Daerah Sibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Sibu
NegaraMalaysia
NegeriSarawak
BahagianSibu
Pusat pentadbiranSibu
Pentadbiran
 • JenisMajlis Daerah
Keluasan
 • Jumlah2,229.80 km2 (860.93 batu persegi)
Penduduk
 (2016)[2]
 • Jumlah249,900
 • Kepadatan110/km2 (290/batu persegi)

Daerah Sibu ialah sebuah daerah dalam Bahagian Sibu di Sarawak, Malaysia. Keluasan Daerah Sibu ialah 2,229.80 kilometer persegi (860.93 batu persegi) sementara jumlah penduduk ialah 249,900 orang pada tahun 2016.[1][2] Bandar utama dalam daerah ini ialah Sibu. Daerah Sibu merupakan salah satu dari tiga daerah dalam Bahagian Sibu; daerah-daerah lain ialah Daerah Kanowit dan Daerah Selangau.[3]

Kerajaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kerajaan tempatan dalam Daerah Sibu: Majlis Perbandaran Sibu mentadbir Bandar Sibu sementara Majlis Daerah Luar Bandar Sibu bertanggungjawab terhadap kesemua kawasan selebihnya dan juga Daerah Selangau.[4]

Daerah Sibu diwakili dalam Dewan Rakyat Malaysia oleh sebuah kerusi iaitu Sibu dengan kod P212, sementara dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak ia diwakili oleh tiga kerusi iaitu Bawang Assan (N53), Pelawan (N54) dan Nangka (N55).[5][6]

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Mengikut statistik pada tahun 2016, Daerah Sibu mempunyai jumlah penduduk seramai 249,900 orang. Daripada jumlah tersebut, 126,800 orang adalah terdiri dari lelaki dan 123,100 adalah perempuan.[2] Penduduk dalam Daerah Sibu terdiri dari beberapa bangsa dan kaum etnik: bangsa Cina merupakan penduduk majoriti dengan 113,000, diikuti dengan Iban dengan jumlah 71,800, Melayu dengan 26,300, Melanau dengan 15,700 dan Bidayuh dengan 1,900.[2] Terdapat juga kaum bumiputera yang lain dengan jumlah keseluruhan 3,800 orang, sementara bukan bumiputera seperti bangsa India dan lain-lain adalah 2,000.[2] Daerah Sibu juga mencatatkan kira-kira 15,400 orang penduduk yang terdiri dari bukan warganegara.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Demografi Pentadbiran Bahagian Sibu". www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  2. ^ a b c d e f "Profail Bahagian Sibu 2017" (PDF). www.sibu.sarawak.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  3. ^ "Pentadbiran Bahagian dan Daerah". www.sarawak.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  4. ^ "Latar Belakang MDLBS". www.srdc.gov.my. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  5. ^ "BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU, SABAH DAN SARAWAK" (PDF). www.spr.gov.my. 30 Mac 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.
  6. ^ "P212 Sibu". undi.info. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-04. Dicapai pada 4 Julai 2018.