California

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 35°27′31″N 119°21′19″W / 35.458606°N 119.355165°W / 35.458606; -119.355165

Negeri California
Bendera California Mohor negeri California
Bendera California Mohor
Nama samaran: Negeri Emas
Cogan kata: Eureka

Lagu Negeri: I Love You California[1]

Peta Amerika Syarikat dengan nama California ditonjolkan
Peta Amerika Syarikat dengan nama California ditonjolkan
Bahasa rasmi Inggeris
Ibu negeri Sacramento
Bandar raya terbesar Los Angeles
Kawasan metro terbesar Los Angeles Besar
Keluasan  Kedudukan ke-3
 - Jumlah 158,302 batu persegi
(410,000 km²)
 - Lebar 250 batu (400 km)
 - Panjang 770 batu (1,240 km)
 - % air 4.7
 - Latitud 32° 32′ N to 42° N
 - Longitud 114° 8′ W to 124° 26′ W
Penduduk  Kedudukan pertama
 - Jumlah 33,871,648
 - Kepadatan 217.2/batu persegi 
83.85/km² (ke-12)
 - Pendapatan median  US$49,894 (ke-13)
Ketinggian  
 - Titik tertinggi Gunung Whitney[2]
14,505 ft  (4,421 m)
 - Purata 2,900 ft  (884 m)
 - Titik terendah Lembah Maut[2]
-282 ft  (-86 m)
Kemasukan ke
dalam Kesatuan
9 September, 1850 (ke-31)
Gabenor Gavin Newsom (D)
Leftenan Gabenor Eleni Kounalakis (D)
Senator A.S. Dianne Feinstein (D)
Alex Padilla (D)
Delegasi Dewan A.S. Senarai
Zon waktu Pacific: UTC-8/-7
Singkatan CA Calif. US-CA
Tapak web www.ca.gov

California ialah salah sebuah negeri Amerika Syarikat yang terletak di pesisir barat Amerika Syarikat. California bersempadan dengan Lautan Pasifik, Oregon, Nevada, Arizona, dan negara Mexico melalui Baja California. California adalah negeri termaju di Amerika Syarikat dan juga merupakan negeri yang mempunyai penduduk terbesar di A.S. Sekiranya ia menjadi sebuah negara merdeka, ia akan berada dalam posisi ke-6 ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, Jepun, Jerman, United Kingdom, dan Perancis. Disamping itu negeri ini terkenal dengan beragam suku bangsa di AS, terutamanya bangsa Latino. Jolokan rasminya adalah The Golden State kerana pada tahun 1849 telah berlaku Gold Rush disini selepas penemuan emas yang banyak. Nama ini juga merujuk kepada rumput tempatannya yang berubah menjadi warna emas pada musim panas. Singkatan pos A.S.nya adalah CA, dan singkatan Associated Pressnya adalah Calif.

California juga pendorong dominan budaya dan juga ekonomi AS, serta merupakan penyumbang inovasi utama dalam bidang teknologi dan perundangan, sebagai tambahan ia membayar lebih ke sistem federal dari keuntungan yang dia terima. Ia juga memiliki bandar raya terbesar dan menarik di negara AS, termasuk Los Angeles, California, San Diego, California, dan San Francisco.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum ketibaan orang Eropah, California merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan kebudayaan dan bahasa pelbagai kaum pribumi Indian Amerika Utara. Kebayakan kaum ini tinggal di sebelah pantai barat dan memburu mamalia laut, menangkap ikan salmon dan mengumpul kerang, manakala pemburu nomad lebih gemar memburu binatang liar dan mengumpul kekacang, acorns, dan buah-buahan berries. Kaum yang paling besar ketika itu ialah Chumash, Pomo dan Salinan.

Penjelajah Eropah pertama menerokai pesisiran California ialah seorang Portugis bernama João Rodrigues Cabrilho pada 1542. Namun penjelajah yang berjaya menerokai keseluruhan pesisiran California ialah penjelajah British terkenal Sir Francis Drake pada 1579. Beliau telah menamakan tempat ini New Albion. Pihak Sepanyol yang telah menakluki Mexico pada 1521, memang lama berminat dengan kawasan California tetapi tidak menjajahnya kerana lokasinya yang agak jauh. Tetapi mereka hanya bertindak setelah berlakunya penjelajahan Rusia di Alaska antara 1745 - 1765. Lokasi California amat strategik dan penting bagi Sepanyol sebagai tempat persinggahan kapal-kapal galleon Sepanyol yang berlayar ke Manila, Filipina. Oleh itu, San Diego telah diduduki pada 1769, diikuti Monterey pada 1770.

