Bambang Pamungkas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bambang Pamungkas
Maklumat peribadi
Nama penuh Bambang Pamungkas
Tarikh lahir (1980-06-10) 10 Jun 1980 (umur 43)
Tempat lahir Semarang, Indonesia[1]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Persija Jakarta
Kerjaya remaja
1988–1989 SSB Hobby Sepakbola Getas
1989–1993 SSB Ungaran Serasi
1993–1994 Persada Utama Ungaran
1994–1996 Persikas Semarang Regency
1996–1999 Diklat Salatiga
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1999–2005 Persija Jakarta 126 (80)
2000EHC Norad (pinjaman) 11 (7)
2005–2007 Selangor FA 63 (42)
2007–2013 Persija Jakarta 149 (73)
2014 Pelita Bandung Raya 24 (10)
2015–2019 Persija Jakarta 77 (10)
Jumlah 450 (222)
Pasukan kebangsaan
1999–2012 Indonesia 86 (38)
Pasukan diurus
2020–2021 Persija Jakarta (Manager)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Bambang Pamungkas (lahir 10 Jun 1980) merupakan seorang pemain bola sepak Indonesia yang berketinggian 170 cm. Beliau pernah bermain di kelab EHC Norad, Selangor dan Persija Jakarta.

Setelah bermain di Belanda, beliau tidak meneruskan kontraknya dan pulang ke Indonesia. Selepas itu Bambang bermain di Liga Malaysia bersama Selangor. Pada tahun pertamanya beliau membantu Selangor merangkul 3 piala iaitu Liga Perdana Malaysia, Piala FA Malaysia serta Piala Malaysia dan menjadi penjaring terbanyak Selangor untuk musim 2005 dengan 24 gol dari 24 perlawanan liga.

Kejayaan Bambang di Malaysia membuka pintu buat pemain-pemain dari Indonesia beraksi di Liga Malaysia.

Pada musim 2005/06, Bambang dilihat kurang menyinar seperti musim sebelumnya. Lebih teruk, Selangor yang baru dinaikkan ke Liga Super gagal memenangi sebarang piala dan Selangor memutuskan untuk melepaskannya. Bambang kemudian kembali beraksi bersama Persija Jakarta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Profile at his official website (Indonesian)". Bambangpamungkas20.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 April 2012. Dicapai pada 26 April 2012. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]