Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern, bahagian depan

Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern (Königlicher Hausorden von Hohenzollern atau Royal House Order of Hohenzollern) ialah satu darjah kebesaran Kerabat Hohenzollern dari Prusia yang dikurniakan kepada pegawai tentera dan orang awam yang bersamaan taraf. Dikaitkan dengan pelbagai versi darjah seperti salib dan pingat yang boleh dikurniakan kepada askar berpangkat rendah dan orang awam bawahan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Darjah Kerabat Hohenzollern telah dizahirkan pada 5 Disember 1841 oleh dekri bersama Putera Konstantin Hohenzollern-Hechingen dan Putera Karl Anton Hohenzollern-Sigmaringen. Kedua-dua kerajaan kecil di selatan Jerman ini merupakan keturunan sesisi Kerabat Katolik Hohenzollern, sepupu kepada kerabat Protestan Prusia. Pada 23 Ogos 1851, selepas dua kerajaan kecil ini telah diilhak oleh Prusia, darjah tersebut telah diguna pakai oleh cabang kerabat Prusia. Darjah ini juga berkait rapat dengan kerabat diraja Romania kerana anak Putera Karl Anton iaitu Karl Eitel Friedrich telah menjadi Raja Romania dengan gelaran Carol I, kemudian disambung oleh anak buahnya Ferdinand I, cucu saudaranya Carol II dan yang terakhir cicit saudaranya Michael I.

Peringkat Darjah[sunting | sunting sumber]

Darjah Kerabat Diraja[sunting | sunting sumber]

Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern terdiri daripada empat peringkat:

  • Komander Utama (Grand Commander/Grosskomtur)
  • Komander (Commander/Komtur)
  • Kesatria (Knight/Ritter)
  • Ahli (Member/Inhaber)

Semasa Perang Dunia I, Salib Kesatria Darjah Kerabat Diraja Hohenzollern berserta Pedang telah menjadi anugerah pertengahan diantara Iron Cross Kelas 1 dan Pour le Merite bagi para pegawai rendah Prusia. Apabila dikurniakan dengan pedang, ia telah dipakai pada riben Iron Cross.

Darjah Kerabat Putera[sunting | sunting sumber]

Darjah Kerabat Putera Hohenzollern terdiri daripada lapan peringkat:

  • Pingat Kehormatan Kelas 1 (Ehrenkreuz 1. Klasse)
  • Pingat Kehormatan Komander (Ehrenkomturkreuz)
  • Pingat Kehormatan Kelas 2 (Ehrenkreuz 2. Klasse)
  • Pingat Kehormatan Kelas 3 (Ehrenkreuz 3. Klasse)
  • Pingat Kepujian Emas (goldenes Verdienstkreuz)
  • Pingat Kepujian Perak (silbernes Verdienstkreuz)
  • Medal Kehormatan Emas (goldene Ehrenmedaille)
  • Medal Kehormatan Perak (silberne Ehrenmedaille)

Darjah Kerabat Romania[sunting | sunting sumber]

Penerima-penerima terkenal[sunting | sunting sumber]

Terdapat lebih 8,000 anugerah Salib Kesatria Darjah Kerabat Hohenzollern berserta Pedang semasa Perang Dunia I. Antara penerima yang kemudian mendapat nama dalam Perang Dunia II ialah:

