Cukup Derita Itu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cukup Derita Itu
Genre
Berdasarkan daripada
Cukup Derita Itu
karya Siti Rosmizah Semail
PenciptaSiti Rosmizah Semail
Ditulis oleh
  • Siti Rosmizah Semail
  • Falriqz Naill
  • Zuyyin
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Cukup Derita Itu" oleh Siti Nordiana
Lagu penutup"Pergilah Derita" oleh Asfan Shah feat. Lia Aziz
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod40
Penerbitan
PenerbitSiti Rosmizah Semail
Mazelan Zainol Abidin
PenyuntingKas Roshan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Sr One Sdn Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3 & IQIYI
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal6 Mei 2021 – 16 Disember 2021
Status6 Mei 2021 - 9 Jun 2021 (Ditunda)
15 November 2021 - 16 Disember 2021 (Sambungan Musim 2)
Kronologi
MengikutiPenjara Janji
Diikuti olehSitik Tok dan Tahyul

Cukup Derita Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Ruhainies, Hisyam Hamid, dan Chacha Maembong. Siri ini mula ditayangkan di TV3 dalam Slot Samarinda bermula 6 Mei 2021 bagi menggantikan drama Penjara Janji.[1]

Drama ini terpaksa ditangguhkan setelah 20 episod, akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di Seluruh Malaysia yang menyebabkan sesi penggambaran drama ini terhenti. Namun begitu, baki 20 episod yang belum ditayangkan akan disiarkan sebagai musim kedua bagi drama ini.[2][3]

Pada 15 November 2021, siri ini ditayangkan musim kedua menggantikan Tahyul.[4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang kehidupan pasangan kembar Ellani (Ruhainies) dan Ellana (Chacha Maembong) yang setelah kematian kedua orang tua dan dibesarkan oleh ibu saudara mereka, Mak Ngah Gayah (Jasmin Hamid). Walaupun dibesarkan oleh ibu saudara, Ellani dan Ellana dilayan tidak sama. Ellana dilayan bagaikan puteri manakala Ellani dilayan seperti hamba. Entah apa alasannya.

Setelah dewasa, Ellana bertemu dengan Zarul Zafran (Hisyam Hamid), seorang lelaki tampan berjawatan sebagai pensyarah. Cinta pandang pertama telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Tetapi, Zarul telah terlibat dalam sebuah kemalangan sebelum perkahwinan itu berlangsung.

Zarul hilang ingatan dan tiba-tiba berubah hatinya kepada Ellani dan melamar Ellani untuk menjadi isterinya. Ellani menjadi tidak keruan kerana bakal abang iparnya itu tiba-tiba saja ingin menjadi suaminya.

Namun, demi kebahagiaan Datin Mahani (Rosnah Johari) yang telah dianggap seperti ibu, Ellani akur dengan ketentuan jodohnya. Zarul akhirnya menjadi suaminya. Berbagai onak dan duri dilalui.

Dendam Mak Ngah Gayah dan Ellana menyebabkan hidup Ellani penuh dengan duka. Lelaki yang telah menjadi suaminya mula berubah hati dan mengejar semula cinta Ellana hingga sanggup menceraikannya melalui SMS.

Bagaimanakah nasib Ellani setelah diceraikan? Adakah hubungan yang telah putus itu dapat disambung semula? Adakah sinar bahagia menanti Ellani di akhirnya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon Sampingan[sunting | sunting sumber]

  • Haji Samsuri Shahrom sebagai Pak Long Ajis
  • S. Ruwiyani Ariffin sebagai Kak Salmah
  • Norazlina Ismail sebagai Senah
  • Halimah Naim sebagai Bedah
  • Indhi Vernandha sebagai Bibik Yanti
  • Aziz AG sebagai Pak Hamid
  • Bella Abel sebagai Zetty
  • Zul Genting sebagai Akub
  • Mili Supina sebagai Mak Besah
  • Nik Ramly sebagai Pak Buncit
  • Din Dangerous sebagai Putih Katik
  • Amirul Asyhwad sebagai Midun

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Penggambaran drama ini dimulakan pada Disember 2020. Penggambarannya juga pernah tertangguh berikutan salah seorang krunya dijangkiti COVID-19. Bagaimanapun, ia terhenti berikutan beberapa babak yang belum sempat dirakamkan.[8]

Siaran[sunting | sunting sumber]

Cukup Derita Itu memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 bermula 6 Mei 2021. Pada 10 Jun 2021, drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di seluruh negara berikutan peningkatan kes pandemik COVID-19 di Malaysia.[9][8] Ia digantikan oleh tayangan semula drama Love You Mr. Arrogant lakonan Azlee Khairi dan Zara Zya. Turut ditunda siarannya ialah Kekasih Hati Mr Bodyguard.[10]

Pelakon utama drama ini, Ruhainies dalam satu perkongsian di Instagram Miliknya memaklumkan bahawa baki 20 episod drama ini akan disiarkan apabila TV3 mengumumkan tarikh tayangan drama ini.[11]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Cukup Derita Itu". MyInfoTaip. 5 Mei 2021. Dicapai pada 6 Mei 2021.
  2. ^ Zaidi Mohamad (14 Jun 2021). "Drama Cukup Derita Itu dihenti tayangan". Berita Harian. Dicapai pada 17 Jun 2021.
  3. ^ "Tayangan drama Cukup Derita Itu dihentikan". Rancangan Tivi. 9 Jun 2021. Dicapai pada 17 Jun 2021.
  4. ^ Drama Cukup Derita Itu 2
  5. ^ Najiy Jefri (22 Mei 2021). "Ruhainies teruja jadi penoreh getah". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  6. ^ Zaidi Mohamad (2 Mei 2021). "Hisyam kena 'gam'?". Berita Harian. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  7. ^ Attiqah Mohd (10 Jun 2021). ""Buat laki macam hamba abdi" - Penonton emosi dengan lakonan Didie Alias dalam drama Cukup Derita Itu". XTRA. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  8. ^ a b Qarami Hashim (10 Jun 2021). "Cukup Derita Itu terpaksa dihentikan tayangan, banyak dugaan sejak mula penggambaran Disember lalu". mStar Online. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  9. ^ Najiy Jefri (10 Jun 2021). "Walaupun kecewa, Siti Rosmizah akur tayangan Cukup Derita Itu dihentikan sementara". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (12 Jun 2021). "Tunda siaran dua drama tak ganggu rating". Harian Metro. Dicapai pada 13 Jun 2021.
  11. ^ ""TV3 akan umum tarikh tayangan sambungan," – Cukup Derita Itu masih berbaki 20 episod, ini respon Ruhainies". Media Hiburan. 10 Jun 2021. Dicapai pada 13 Jun 2021.