Bebawang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pelbagai jenis bawang

Bebawang (Jawi: بباوڠ) ialah bahagian dalam sesebuah tumbuhan berupa umbi terdiri daripada batang sangat pendek dan tebal menempatkan pangkal daun berlapis-lapis di mana terisinya bekalan tenaga [1] mahupun cara biak secara vegetatif. Contoh tumbuhan yang membiak secara bebawang ialah bawang, tulip dan bunga seri pagi.

Batang dalam pusat bebawang ini dalam bentuk menegak. Terdapat kawasan pertumbuhan yang ditutupi oleh lapisan-lapisan daun bernabu terbahagi kepada lapisan luar yang bertindak sebagai lapisan bekalan tenaga dan lapisan dalam yang menumbuhkan tunas.[2] Di celah-celah antara daun bernabu dan batang tumbuh tunas yang dikenali sebagai tunas aksil; tunas aksil inilah yang akan membentuk bebawang yang baru.

Bebawang meningkat dari segi saiz dan berat pada fasa tumbesaran semasa dan selepas tempoh berbunga.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bell, A. D. (1997). Plant form: an illustrated guide to flowering plant morphology. Oxford, U.K: Oxford University Press.
  2. ^ a b Mishra, S.R. (2005). Plant Reproduction. Discovery Publishing House. m/s. 120–125. ISBN 978-81-7141-955-5.