  • Hermann Balck - General der Panzertruppe dalam Wehrmacht
  • Ludwig Beck - Kolonel Jeneral dalam Wehrmacht dan pemimpin konspirasi keatas Hitler
  • Werner von Blomberg - Fil Marsyal dalam Wehrmacht; juga penerima Pour le Mérite
  • Leonhard Graf von Blumenthal – Fil Marsyal Prusia dalam Perang Penyatuan; memegang Royal House Order Grand Commander with Swords on Ring dan Commander with Star with Swords; juga menerima Pour le Mérite with Oakleaves and Diamonds.
  • Gunther BlumentrittGeneral der Infanterie dalam Wehrmacht
  • Fedor von Bock - Fil Marsyal dalam Wehrmacht; juga penerima Pour le Mérite
  • Oswald Boelcke - salah seorang juruterbang handalan Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite.
  • Friedrich Bogendörfer – juga penerima Pour le Mérite; mendapat pangkat kesatria dan bangsawan; diangkat menjadi Friedrich Ritter von Bogendörfer oleh Bavaria Military Order of Max Joseph
  • Walther von Brauchitsch - Fil Marsyal dalam Wehrmacht dan panglima Tentera Darat Jerman
  • Ernst Busch - Fil Marsyal dalam Wehrmacht; juga penerima Pour le Mérite
  • Jakob Danner – Pegawai Bavaria yang mendapat pangkat kesatria dan bangsawan; diangkat menjadi Jakob Ritter von Danner oleh Bavaria Military Order of Max Joseph; pada tahun 1923 beliau membantu dalam menghentikan Beer Hall Putsch
  • Friedrich-Wilhelm Dernen - Pegawai rendah Baden; juga penerima Pour le Mérite dan Baden Military Karl-Friedrich Merit Order
  • Karl Donitz - Laksamana Besar dalam Kriegsmarine dan pengganti Hitler sebagai Presiden Jerman
  • Franz Ritter von Epp – juga penerima Pour le Mérite, Bavaria Military Order of Max Joseph; kemudian Gabenor Negeri Bavaria (1933–45)
  • Alexander von Falkenhausen - General der Infanterie dalam Wehrmacht dan Gabenor Tentera Jajahan Belgium; juga penerima Pour le Mérite
  • Victor Franke – Komander Schutztruppe dan veteran paling banyak terima pingat dalam kempen kolonial Jerman di Afrika; juga penerima Pour le Mérite
  • Werner Freiherr von Fritsch - Kolonel Jeneral dalam Wehrmacht dan panglima Tentera Darat Jerman
  • Werner Albrecht Freiherr von und zu Gilsa - General der Infanterie dan komandan terakhir Dresden.
  • Hermann Goering - Reichsmarschall dan timbalan Hitler; juga penerima Pour le Mérite, Baden Military Karl-Friedrich Merit Order dan pelbagai pingat yang lain
  • Robert Ritter von Greim - Fil Marsyal dalam Luftwaffe; juga penerima Pour le Mérite dan Bavaria Military Order of Max Joseph
  • Franz Halder - Kolonel Jeneral dalam Wehrmacht dan Ketua Staf OKH
  • Paul HausserOberstgruppenführer dalam Waffen-SS
  • Gotthard Heinrici - Kolonel Jeneral dalam Wehrmacht
  • Erich Hoepner - Kolonel Jeneral dalam Wehrmacht dan pemimpin konspirasi keatas Hitler
  • Hans-Valentin Hube - Kolonel Jeneral dan salah seorang pegawai paling banyak terima pingat dalam Wehrmacht
  • Max Immelmann - juruterbang handalan Jerman dalam Perang Dunia I yang mengeksploitasi kemasyhuran namanya dengan memberi gelaran "Blue Max" kepada Pour le Mérite; juga penerima Knight Cross dan Commander Cross of Saxony Military Order of St. Henry
  • Ernst Junger - juga penerima Pour le Mérite. Pengarang memoir terkenal Perang Dunia I, "Storm of Steel". Ketika Perang Dunia II, beliau menyertai semula Wehrmacht sebagai kapten dan bertugas bersama tentera pendudukan Jerman di Paris.
  • Wilhelm Keitel - Fil Marsyal dalam Wehrmacht dan Ketua OKW
  • Gunther von Kluge - Fil Marsyal dalam Wehrmacht
  • Hermann Kohl – juruterbang Perang Dunia I dan perintis kapal terbang; membuat penerbangan pertama Timur-Barat merentas Atlantik; juga penerima Pour le Mérite, Württemberg Military Merit Order, Distinguished Flying Cross A.S.
  • Georg von Kuchler - Fil Marsyal dalam Wehrmacht
  • Wilhelm Ritter von Leeb - Fil Marsyal dalam Wehrmacht; juga penerima Bavaria Military Order of Max Joseph
  • Wilhelm List - Fil Marsyal dalam Wehrmacht
  • Bruno Loerzer - Kolonel Jeneral dalam Luftwaffe; juga penerima Pour le Mérite
  • Erich Lowenhardt - wira udara ketiga terbaik Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite
  • Erich von Manstein - Fil Marsyal dalam Wehrmacht
  • Walter Model - Fil Marsyal dan salah seorang pegawai yang paling banyak terima pingat dalam Wehrmacht
  • Helmuth von Moltke the Elder – Fil Marsyal Prusia dalam Perang Penyatuan; memegang Royal House Order Grand Commander with Swords; juga menerima Pour le Mérite with Oakleaves, Crown and Diamonds, Grand Cross of the Pour le Mérite dan Civil Class of the Pour le Mérite
  • Louis Alfred Carl Oscar Müldner von Mülnheim, Mejar dan pembantu peribadi Putera Mahkota Jerman
  • Karl August Nerger, komander kapal kruiser Jerman; salah seorang daripada dua pegawai rendah yang menerima lima darjah kebesaran tertinggi Jerman: Pour le Mérite, Bavaria Military Order of Max Joseph, Saxony Military Order of St. Henry, Württemberg Military Merit Order and Baden Military Karl-Friedrich Merit Order
  • Theo Osterkamp – juruterbang handalan Perang Dunia I dan penerima Pour le Mérite; juga berkhidmat dalam Perang Dunia II dan naik ke Generalleutnant
  • Erich Raeder - Laksamana Besar dalam Kriegsmarine
  • Walther von Reichenau - Fil Marsyal dalam Wehrmacht
  • Manfred von Richthofen – wira udara terbaik Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite, Saxony Military Order of St. Henry, Württemberg Military Merit Order dan beberapa pingat yang lain
  • Gerd von Rundstedt - Fil Marsyal dalam Wehrmacht dan Panglima Tertinggi Barat Eropah
  • Dietrich von Saucken - General der Panzertruppe dan salah seorang pegawai yang paling banyak terima pingat dalam Wehrmacht
  • Friedrich Graf von der Schulenburg – menerima Knight Cross of the Royal House Order sebagai Lt. Kolonel dan Commander Cross sebagai Kolonel; juga penerima Pour le Mérite with Oakleaves dan Order of the Red Eagle 2nd Class with Swords, Oakleaves and Crown
  • Hugo Sperrle - Fil Marsyal dalam Luftwaffe; juga penerima Württemberg Military Merit Order
  • Kurt Student - Kolonel Jeneral dan komander askar payung terjun Jerman
  • Ernst Udet – wira udara kedua terbaik Jerman dalam Perang Dunia I; juga penerima Pour le Mérite dan Kolonel Jeneral dalam Luftwaffe
  • Alfred von Waldersee – Fil Marsyal Prusia dan Ketua Staf Am Jerman; memegang Royal House Order Grand Commander with Swords on Ring dan Knight with Swords
  • Erwin von Witzleben - Fil Marsyal dalam Wehrmacht dan pemimpin konspirasi keatas Hitler

Lihat juga[sunting | sunting sumber]