Bandar Baru Selayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bandar Baru Selayang

Bandar Baru Selayang ialah ibu daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Ia telah ditubuhkan pada tahun 1997, Bandar Baru Selayang juga merupakan kawasan kediaman utama di Selayang dengan beberapa kawasan perumahan. Ia terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. [perlu rujukan]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar Baru Selayang ditadbir oleh Majlis Perbandaran Selayang sejak 1 Januari 1997.

Kawasan[sunting | sunting sumber]

  • Dataran Templer
  • Pinggiran Templer

Pembangunan utama di Selayang bermula pada tahun 80-an. Bandar Baru Selayang dibangunkan oleh Shah Alam Properties Sdn Bhd, yang mereka dan membangunkan tanah seluas 708 ekar sebagai pusat pembangunan baru bagi menampung limpahan Kuala Lumpur. Projek yang dilaksanakan mengandungi rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah pangsa kos rendah, beberapa unit terhad rumah bekembar dan juga pusat perniagaan beserta rumah kedai.

Selain itu, salah sebuah syarikat lain betanggungjawab memajukan Selayang adalah Bina Puri Holdings Bhd, yang membangunkan sebuah lagi medan pembangunan yang dinamakan Bukit Idaman. Bukit Idaman lebih memfokuskan kepada projek kondominium dan pangsapuri kos sederhana. Projek dimulakan pada 1986.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

  • Kawasan kedai dan pejabat
  • Stadium MPS
  • Balai Bomba
  • Kolej Komuniti
  • Masjid Al-Firdaus
  • Perpustakaan Awam

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Bandar Baru Selayang
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Selayang(2)
  • Sekolah Agama Rendah Al-Furqan
  • Tadika Q-dees
  • Kolej Komuniti
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Peta Bandar Baru Selayang

Facebook