Belia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kumpulan belia di Sweden 2019.

Belia atau anak muda ialah tempoh kehidupan apabila seseorang dalam usia muda, berada antara fasa kanak-kanak dengan dewasa.[1][2] Ia diterjemahkan dengan jangka umur khusus, namun belia tidak dijelaskan sebagai tahap usia yang mengikut kronologi usia tertentu, malah tidak juga berakhir dengan aktiviti tertentu seperti melakukan kerja tidak berbayar atau mengadakan hubungan seksual.[3][4]

Belia ialah sebuah pengalaman yang boleh membentuk tahap kemandirian seseorang, yang boleh diukur dengan pelbagai cara mengikut perspektif budaya yang berbeza. Pengalaman peribadi diukur oleh tradisi atau norma budaya individu, manakala tahap kemandirian belia bermaksud mereka boleh berhenti daripada bergantung kepada keluarga mereka secara emosi dan ekonomi.[3]

Had usia[sunting | sunting sumber]

Usia di mana seseorang itu dianggap "belia" berbeza-beza di seluruh dunia. Perhimpunan Agung PBB meletakkan belia adalah golongan yang berumur antara 19 hingga 29 tahun[5]. Bank Dunia meletakkan belia adalah waktu di antara alam kanak-kanak dan dewasa. Istilah "belia" secara umumnya merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 25[6]. Program Belia Komanwel pula bergerak bersama "orang muda berumur 19-29"[7]. Di Malaysia, belia ditafsirkan sebagai seseorang yang berumur 16 hingga 32 tahun.[8]

Hak belia[sunting | sunting sumber]

Hak kanak-kanak meleiputi semua hak yang diperlukan oleh kanak-kanak. Apabila mereka meningkat usia, mereka memperoleh hak baharu (seperti mengundi, memandu, kebenaran tertentu dan sebagainya) dan tindakan baharu (tindak balas jenayah, umpamanya) sesuai usia mereka. Terdapat had usia minimum yang berbeza yang mana belia tidak bebas atau layak untuk mengambil atau bertindak. Sesetengahnya menetapkan had pada: usia mengundi, usia menjadi calon pilihan raya, usia restu untuk berkahwin atau mengadakan hubungan seks, usia majoriti, usia tanggungjawab terhadap jenayah, usia dibenarkan minum miniman beralkohol, usia dibenarkan memandu, dan sebagainya. Selepas golongan belia melepasi tahap tertentu, mereka bebas untuk mengundi, mengadakan hubungan seks, membeli atau minum minuman beralkohol, atau memandu kenderaan, dan sebagainya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Youth". Macmillan Dictionary. Macmillan Publishers Limited. Retrieved 2013-8-15.
  2. ^ "Youth". Merriam-Webster. Dicapai pada November 6, 2012.
  3. ^ a b Furlong, Andy (2013). Youth Studies: An Introduction. USA: Routledge. m/s. 2–3. ISBN 978-0-415-56476-2.
  4. ^ Youth participation in political activities: The art of participation in Bhakkar, Punjab Pakistan, Journal of Human Behavior in the Social Environment, 30:6, 760-777, https://doi.org/10.1080/10911359.2020.1745112
  5. ^ (n.d.) Frequently Asked Questions Belia di tapak web PBB.
  6. ^ (n.d.) Glossary Tapak web Bank Dunia.
  7. ^ Youth Empowerment, The Commonwealth
  8. ^ Belia Diarkibkan 2009-02-19 di Wayback Machine, Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia, KBS Malaysia