Daerah Kalabakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kalabakan
Bulatan ke Pekan Kalabakan
Bulatan ke Pekan Kalabakan
Etimologi: Dapat Makan
Lokasi Kalabakan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianTawau
Ditubuhkan1 Januari 2019
Pusat pentadbiranPekan Kalabakan
Pentadbiran
 • BadanPejabat Daerah Kalabakan
 • Pegawai daerahRashid Abdul Harun
 • MPAndi Muhammad Suryady Bandy (UMNO) (Kalabakan)
Keluasan
 • Jumlah3,885 km2 (1,500 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah48,344
 • Kepadatan12/km2 (32/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platST (1980-2018)
SW (2019-)

Kalabakan ialah sebuah daerah baharu di selatan Sabah yang terletak di barat Bahagian Tawau. Jaraknya dari Bandar Tawau adalah kira-kira 106 kilometer. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Kalabakan yang sedang dibangunkan.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama 'Kalabakan' berasal dari perkataan 'kaap ngakan' yang bermaksud 'dapat makan' dalam bahasa suku kaum Tidong iaitu penduduk asal Kampung Kalabakan.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Kalabakan dahulunya merupakan sebahagian daripada Daerah Tawau. Pada 1 Januari 2019, Kerajaan Negeri Sabah telah menaik taraf Kalabakan sebagai sebuah daerah penuh.[3]

Peristiwa Konfontasi Indonesia 1963[sunting | sunting sumber]

Tugu Peringatan Kalabakan

Pada malam 29 Disember 1963, Tentara Nasional Indonesia (TNI) telah menyerang berek pos kawalan tentera dan balai polis di Kalabakan sebagai sebahagian daripada tindak balas Konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963. Peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Kalabakan ini telah mengorbankan lapan anggota tentera dan mencederakan 18 yan lain. Sebuah tugu peringatan telah dibina bagi memperingati peristiwa ini.[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kalabakan terletak di selatan negeri Sabah, tepatnya di barat Bahagian Tawau. Daerah ini bersempadan dengan daerah Tongod dan Laghad Datu di utara, daerah Kunak di timur laut, daerah Tawau di timur, daerah Nabawan di barat dan Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia di selatan. Daerah ini juga berkeluasan 3,885 kilometer persegi.

Bentuk muka bumi daerah Kalabakan kebanyakannya merupakan daratan tinggi dan berbukit terutama di kawasan pedalaman. Di bahagian pesisir pantai pula merupakan dataran rendah yang dikelilingi delta sungai menuju ke Teluk Cowie. Puncak tertinggi daerah ini terletak di Gunung Luis yang mencapai ketinggian 1,426 meter. Sungai Kalabakan merupakan sungai terpanjang di daerah ini dengan panjang mencecah 17 kilometer. Pulau terbesar di daerah ini ialah Pulau Simandalan.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pihak berkuasa tempatan yang mentadbir daerah Kalabakan ialah Majlis Perbandaran Tawau. Pejabat Daerah Kalabakan juga telah ditubuhkan bagi melicinkan urusan pentadbiran daerah ini. Terdapat tiga buah mukim di dalam daerah Kalabakan iaitu mukim Kalabakan, Luasong dan sebahagian mukim Merotai.

Politik[sunting | sunting sumber]

Di peringkat persekutuan, daerah Kalabakan diwakili Parlimen Kalabakan dalam Dewan Rakyat manakala di peringkat negeri, daerah Kalabakan diwakili DUN Sebatik dan Merotai dalam Dewan Undangan Negeri Sabah.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
201047,466—    
202048,344+1.8%
Sumber: [5]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Kalabakan ialah seramai 48,344 orang dengan kepadatan penduduk 12 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[6] Majoriti penduduk di daerah Beluran merupakan Bumiputera termasuklah etnik Tidung, Murut, Bugis dan Melayu. Lebih 64 peratus daripada jumlah penduduk merupakan bukan warganegara.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 465
Bumiputera lain 16,808
Cina 73
India 5
Lain-lain 199
Bukan warganegara - 30,794
Jumlah 48,344

Agama[sunting | sunting sumber]

Di daerah Kalabakan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 92 peratus diikuti agama Kristian sebanyak tujuh peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kayu Balak di Kalabakan

Masyarakat dan penduduk setempat bergantung kepada kegiatan ekonomi berbentuk pertanian iaitu tanaman jenis kelapa sawit dan tanaman jenis buah-buahan tempatan. Kegiatan perikanan juga amat penting di daerah ini menjadikannya antara pengeluar udang galah terbesar di Bahagian Tawau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Pengenalan Kalabakan". Pejabat Daerah Kalabakan. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Januari 2023. Dicapai pada 16 April 2024.
  3. ^ "Warta Kerajaan" (PDF). Kerajaan Negeri Sabah. 14 Januari 2019. m/s. 1. Dicapai pada 16 April 2024.
  4. ^ "Serangan berdarah Kalabakan tinggalkan kesan mendalam". Sinar Harian. 2021-09-16. Dicapai pada 2024-04-16.
  5. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  6. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]