Cary Grant

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cary Grant
Cary Grant, 1941
Kelahiran
Archibald Alexander Leach

(1904-01-18)18 Januari 1904
Meninggal dunia29 November 1986(1986-11-29) (umur 82)
Sebab kematianAngin ahmar
DikebumikanCremated[1]
WarganegaraAmerika Syarikat
Nama lainArchie Leach
PendidikanBishop Road Primary School
Fairfield Grammar School
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1932–1966
PasanganVirginia Cherrill (1934–1935)
Barbara Hutton (1943–1945)
Betsy Drake (1949–1962)
Dyan Cannon (1965–1968)
Barbara Harris (1981–1986)
Rakan kongsi domestikMaureen Donaldson (1973–1977)[2][3]
Anak-anakJennifer Grant (lahir 1966)
AnugerahAcademy Honorary Award (1970)
Kennedy Center Honors (1981)

Cary Grant (lahir Archibald Alec Leach; 18 Januari 1904 – 29 November 1986) merupakan pelakon Amerika Syarikat kelahiran Englad. Beliau memulakan kerjaya di Hollywood pada awal 1930-an. Beliau menerima kerakyatan Amerika Syarikat pada tahun 1942. [4] Pada waktu itu, beliau menukar nama beliau kepada "Cary Grant" secara sah.[4]

Dilahirkan di Horfield, Bristol, Grant mula berminat dengan teater di usia yang muda, dan mula bekerjasama dengan "The Penders" di usia enam tahun. Beliau menghadiri Bishop Road Primary School dan Fairfield Grammar School di Bristol. Beliau kemudiannya menjelajah ke seluruh negara sebagai penghibur petas, dan kemudiannya memutuskan untuk menetap di Bandar Raya New York selepas melakukan sebuah persembahan di sana. Beliau mencipta nama beliau dalam vaudeville pada tahun 1920-an dan menjelajah Amerika Syarikat sebelum berpindah ke Hollywood pada awal 1930-an. Beliau mula muncul dalam filem dan drama jenayah seperti Blonde Venus (1932) dan She Done Him Wrong (1933), sebelum beliau mula muncul dalam filem komedi seperti The Awful Truth (1937), Bringing Up Baby (1938), His Girl Friday (1940) dan The Philadelphia Story (1940). Beliau turut membintangi Arsenic and Old Lace (1944) dan I Was a Male War Bride (1949); yang mana kedua-dua filem ini sering dianggap sebagai filem komedi terbaik sepanjang zaman.[5] Beliau pernah dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi sebanyak dua kali untuk filem Penny Serenade (1941) dan None but the Lonely Heart (1944).

Pada tahun 1940-an dan 1950-an, Grant banyak bekerjasama dengan pengarah Alfred Hitchcock, dan muncul dalam filem Hitchcock seperti Suspicion (1941), Notorious (1946), To Catch a Thief (1955) dan North by Northwest (1959). Hitchcock mengagumi Grant dan mengganggap beliau merupakan satu-satunya pelakon yang paling gemar bekerjasama oleh dirinya. Menjelang penghujung kerjaya perfileman beliau, Grant menerima pujian dari pengkritik dan menerima lima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk Pelakon Lelaki Terbaik termasuklah menerusi filem Indiscreet (1958) , That Touch of Mink (1962) dan Charade (1963).

Grant pernah berkahwin sebanyak lima kali termasuklah dengan pelakon Virginia Cherrill (1934–1935), Betsy Drake (1949–1962) dan Dyan Cannon (1965–1968). Grant mempunyai seorang anak perempuan, Jennifer Grant, hasil perkongsian hidup bersama Cannon. Selepas bersara dari lakonan filem pada tahun 1966, Grant banyak terlibat dalam pelbagai perniagaan seperti mewakili firma kosmetik Fabergé, dan menduduki kerusi lembaga MGM serta banyak lagi. Pada tahun 1970, beliau menerima Anugerah Penghargaan Akademi di Anugerah Akademi ke-42, dan pada tahun 1981, beliau menerima Kennedy Center Honors. Pada tahun 1999, American Film Institute menamakan Grant sebagai bintang lelaki kedua terhebat di era emas Hollwood, di belakang Humphrey Bogart.

Grand telah meninggal dunia akibat angin ahmar pada 29 November 1986.

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cary Grant's Body Cremated In California". Orlando Sentinel, December 2, 1986.
  2. ^ van Matre, Lynn (April 10, 1989). "The Unseen Faces of Cary Grant". Chicago Tribune. Chicago, Illinois. Dicapai pada May 22, 2016.
  3. ^ Abrams, Garry (March 24, 1989). "Shadows on a Legend: Cary Grant's Image as the Perfect Hollywood Heartthrob is Sullied in Two Competing New Books Portraying a Darker Side to the Star". Los Angeles Times. Los Angeles, California. Dicapai pada May 22, 2016.
  4. ^ a b Nelson, Nancy (2002). Evenings with Cary Grant: Recollections in His Own Words and by Those Who Knew Him Best. Citadel Press. m/s. 290. ISBN 978-0806524122.
  5. ^ Wigley, Samuel (September 13, 2015). "10 great screwball comedy films". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2016. Dicapai pada June 15, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
    Wigley, Samuel (January 13, 2016). "Cary Grant: 10 essential films". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2016. Dicapai pada June 15, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
    "AFI's 10 Top 10 – Romantic Comedies". American Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2016. Dicapai pada June 15, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
    Hunsaker, Andy (July 5, 2012). "The 10 Essential Cary Grant Comedies – 1". IFC. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2016. Dicapai pada June 15, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
    Hunsaker, Andy (July 5, 2012). "The 10 Essential Cary Grant Comedies – 2". IFC. Diarkibkan daripada yang asal pada June 15, 2016. Dicapai pada June 15, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]