Cukai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cukai (pinjaman Tamil: சுங்கம் cuṅkam,[1] juga pajak[2])ialah biaya yang dibayar oleh individu atau syarikat secara berwajib kepada pemerintah sesebuah negara sepertimana yang ditetapkan undang-undang agar pemerintah dapat melaksanakan tugas-tugasnya untuk menjalankan pemerintahan melalui perbelanjaan yang banyak dikhususkan untuk rakyat.[3][4]

Cara pengumpulan cukai dan bagaimana penggunaan wang cukai tersebut adalah bahan pembicaraan panas dalam politik dan ekonomi. Ia ada disentuh dalam bidang-didang sains politik dan ekonomi melalui suatu jurusan dikongsi iaitu kewangan umum.

Pentakrifan[sunting | sunting sumber]

Terdapat bermacam-macam batasan atau definisi tentang "cukai" yang dikemukakan dalam kalangan pakar bidang kewangan. Pierre Paul Leroy Beaulieu, seorang ahli ekonomi Perancis, memberikan kefahamannya terhadap cukai sebagai suatu bantuan "diwajibkan kekuasaan awam...untuk menutup belanja pemerintah" baik secara langsung melalui pemberian mahupun tidak secara pengambilan untung daripada pemerolehan barangan.[5] Penulis kewangan Indonesia P. J. A. Adriani pula memberikan takrifan cukai sebagai:

iuran [yuran] masyarakat kepada negara (yang dapat dipaksakan) yang terhutang oleh yang wajib membayarnya menurut peraturan-peraturan umum (undang-undang) dengan tidak mendapat prestasi kembali yang langsung dapat ditunjuk dan yang gunanya adalah untuk membiayai pengeluaran-pengeluaran umum berhubung tugas negara untuk menyelenggarakan pemerintahan.[6]

Cukai dari perspektif ekonomi difahamkan sebagai beralihnya sumber daya dari sektor swasta kepada sektor awam. Pemahaman ini memberikan gambaran bahawa keberadaan cukai menyebabkan berubahnya dua keadaan:

  1. berkurangnya kemampuan individu dalam menguasai sumber daya untuk kepentingan penguasaan barang dan jasa.
  2. bertambahnya kemampuan kewangan negara dalam penyediaan barangan dan khidmat awam yang merupakan keperluan masyarakat.

Sementara pemahaman cukai dari perspektif undang-undang pula merupakan suatu perikatan yang timbul kerana adanya undang-undang yang menyebabkan timbulnya kewajiban warganegara menyimpan sejumlah hasil pendapatan tertentu kepada negara yang berkuasa, di mana wang cukai tersebut harus dipergunakan untuk penyelenggaraan pemerintahan.[7] Dari pendekatan ini, ada memperlihatkan bahawa cukai yang dipungut harus berdasarkan undang-undang sehingga menjamin adanya kepastian undang-undang, baik bagi fiskus sebagai pengumpul cukai mahupun wajib cukai sebagai pembayar cukai.

Jenis cukai[sunting | sunting sumber]

Antara jenis cukai:

  • Cukai pendapatan
  • Cukai jualan
  • Cukai tanah
  • Cukai pintu
  • Cukai jalan


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "சுங்கம்". Tamil Lexicon. University of Madras & Universiti Chicago. melalui Jones, Russell (2007). Loan-Words in Indonesian and Malay. Yayasan Pustaka Obor Indonesia. m/s. 51.
  2. ^ "pajak". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ Sommerfeld, Ray M.; Anderson, Herschel M.; Brock, Horace R. (15 Ogos 1972). An Introduction to Taxation (dalam bahasa Inggeris). Forth Worth: Harcourt College Publishers. ISBN 9780155463035. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)
  4. ^ Charles E. McLure, Jr. "Taxation". Britannica. Dicapai pada 3 March 2015.
  5. ^ Leroy-Beaulieu, Paul (1899). Traite de la Science des Finances (dalam bahasa Prancis). 1. Paris: Guillaumin et cie.CS1 maint: unrecognized language (link)
  6. ^ Adriani, P.J.A (1949). Het belastingrecht: zijn grondslagen en ontwikkeling (dalam bahasa Belanda). Amsterdam: Veen.
  7. ^ Soemitro, Rochmat (1988). Pengantar Singkat Hukum Pajak. Bandung: Eresco. ISBN 979-8020-23-5.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]