Bermula pada akhir 1700an, mubaligh Sepanyol telah membuka beberapa kelompok penempatan kecil di wilayah utara Baja California. Mereka memain peranan utama di dalam penghapusan kaum asli di California. Sebaik sahaja Mexico mencapai kemerdekaan daripada penjajah Sepanyol, kerajaan Mexico telah mengambilalih organisasi mubaligh sepanyol dan telah mengabaikannya. Selama suku abad selepas kemerdekaan Mexico pada 1821, provinsi Mexico ini telah dipinggirkan. Huge cattle ranches, or ranchos, emerged as the dominant institutions of Mexican California. Traders and settlers from the United States began to arrive, harbingers of the great changes that would sweep California.

In this period, some nobles of Imperial Russia made brief attempts to explore and claim parts of California, but these were limited by a lack of Imperial interest.

Pada waktu itu California mempunyai penempatan yang kecil sehinggalah sistem kesihatan awam yang moden berjaya membendung wabak seperti yellow fever, malaria dan plague, disebabkan kawasan ini kurang fros untuk membunuh nyamuk serta kutu yang menjadi punca berbagai penyakit.

Pada 1846, sebelum tercetusnya perang Mexico-Amerika (1846-1848), Republik California telah ditubuhkan dan bendera California telah dikibarkan buat pertama kalinya. Bendera ini menunjuk seekor beruang Brown Bear dan satu bintang. Malangnya republik ini telah dibubarkan apabila Commodore John D. Sloat daripda Tentera Laut AS berlayar di San Francisco Bay dan mengisytihar California sebagai jajahan Amerika Syarikat. Selepas perjanjian Guadalupe-Hidalgo pada 1848, wilayah ini dibahagikan di antara Mexico dan Amerika Syarikat. Bahagian Mexico iaitu Baja (lower) California kemudiannya telah dipecahkan kepada dua wilayah iaitu Baja California dan Baja California Sur. Manakala bahagian barat California yang dimiliki AS iaitu Alta (upper) California, kemudiannya menjadi "U.S. state of California".

Pada 1848, penduduk di upper California hanya berjumlah 4,000 orang. Tetapi selepas penemuan emas yang banyak, penduduknya bertambah dengan begitu pesat sekali dengan penghijrahan rakyat Amerika, Eropah, dan pendatang-pendatang yang lain. Dua tahun selepas itu, negeri ini telah menyertai kesatuan AS sebagai sebuah negeri yang bebas dimana sistem hamba abdi telah diharamkan.

Semasa Perang Saudara AS, California secara rasminya menyertai tentera Utara, tetapi sebahagian besar rakyatnya menyokong pihak Selatan dan ramai telah berhijrah ke timur untuk menyertai pihak Konfedarasi.

Pada mulanya, perjalanan antara Pasifik Barat ke timur mengambil masa yang lama dan merbahaya, samada melalui jalan laut, atau stagecoach atau berjalan kaki. Namun perjalanan kesana menjadi bertambah mudah pada 1869 apabila siapnya sistem keretapi pertama yang dipanggil First Transcontinental Railroad. Setelah jalan keretapi ini siap, beratus ribu rakyat Amerika berhijrah ke barat, dan mereka mendapati tanah di California, if irrigated sewaktu musim panas yang kering, adalah amat sesuai untuk penanaman buah-buahan dan pertanian, terutamanya untuk tumbuhan citrus seperti oren. Oleh itu, sektor pertanian telah berkembang dengan pesatnya disini.

