Boeing 727

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Boeing 727
Syrian Air Boeing 727-269/Adv
Peranan Airliner
Negara pengeluar United States
Pengeluar Boeing Commercial Airplanes
Penerbangan pertama February 9, 1963
Pengenalan February 1, 1964 with United Airlines
Syarikat penerbangan utama FedEx Express
Astar Air Cargo
Champion Air
Dikeluarkan 1963–1984
Jumlah dibina 1,832

Boeing 727 dahulunya adalah sebuah pesawat komersial yang paling popular.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Boeing 727 atau 727 adalah suatu tolak ansur antara United Airlines, American Airlines, dan Eastern Airlines mengenai konfigurasi model selepas Boeing 707. United Airlines mahukan sebuah pesawat empat enjin untuk operasi di Lapangan Terbang Stapleton. American Airlines pula mahukan pesawat enjin kembar untuk tujuan kecekapan operasinya. Dan Eastern Airlines pula mahukan pesawat tiga enjin untuk sektor Caribbeannya. Akhirnya, tiga penerbangan ini bersetuju untuk 'trijet' dan lahirlah 727.

Penerbangan perdana 727 adalah pada tahun 1963, dan ia memasuki perkhidmatan pada tahun selepasnya.

727 telah terbukti berjaya dalam operasinya dengan penerbangan-penerbangan di seluruh dunia kerana kemampuannya untuk mendarat di landasan yang kecil dan pada masa yang sama mampu terbang untuk julat yang sederhana. Bentuk sayapnya yang unik itulah yang membolehkan ia mendarat di landasan yang kecil dan penambahan sayap lawi membolehkannya terbang dengan lebih stabil. Kecekapan pesawat ini membolehkan ia digunakan di bandar-bandar besar untuk menerbangkan penumpang-penumpang ke tempat-tempat perlancongan.

727 juga direka untuk bersifat berdikari tanpa keperluan fasiliti-fasiliti daratan seperti tangga bergerak dan penjana kuasa sementara daratan. Ia mempunyai sebuah tangga dibelakangnya yang boleh dibuka dan mempunyai sebuah penjana kuasa juga dibelakangnya yang membolehkan penghawa dingin kabin dipasang ketika enjin pesawat dimatikan. 727 juga berkemampuan untuk terbang naik dengan cepatnya dan ia penting untuk landasan yang pendek dan lapangan terbang yang kecil.

727 juga telah terbukti untuk beroperasi dengan cekapnya bagi perkhidmatan kargo. Federal Express memulakan industri perkhidmatan udara kargo dengan menggunakan pesawat 727. Kini, banyak perkhidmatan kargo menggunakan 727 sebagai armada mereka.

Peristiwa 9-11 merupakan suatu trauma bagi industri penerbangan. Ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan Amerika Syarikat menukar pesawat 727 mereka kepada pesawat berenjin kembar yang lebih efisien, menjimatkan kos dan lebih senyap. Baru-baru ini, kenaikan harga minyak, penjualan tiket yang rendah bagi pesawat lapuk dan kos penyenggaraan yang tinggi turut menyumbang kepada penamatan perkhidmatan 727. Delta Airlines merupakan penerbangan Amerika Syarikat terakhir menamatkan khidmat 727 mereka. Kini, 727 hanya berkhidmat untuk perkhidmatan kargo dan juga penerbangan ulang-alik.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

  • Penerbangan pertama: 1963
  • Jumlah jualan: 1832 built
  • Tahun berakhir jualan: 1984
  • Siri: -100, -200

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Am (727-200)[sunting | sunting sumber]

  • Rentang sayap : 32.91 m (108 kaki)
  • Panjang : 46.69 m (153 kaki 2 in)
  • Ketinggian ekor pesawat: 10.36 m (34 kaki)
  • Penjana Kuasa : 3 × Pratt & Whitney JT8D turbofan,
  • Maksimum kapasiti: 189 penumpang

Prestasi Jet[sunting | sunting sumber]

  • Laju terbang : 890 - 965 km/h (570 - 605 mph)
  • Altitud terbang : 9,100 - 12,200 m (30,000 - 40,000 kaki)
  • Julat : 2,750 - 4,020 km

Kecelakaan[sunting | sunting sumber]

(Pada tahun 2004)

  • Hilang kawalan: 85 dengan kehilangan jiwa seramai 3698
  • Other occurrences: 15 dengan kehilangan jiwa seramai 256
  • Rampasan pesawat: 180 dengan kehilangan jiwa seramai 90
Komponen berkaitan
Perkembangan terkini
Pesawat udara setara

Hawker-Siddeley Trident - Tupolev Tu-154

Siri diberi

707 - 717 - 727 - 737 - 747 - 757 - 767 - 777 - 787

Daftar berkait

Daftar kategori kapal terbang

Pautan luar[sunting | sunting sumber]