Bujang Lapok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bujang Lapok
PengarahP. Ramlee
PenulisB. H. Chua
P. Ramlee
Lakon layarP. Ramlee
Cerita olehB. H. Chua
Dihasilkan olehRun Run Shaw
DibintangiP. Ramlee
S. Shamsuddin
Aziz Sattar
SinematografiA. Bakar Ali
Muzik olehP. Ramlee
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehShaw Brothers
Tarikh tayangan
  • 30 November 1957 (1957-11-30)
Masa tayangan
95 Minit
NegaraSingapura
BahasaMelayu

Bujang Lapok merupakan sebuah filem komedi Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 30 November 1957. Filem Bujang Lapok diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Bujang Lapok diarah oleh pengarah P. Ramlee pada 30 November 1957. Filem ini adalah filem pertama bercorak komedi yang diarahkan oleh P. Ramlee dan ternyata percubaannya berjaya menambat hati para penonton ketika itu

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ramli, Aziz dan Sudin tinggal di rumah sewa kepunyaan janda bernama Normah. Gelagat Ramli mula menarik perhatian pemilik rumah sewanya iaitu Normah. Hal ini disedari sendiri oleh rakan baik Ramli iaitu Sudin dan Aziz. Sudin dan Zaiton pula ingin berkahwin tetapi emak Zaiton tidak setuju ekoran Sudin dilihat tidak berupaya menanggung anaknya. Ayu, adik kepada Zaiton, sentiasa meminta upah sebanyak 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Sudin dan Zaiton. Aziz pula sering membantu Sapiah yang menderita di bawah jagaan bapa angkatnya, seorang kaki botol yang sering bertindak kejam memukul Sapiah. Selepas beberapa lama menyulam cinta, ketiga-tiga sahabat ini akhirnya berkahwin dengan gadis pilihan masing-masing. Sudin dengan Zaiton, Aziz dengan Sapiah dan Ramli dengan Normah. Filem Bujang Lapok ini merupakan permulaan kepada sekuel filem arahan P.Ramlee yang bertemakan " Bujang Lapok ". Filem ini sesuai dijadikan tontonan keluarga berikutan penonton akan disajikan dengan pelbagai gelagat dan sketsa yang berkait rapat dengan norma masyarakat pada ketika itu. Meskipun bergenre komedi, filem ini dilihat berjaya memaparkan sketsa-sketsa yang menggambarkan realiti kehidupan masyarakat pada ketika itu tanpa sebarang tokok tambah yang tidak rasional.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

S. Shamsuddin melakonkan watak Sudin dalam filem ini.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Turut dibintangi[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

  • M. Rafiee sebagai Pelanggan Restoran
  • Norsiah Yem sebagai Pelanggan Restoran
  • Rokiah sebagai Pelanggan Restoran
  • Habibah Haron sebagai Adik Rokiah
  • Nyong Ismail sebagai Pak Nyong (Jiran)
  • Minah Yem sebagai Jiran
  • Prani Pramote sebagai Pelanggan Restoran (mata air pertama Ramlee)
  • Mahmud Hitam
  • Cik Kamariah sebagai Makcik

Penampilan kameo[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Resam Dunia nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan Normadiah
  • Nak Dara Rindu nyanyian Tan Sri P. Ramlee
  • Manusia nyanyian Jasni dan Nen Junainah
  • Kampung Nelayan nyanyian Nona Asiah
  • Seloka Ahmad Nisfu nyanyian J.Sham

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]