Chan Kong Choy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berbahagia Tan Sri

Chan Kong Choy

PSM; PNBS (Swk); DPMK (Kel); DPMS (Sel); DSAP (Phg)
Menteri Pengangkutan Malaysia
Dalam jawatan
1 Julai 2003 – 18 Mac 2008
Didahului olehLing Liong Sik
Digantikan olehOng Tee Keat
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Selayang
Didahului olehZaleha Ismail
Digantikan olehWilliam Leong Jee Keen (PKR)
Butiran peribadi
Lahir (1955-05-17) 17 Mei 1955 (umur 68)
Parti politik Persatuan Cina Malaysia (MCA)
parti komponen Barisan Nasional
PasanganPuan Sri Ann Chan
Anak-anak4
PekerjaanMenteri Kabinet
Pensyarah universiti

Tan Sri Chan Kong Choy adalah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas bekas Menteri Pengangkutan Malaysia. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Timbalan Presiden MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Chan Kong Choy dilahirkan di Bentong, Pahang pada 17 Mei 1955. Beliau memulakan alam persekolahan pada tahun 1962 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Khai Mun Pagi, Bentong. Selepas menamatkan pengajian di Sekolah Menengah Sulaiman di Bentong, beliau mengikuti Pengajian Tiong Hua di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian pada 1979.

Y.Bhg. Tan Sri Chan Kong Choy memulakan karier sebagai Pensyarah di Universiti Putra Malaysia pada tahun 1980. Beliau kemudian diberi kepercayaan sebagai Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan mendiang Dato' Chan Sing Sun pada tahun 1986. Bermula dari situ, kerjaya politik beliau terus bergemerlapan dan seterusnya dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanah Rata pada tahun 1986. Beliau menang kerusi berkenaan dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang.

Politik[sunting | sunting sumber]

Sepanjang pembabitan dalam MCA, Chan Kong Choy telah memegang beberapa jawatan penting dalam parti. Pada tahun 1989 beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi MCA Negeri Pahang sebelum dipilih sebagai Ketua Pemuda MCA Malaysia pada tahun 1990. Selain itu, beliau turut diberi kepercayaan memimpin MCA Negeri Terengganu pada tahun 1991.

Chan Kong Choy dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan pada tahun 1990 selepas memenagi kerusi Parlimen Lipis. Pada penggal berikutnya beliau dipilih mewakili Parlimen Selayang dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan selepas Pilihan Raya Umum 1999 sebelum diberikan mandat sebagai menteri penuh setelah dilantik sebagai Menteri Pengangkutan pada bulan Jun 2003.

Kejayaan membantu Barisan Nasional mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-11 telah membakar semangat Tan Sri Chan Kong Choy untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Beliau yang merupakan Timbalan Presiden MCA Malaysia, berikrar memikul mandat yang diberi dengan ikhlas dan gigih berpandukan matlamat Wawasan 2020.

Selain itu, beliau juga akan terus berusaha memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat dan bekerjasama dengan semua pihak bagi mengenal pasti permasalahan rakyat dan mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Beliau yang kini merupakan Presiden Persatuan Ping Pong Malaysia merangkap Naib Presiden Kesatuan Ping Pong ASEAN telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Lai Yoke Lan dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Beliau amat mengagumi karisma dan ketokohan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta mendiang Deng Xiao Peng. Bagi memanfaatkan masa lapang, beliau gemar membaca dan bermain golf.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dewan Undangan Negeri Pahang[1]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1986 N.1 Tanah Rata P.72 Lipis Chan Kong Choy (MCA) 4.006 52.22% Poom Man Kem (DAP) 2,117 27.60% 7,671 1.889 63.22%
Aleyak (IND) 890 11.60%
Haji Mazlan Taib (IND) 318 4.15%
Parlimen Malaysia[1][2]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1990 P.72 Lipis, Pahang Chan Kong Choy (MCA) 15,170 57.64% Amin Hussaini Abd Manan (S46) 11,148 42.36% 27,462 4,022 70.37%
1995 P.90 Selayang, Selangor Chan Kong Choy (MCA) 45,392 87.03% Zainul Amri Abdul Aziz ([IND) 6,765 12.97% 54,731 38,627 69.89%
1999 Chan Kong Choy (MCA) 34,979 57.23% Zaitun Mohamed Kasim (DAP) 26,144 42.77% 63,275 8,835 73.94%
2004 P.97 Selayang, Selangor Chan Kong Choy (MCA) 36,343 73.48% Koh Swe Yong (PKR) 13,117 26.52% 51,033 23,226 71.72%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai pada 4 February 2017. Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Penyandang Terdahulu Timbalan Presiden MCA
 ??– 2008
Penyandang Kemudian
??
Chua Soi Lek
Penyandang Terdahulu Menteri Pengangkutan
1 Julai 2003– 18 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Tun Dr. Ling Liong Sik
Dato' Seri Ong Tee Keat