumber]