Cukai barangan dan perkhidmatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value-added tax, VAT) ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai.

GST di dunia[sunting | sunting sumber]

Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Hal ini kerana populasi penduduk di Malaysia kian meningkat saban tahun. Berikutan itu, kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga akan bertambah. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia. Sebaliknya di seluruh dunia. Sebagai contoh di United Kingdom, pelajar antarabangsa telah dikenakan surcaj perubatan. Ini adalah langkah yang diambil oleh kerajaan Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 bilion menjelang tahun 2020. Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara untuk menambahkan pendapatan negara masing- masing.

Malaysia memilih untuk menambahkan pendapatan kerajaan dengan cara memperkenalkan cukai GST. Langkah memperkenalkan cukai GST bukanlah bermakna kerajaan bertindak zalim, boros, tamak dan bakal muflis. Sebaliknya, langkah ini lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat seiring dengan pertambahan jumlah penduduk. Justeru, mana- mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan negara yang baharu bagi memenuhi tuntutan masa hadapan.

Kerajaan boleh sahaja mengambil jalan mudah dengan menaikkan cukai langsung seperti cukai pendapatan korporat dan cukai pendapatan individu. Malah, kerajaan juga boleh menaikkan cukai 'dosa' seperti rokok, arak, judi dan sebagainya. Bahkan kerajaan juga boleh menaikkan tarif cukai taksiran, lesen perniagaan, bayaran parkir atau menjual tanah milik kerajaan negeri seperti mana yang dilakukan oleh sesetengah kerajaan negeri. Akan tetapi, hal ini hanyalah bersifat sementara. Lebih teruk, tindakan tersebut boleh dilihat sebagai tindakan yang tidak adil. Bayangkan, hanya 1.9 juta daripada 8 juta pekerja di Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Justeru, adakah wajar hanya golongan ini sahaja yang perlu menanggung beban cukai demi manfaat kesemua rakyat?

Malah, jika cukai korporat dinaikkan terlalu tinggi pula, keadaan ini akan menjadikan persekitaran Malaysia sebagai kurang menarik minat pelaburan asing untuk melabur di Malaysia. Lebih teruk lagi, dibimbangi jika ada syarikat milik rakyat Malaysia sendiri yang memilih untuk beroperasi di negara lain. Tidak mustahil jika ada insta-instashop yang membayar cukai akan 'mengamuk' di instagram ekoran cukai korporat yang terlalu tinggi.

Oleh itu, pilihan yang 'lesser evil' adalah pelaksanaan cukai GST. Dalam keadaan ini, hanya mereka yang berbelanja ke atas produk dan perkhidmatan sahaja akan dikenakan cukai GST sebanyak 6%. Tidakkah ini lebih adil dan demokratik?

Kerajaan Malaysia mungkin terlalu berani mengambil pendekatan yang tidak popular ini kerana jika rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan pelaksanaan cukai GST, besar kemungkinan kerajaan akan dihukum oleh rakyat melalui pilihanraya yang akan datang.

CUKAI GST SUMBER PENDAPATAN 'BERTERUSAN'

Cukai GST bukan sekadar sumber pendapatan negara yang baru tetapi cukai GST juga merupakan sumber pendapatan 'berterusan'. Hal ini berlaku kerana cukai GST adalah cukai kepenggunaan dan masyarakat akan terus berbelanja tanpa mengira situasi ekonomi sama ada mundur atau berkembang. Ini menjelaskan mengapa sebanyak 169 buah negara di muka bumi ini telah melaksanakan cukai GST. Dan tidak semua dalam 169 buah negara yang melaksanakan cukai GST ini adalah negara, yang mana rakyatnya sudah kaya raya. Sebaliknya negara membangun seperti Burkina Faso, Vietnam dan Thailand juga turut melaksanakan cukai GST. Di negara maju seperti United Kingdom, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Singapura pula mengenakan cukai GST atau VAT yang amat tinggi iaitu sekitar 7% sehingga 20%.

Perlu diingatkan juga bahawa, tidak mungkin kesemua 169 buah negara yang melaksanakan cukai GST ini adalah negara bebas rasuah dan tidak berlaku ketirisan perbelanjaan. Bahkan sebilangan besar dari negara- negara yang mengamalkan GST ini adalah negara yang lebih mundur pengurusan ekonominya berbanding Malaysia. Ini bermaksud, jumlah pendapatan rakyat, tahap pengurusan ekonomi atau indeks rasuah sesebuah negara tidak pernah dijadikan kayu pengukur untuk melaksanakan cukai GST.

Sebenarnya, cukai GST di Malaysia sudah lama dibincangkan di Malaysia iaitu semenjak zaman Tun Daim menjadi Menteri Kewangan Malaysia lagi.

PELAKSANAAN CUKAI GST MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN KEPADA SUMBER PETRONAS

Kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan pendapatan negara terhadap cukai pendapatan petroleum. Ini kerana cukai yang diperolehi daripada Petronas adalah tidak bersifat 'sustainable'. Kita dapat lihat penurunan sebanyak 30% harga minyak telah menyusutkan pendapatan negara sehingga RM20 bilion. Justeru, walaupun jumlah subsidi telah pun dikurangkan, hakikatnya pendapatan negara turut menyusut.

CUKAI GST LEBIH TELUS

Cukai GST adalah mekanisme cukai yang lebih menyeluruh dan telus berbanding cukai SST yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Antara masalah utama cukai SST ialah lebih terdedah kepada penyelewengan. Syarikat- syarikat korporat boleh sahaja memanipulasi jumlah pendapatan yang diperolehi mereka dan boleh juga melakukan tindakan 'under-declare' mengenai keuntungan mereka di akhir tahun bagi mengelakkan perniagaan mereka dikenakan cukai yang tinggi oleh pihak kerajaan.

Setakat tahun 2012, daripada sebanyak 1.2 juta syarikat di Malaysia, yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hanya 15.6 % atau sebanyak 159,000 syarikat korporat sahaja yang membayar cukai kepada pihak kerajaan. Di manakah pula hasil pendapatan kerajaan daripada 85% syarikat yang lain?

Selain itu, amalan audit kewangan syarikat di dalam sistem sedia ada pula adalah mengikut 'yearly basis'. Hal ini secara tidak langsung telah memberi lebih waktu kepada pihak syarikat untuk 'mengubah' jumlah jualan dan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh mereka. Seboleh- bolehnya, syarikat- syarikat korporat mahu membayar jumlah cukai yang serendah mungkin.

Di samping itu juga, senarai produk dan perkhidmatan yang dikenakan cukai SST juga tidak begitu jelas.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • (Iceland) "Lög nr. 50/1988 um virðisaukaskatt". 1988. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-11-03. Dicapai pada 2007-09-05.
  • Ahmed, Ehtisham and Nicholas Stern. 1991. The Theory and Practice of Tax Reform in Developing Countries (Cambridge University Press).
  • Bird, Richard M. and P.-P. Gendron .1998. “Dual VATs and Cross-border Trade: Two Problems, One Solution?” International Tax and Public Finance, 5: 429-42.
  • Bird, Richard M. and P.-P. Gendron .2000. “CVAT, VIVAT and Dual VAT; Vertical ‘Sharing’ and Interstate Trade,” International Tax and Public Finance, 7: 753-61.
  • Keen, Michael and S. Smith .2000. “Viva VIVAT!” International Tax and Public Finance, 7: 741-51.
  • Keen, Michael and S. Smith .1996. "The Future of Value-added Tax in the European Union," Economic Policy, 23: 375-411.
  • McLure, Charles E. (1993) "The Brazilian Tax Assignment Problem: Ends, Means, and Constraints," in A Reforma Fiscal no Brasil (São Paulo: Fundaçäo Instituto de Pesquisas Econômicas).
  • McLure, Charles E. 2000. “Implementing Subnational VATs on Internal Trade: The Compensating VAT (CVAT),” International Tax and Public Finance, 7: 723-40.
  • Muller, Nichole. 2007. Indisches Recht mit Schwerpunkt auf gewerblichem Rechtsschutz im Rahmen eines Projektgeschäfts in Indien, IBL Review, VOL. 12, Institute of International Business and law, Germany.[1]
  • Muller, Nichole. 2007. Indian law with emphasis on commercial legal insurance within the scope of a project business in India. IBL Review, VOL. 12, Institute of International Business and law, Germany.
  • OECD. 2008. Consumption Tax Trends 2008: VAT/GST and Excise Rates, Trends and Administration Issues. Paris: OECD.
  • Serra, J. and J. Afonso. 1999. “Fiscal Federalism Brazilian Style: Some Reflections,” Paper presented to Forum of Federations, Mont Tremblant, Canada, October 1999.
  • Sharma, Chanchal kumar 2005. Implementing VAT in India: Implications for Federal Polity. Indian Journal of Political Science, LXVI (4): 915-934. [ISSN: 00019-5510][2]
  • Shome, Parthasarathi and Paul Bernd Spahn (1996) "Brazil: Fiscal Federalism and Value Added Tax Reform," Working Paper No. 11, National Institute of Public Finance and Policy, New Delhi
  • Silvani, Carlos and Paulo dos Santos (1996) "Administrative Aspects of Brazil's Consumption Tax Reform," International VAT Monitor, 7: 123-32.
  • Tait, Alan A. (1988) Value Added Tax: International Practice and Problems (Washington: International Monetary Fund).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]