Chris Cornell

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chris Cornell
Cornell pada 2011
Kelahiran
Christopher John Boyle

(1964-07-20)20 Julai 1964
Meninggal duniaMei 18, 2017(2017-05-18) (umur 52)
Sebab kematianBunuh diri dengan menggantung
DikebumikanHollywood Forever Cemetery
Pekerjaan
  • Pemuzik
  • penyanyi
  • penulis lagu
Tahun aktif1984–2017
PasanganSusan Silver (k. 1990; c. 2004)
Vicky Karayiannis
(k. 2004)
Anak-anak3
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal, gitar
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
chriscornell.com

Christopher John Cornell (né Boyle; 20 Julai 1964 – 18 Mei 2017) ialah seorang pemuzik, penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat. Beliau terkenal sebagai vokalis utama kumpulan rock Soundgarden dan Audioslave. Cornell juga terkenal dengan beberapa karya solo dan runut bunyi sejak 1991, dan sebagai pengasas dan ketua kumpulan Temple of the Dog, sebuah kumpulan penghormatan yang ditujukan khas kepada mendiang rakan karibnya Andrew Wood.

Cornell dianggap sebagai salah seorang perintis pergerakan grunge 1990an, dan terkenal katalog sebagai penulis lagu, julat vokal empat oktaf beliau,[2] dan teknik vokalnya. Beliau telah mengeluarkan empat album studio solo, Euphoria Morning (1999), Carry On (2007), Scream (2009), Higher Truth (2015) dan album secara langsung Songbook (2011). Cornell menerima pencalonan Anugerah Golden Globe untuk lagunya "The Keeper", yang muncul dalam filem 2011 Machine Gun Preacher, menulis bersam dan menyanyikan lagu tema filem James Bond Casino Royale (2006), "You Know My Name". Keluaran solo terakhirnya sebelum kematiannya ialah single amal "The Promise", ditulis untuk kredit akhir filem 2016 dengan tajuk sama. Beliau telah diundi sebagai "Rock's Greatest Singer" oleh pembaca Guitar World,[3] tersenarai di tangga ke-4 dalam senarai "Heavy Metal's All-Time Top 100 Vocalists" oleh Hit Parader,[4] ke-9 dalam senarai "Best Lead Singers of All Time" oleh Rolling Stone,[5] dan ke-12 dalam MTV "22 Greatest Voices in Music".[6]

Sepanjang katalognya, Cornell telah menjual 14.8 juta album, 8.8 juta lagu digital, dan 300 juta audio penstriman atas premintaan di A.S. sahaja,[7][8] dan juga sebanyak 30 juta rekod serata dunia.[9][10][11] Beliau telah dicalonkan di 16 Anugerah Grammy dan tiga daripadanya telah dimenanginya.[12][13]

Cornell berdepan dengan kemurungan sepanjang hidupnya. Beliau meninggal dunia di hotelnya di Detroit pada awal pagi 18 Mei 2017, selepas membuat persembahanmya di konsert Soundgarden sejam lebih awal di Teater Fox. Kematian beliau disahkan sebagai menggantung diri.[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album solo[sunting | sunting sumber]

Album bersama Soundgarden[sunting | sunting sumber]

Album bersama Audioslave[sunting | sunting sumber]

Album bersama Temple of the Dog[sunting | sunting sumber]

  • Temple of the Dog (1991)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Costa, Emilia (Oktober 22, 2009). "Chris Cornell Rocks Grand Opening of Hard Rock Cafe Las Vegas!". Spin. Diarkibkan daripada yang asal pada Julai 3, 2015. Dicapai pada Julai 2, 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  2. ^ Gundersen, Edna (Mac 24, 2009). "Chris Cornell takes another sonic shift with 'Scream'". USA Today. Diarkibkan daripada yang asal pada Mac 27, 2009. Dicapai pada April 29, 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  3. ^ "Guitar World Readers Vote Soundgarden's Chris Cornell Rock's Greatest Singer". Guitar World. November 1, 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada November 5, 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Heavy Metal's All-Time Top 100 Vocalists". Hit Parader. November 2006
  5. ^ "Rolling Stone Readers Pick the Best Lead Singers of All Time". Rolling Stone. Diarkibkan daripada yang asal pada August 26, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ "Listology:MTV's 22 Greatest Voices in Music". Listology. March 8, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada December 21, 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ a b "Chris Cornell, Soundgarden Frontman, Dies at Age 52". Variety. Diarkibkan daripada yang asal pada May 26, 2017. Dicapai pada May 26, 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Chris Cornell Dead At 52, Radio Reacts". AllAccess.com. May 18, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada December 1, 2017. Dicapai pada May 26, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "18 Things You Might Not Have Known About Chris Cornell". iHeartRadio. May 18, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2017. Dicapai pada May 29, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Bio - Chris Cornell". Chris Cornell Official website. Diarkibkan daripada yang asal pada May 30, 2017. Dicapai pada May 29, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ "Soundgarden's Chris Cornell adds second Auckland show". Stuff.co.nz. May 21, 2015. Dicapai pada May 29, 2017.
  12. ^ Baltin, Steve (Mei 24, 2017). "Remembering Chris Cornell: A sweet sunshower". Grammy. Diarkibkan daripada yang asal pada April 23, 2018. Dicapai pada Mei 29, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "Chris Cornell - The Recording Academy". Grammy. Diarkibkan daripada yang asal pada April 23, 2018. Dicapai pada Mei 31, 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]