Chanakya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chanakya, Kauṭilya, Vishnugupta
Kelahiran
Perkampungan Chanaka di kawasan Golla (legenda Jain);[1] Takshashila (legenda Buddha)[2]
Meninggal dunia
PekerjaanGuru, ahli falsafah, ahli ekonomi, hakim dan penasihat Chandragupta Maurya
Terkenal keranaBerperanan dalam penubuhan Empayar Maurya dan Arthashastra, Chanakya Niti

Chanakya (IAST: 'Cāṇakya,' juga dikenali sebagai Kauṭilya atau Vishnugupta) ialah seorang guru, ahli ekonomi, ahli falsafah dan ahli perundangan India purba serta penasihat kepada maharaja pertama Empayar Maurya, Chandragupta. Beliau merupakan penulis kepada kitab Arthashastra dan disifatkan sebagai pelopor kepada sains politik dan ekonomi India, serta dikatakan sebagai salah seorang pelopor kepada ekonomi klasik.[3] Karya-karyanya mula terpinggir semasa kejatuhan Empayar Gupta dan hanya ditemui semula pada awal abad ke-20.

Chanakya telah membantu Chandragupta dalam perluasan kuasanya dan banyak diiktiraf kerana berperanan penting dalam penubuhan Empayar Maurya. Beliau menjadi penasihat utama kepada Chandragupta serta puteranya, Bindusara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Trautmann 1971, m/s. 21.
  2. ^ Trautmann 1971, m/s. 12.
  3. ^ Waldauer, C., Zahka, W.J. and Pal, S. 1996. Kauṭilya's Arthashastra: A neglected precursor to classical economics. Indian Economic Review, Vol. XXXI, No. 1, pp. 101–108.