Pemandangan San Diego pada waktu senja

Pada awal abad ke-20 penghijrahan ke California bertambah secara mendadak dengan terbinanya lebuhraya transcontinental utama seperti Lincoln Highway dan U.S. Highway 66 yang lebih dikenali sebagai "Route 66". Antara 1900 dan 1965 penduduknya bertambah dari kurang satu juta orang hingga menjadi negeri dengan penduduk terpadat di AS. Manakala dari 1965 hingga kini, demografi penduduknya telah berubah secara radikal dan sekarang penduduknya adalah kosmopolitan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan. Kini negeri ini terkenal sebagai sebuah negeri yang liberal, maju dari segi budaya dan teknologi, pusat sedunia untuk operasi kejuruteraan, muzik, filem dan televisyen, dan pengeluar hasil pertanian di AS. Antara tempat-tempat yang terkenal disini termasuklah Los Angeles, San Francisco, Hollywood dan Lembah Silikon.

Kerajaan dan Politik[sunting | sunting sumber]

Geografi[sunting | sunting sumber]

California memiliki alam yang indah menonjolkan lembah tengah yang luas, gunung tinggi, padang pasir yang panas, dan pesisiran pantai yang indah. Dengan luas wilayah 410.000 km² ia merupakan negeri ke-3 terbesar di AS. Kebanyakan bandar rayanya tertumpu di pesisiran Pasifik yang sejuk, yang paling dikenal termasuklah Los Angeles, San Francisco, San Jose, Santa Ana/Orange County, dan San Diego. Namun, ibu negerinya iaitu Sacramento terletak di Central Valley.

California memiliki geografi yang pelbagai. Di tengah negara bagian ini terletak Central Valley, sebuah lembah yang besar, dan subur dibatasi oleh barisan gunung pesisir di barat, Sierra Nevada granit di timur, Cascade Range gunung berapi di utara, dan Pegunungan Tehachapi di selatan. Sungai, dam, dan kanal menyediakan air untuk pengirigasian Central Valley. Dengan "dredging", beberapa sungai ini telah menjadi cukup besar dan dalam, sehingga membuat beberapa kota dalam, terutama Stockton, California, menjadi sebuah pelabuhan.

Di tengah dan timur negeri ini adalah banjaran Sierra Nevada, dimana terletaknya gunung tertinggi di AS, Gunung Whitney dengan ketinggian 4.421m (14.505 kaki). Juga terletak di Sierra adalah Taman Nasional Yosemite yang terkenal di dunia dan sebuah tasik air tawar dalam, Tasik Tahoe, tasik terbesar di negeri ini berdasarkan isipadunya. Di timur Sierra adalah Lembah Owens dan Tasik Mono, sebuah habitat burung laut penting. Di barat adalah Tasik Clear, tasik air tawar terbesar California berdasarkan luas permukaan.

Di selatan terletak Transverse Ranges dan sebuah tasik air masin besar, Laut Salton. Gurun tengah-selatan disebut Mojave. Di timur laut Mojave terletak Death Valley, yang merupakan titik terpanas di Amerika Utara. Titik terendah Death Valley dan puncak Gunung Whitney terpisah kurang dari 200 mil. Trek hiking antara dua titik telah dicuba, beberapa kali, terutama oleh Lee Bergthold.

California terkenal dengan gempa buminya kerana berada di lingkaran San Andreas Fault. Meskipun gempa yang lebih kuat terjadi di Alaska dan sepanjang Sungai Mississippi, gempa di California terkenal kerana frekuensinya dan letaknya di wilayah yang ramai penduduk. Beberapa orang percaya, pada akhirnya, sebuah gempa bumi besar akan menyebabkan putusnya pesisir California dengan benua, dan akan tenggelam ke lautan atau membentuk sebuah tanah baru. Senario ini sebenarnya tidak mungkin menjadi kenyataan dari segi geologi, namun ia masih dipercayai oleh orang awam. Para produser filem pula sering mengeksploitasi kemungkinan ini. Filem terkenal yang menggambarkan kerosakan California oleh gempa bumi termasuk Earthquake, A View to Kill, Escape from L.A., dan Superman.

California juga merupakan pusat beberapa gunung berapi, beberapa masih aktif seperti Gunung Mammoth. Gunung berapi lainnya termasuk Lassen Peak yang meletus sejak 1914 dan 1921, dan Gunung Shasta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Government Code Section 420-429.8". Official California Legislative Information. Dicapai pada 2007-02-26.
  2. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan usgs tidak disediakan