Darurat Tanah Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Darurat Tanah Melayu
ضرورت تانه ملايو
Sebahagian daripada Perang Dingin
Mengikut arah jam dari kiri atas:
  • Tentera British bergambar dengan kepala terputus
  • Pemimpin komunis Lee Meng pada tahun 1952
  • Anggota RAF memuatkan bom untuk digunakan menentang pemberontak komunis
  • King's African Rifles cari pondok terbiar
  • Orang awam telah diusir secara paksa dari tanah mereka oleh British sebagai sebahagian daripada Briggs Plan
Tarikh16 Jun 1948 – 31 Julai 1960
Lokasi
Keputusan
  • Kekalahan gerila komunis
  • Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu
  • Perubahan
    wilayah
    Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
    Pihak yang terlibat

    Commonwealth forces:
     United Kingdom

    Australia Australia
    New Zealand New Zealand

    Disokong oleh:
     Republik China (Taiwan)
     Thailand
    (Thai–Malaysian border)
     Amerika Syarikat
    Parti Komunis Malaya
     Republik Rakyat China
     Korea Utara
     Vietnam Utara
     Mongolia
     Kesatuan Soviet
    Komandan dan pemimpin

    United Kingdom Harold Briggs United Kingdom Henry Gurney
    United Kingdom Gerald Templer
    Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman

    Australia Henry Wells

    Chin Peng Abdullah C.D
    Rashid Maidin

    Shamsiah Fakeh

    Darurat Tanah Melayu, juga dikenali sebagai Perang Pembebasan Kebangsaan Anti-British oleh pihak Komunis merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari 1948 sehingga 1978. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang berlaku di antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahan Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak PKM dan kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989.

    Punca darurat[sunting | sunting sumber]

    Pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1942 sehingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang-orang Melayu pada masa itu.

    Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi "kekosongan kuasa" (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman.

    Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945. Ini disusuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945.

    Dalam tempoh masa 7 hari (seminggu) selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.

    Ramai orang-orang Melayu dan tidak lupa juga, individu-individu berbangsa Cina dan India telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Terutama sekali, individu-individu berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun.

    Anggota-anggota komunis PKM telah bertindak dengan zalim dan melulu. Tiada langsung perasaan belas kasihan yang ditunjukkan -- terutama sekali kepada mereka-mereka yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.

    Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu. Sebulan kemudiannya, PKM telah diharamkan.

    PKM menggunakan strategi, bersekongkol dengan pihak-pihak kesatuan sekerja yang ada pada waktu itu di samping menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).

    Usaha untuk melakukukan mogok yang mendapat sokongan daripada pihak PKM, walau bagaimanapun, telah gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh pihak British untuk melemahkan PKM.

    Darurat kemudiannya diisytiharkan di negeri Johor pada 19 Jun 1948.

    Langkah mengatasi darurat[sunting | sunting sumber]

    Anggota Rejimen Askar Melayu memeriksa peralatan, bekalan dan dokumen yang ditemui dalam satu serbuan ke atas kem pengganas komunis di hutan. Gambar sekitar tahun 1949.

    Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:

    1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
    2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
    3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis.

    Pada masa darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir-anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang seperti meriam, kapal terbang dan kapal laut.

    Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan anggota-anggota Special Branch (SB) telah ditambahkan ke 70,000 orang. Home Guard juga telah diperkenalkan supaya lebih ramai orang boleh menyumbangkan khidmat bantuan mereka dalam membanteras kegiatan komunisme. Lebih kurang 200,000 anggota Home Guard berjaya direkrut. Bantuan ketenteraan daripada Negara-negara Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara juga berhasil diperolehi.

    Perintah Berkurung telah diperkenalkan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti aktif dengan aktiviti-aktiviti pengganasan komunis.

    Konsep "Kawasan Putih" dan "Kawasan Hitam" juga diguna pakai untuk memudahkan Pihak Pentadbiran Tentera British (BMA) melaksanakan kerja mereka dalam mengekang aktiviti-aktiviti komunisme. Kawasan Putih bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya bila merujuk kepada Kawasan Hitam. Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang diisytiharkan sebagai Kawasan Putih di seluruh negeri Tanah Melayu.

    Sekatan-sekatan jalan raya dan kawalan-kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai pengaruh komunis.

    Penggunaan Kad Pengenalan (IC) juga diwajibkan bagi memudahkan proses idenfifikasi diri. Sesiapa yang didapati tidak mempunyai Kad Pengenalan diri boleh ditahan oleh anggota-anggota pihak keselamatan. Kerajaan British mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan diri sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun (ke atas).

    Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) sebagai usaha untuk menghapuskan aktiviti komunisme.

    Di antara rancangannya adalah termasuk:

    1. Penempatan semula orang Cina. Sebahagian besar daripada ahli PKM terdiri daripada orang-orang Cina. Dan ramai orang-orang Cina tinggal di kawasan-kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun. Dengan membuat penempatan semula ke atas orang-orang Cina di Tanah Melayu, ini memudahkan lagi proses pengawalan dan pengurusan ke atas elemen-elemen pengganasan komunisme.
    2. Konsep penempatan semula yang diberi nama, "Kampung Baru" telah diperkenalkan. Kampung-kampung ini telah dibina di kawasan-kawasan baru yang dipilih khas untuk menempatkan orang-orang Cina.

    Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan perumahan setinggan orang Cina dianggap sebagai sumber utama bagi PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan.

    Dengan wujudnya "Kampung-kampung Baru" yang dikawal ketat oleh Home Guards, peluang bagi PKM dan juga agen-agen Min Yuen untuk menyalurkan maklumat dan barang-barang keperluan kepada PKM dapat dikekang dengan efektif.

    Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan elemen-elemen komunis kurang berhasil sebagaimana yang diharapkan pada awalnya. Ini disebabkan, pengganas-pengganas komunis tidak bertempur secara berhadapan. Sebaliknya, mereka bertempur dan berperang menggunakan kaedah "peperangan gerila" (guerrilla warfare).

    Polis memeriksa seorang lelaki Cina bagi mengenalpasti samada tali barut komunis atau tidak.

    Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 nyawa terkorban (termasuk 2,500 orang awam).

    Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa syarat:

    1. Pembahagian daerah kepada Kawasan Putih dan Kawasan Hitam;
    2. Pemindahan setinggan-setinggan yang terletak berhampiran hutan-hutan ke kawasan-kawasan yang lebih selamat yang dinamakan sebagai "Kampung Baru". Seterusnya, ini dapat melindungi orang awam daripada ancaman dan juga ugutan pengganas-pengganas komunis;
    3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagi memudahkan seseorang itu dikenal pasti;
    4. Penggunaan pengangkutan udara bagi membawa tentera dalam menggempur pengganas komunis. Sekarang dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat juang mereka.
    5. Pengenalan sistem ISA.
    6. Pengampunan diberikan kepada anggota-anggota pengganas komunis yang menyerah kalah (surrendering) melalui risalah-risalah yang disebarkan melalui unit udara.
    7. Pengenalan dan pengambilan "Sukarelawan-sukarelawan / Pengawal-pengawal Kampung" yang lengkap bersenjata.
    8. Pembinaan balai-balai polis di kawasan-kawasan yang dikenal pasti terancam (Kawasan Hitam).

    Walau bagaimanapun, kesemua strategi dan taktik yang diguna pakai dan dilaksanakan tidak akan berjaya, sekiranya sokongan tidak diberikan oleh orang-orang awam / penduduk tempatan.

    Satu contoh baik yang menyokong kenyataan ini boleh dilihat semasa Perang Vietnam (Vietnam War). Pihak tentera Amerika Syarikat cuba meniru strategi dan taktik yang telah diguna pakai semasa konflik sedang berlangsung. Tetapi, apa yang didapati oleh pihak tentera Amerika Syarikat tidak menepati sepertimana yang dirancangkan.

    Strategi dan taktik masih lagi terhad dan terbatas daripada segi keberkesanan dan keampuhan mereka. Apa yang lebih penting ialah sikap bekerjasama (co-operation) yang diberikan oleh orang-orang awam / rakyat tempatan kepada pihak pemerintah dan juga pihak tentera.

    Faktor inilah yang akan menentukan sama ada efektif atau pun tidak sesuatu strategi mahupun taktik yang diimplementasikan.

    Langkah-langkah tidak berbentuk ketenteraan[sunting | sunting sumber]

    Langkah-langkah yang berbentuk sosial juga telah diambil kerana hati rakyat Tanah Melayu juga perlu diambil kira. Di antara langkah-langkah yang paling popular yang telah diambil adalah seperti berikut:

    1. Catuan makanan dibuat kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu (terutama individu berbangsa Cina) adalah anggota pergerakan bawah tanah yang dilabelkan sebagai Min Yuen. Anggota-anggota Min Yuen tidak berfungsi sebagai perajurit utama (main soldiers). Sebaliknya, mereka memainkan peranan sebagai pengintip (spies) dan juga bila perlu, mereka akan melakukan serangan dan aktiviti sabotaj secara subversif.
    2. Perang psikologi juga dibuat, menjanjikan rakyat Tanah Melayu pulangan ganjaran bagi perkongsian maklumat yang menjurus kepada pendedahan, setiap ahli PKM. Tawaran ganjaran juga diberikan untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan ganjaran sebanyak $5,000 telah diberikan untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri; manakala, ganjaran sebanyak RM250,000 diberikan bagi sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.[1]
    3. Tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, usaha-usaha untuk menghalang PKM daripada terus bertapak di Tanah Melayu berjaya dilaksanakan. Ini kerana penentangan PKM, pasca-kemerdekaan, bukan lagi disasarkan kepada pihak kolonial British, tetapi disasarkan terhadap kerajaan anak watan.
    4. Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam).


    Lihat pula[sunting | sunting sumber]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]

    Sumber[sunting | sunting sumber]

    • Barber, Noel (1971). War of The Running Dogs. London: Collins. ISBN 0-00-211932-3.
    • Comber, Leon (2003). "The Malayan Security Service (1945–1948)". Intelligence and National Security, 18:3. m/s. 128–153.
    • Comber, Leon (February 2006). "The Malayan Special Branch on the Malayan-Thai Frontier during the Malayan Emergency". Intelligence and National Security, 21:1. m/s. 77–99.
    • Comber, Leon (2006). "Malaya's Secret Police 1945–60. The Role of the Special Branch in the Malayan Emergency". PhD dissertation, Monash University. Melbourne: ISEAS (Institute of SE Asian Affairs, Singapore) and MAI (Monash Asia Institute).
    • Hack, Karl. (1999) "'Iron claws on Malaya': the historiography of the Malayan Emergency." Journal of Southeast Asian Studies 30#1 (1999): 99–125.
    • Hack, Karl (1999). "Corpses, Prisoners of War and Captured documents: British and Communist Narratives of the Malayan Emergency, and the Dynamics of Intelligence Transformation". Intelligence and National Security.
    • Jumper, Roy (2001). Death Waits in the Dark: The Senoi Praaq, Malaysia's Killer Elite. Greenwood Press. ISBN 0-313-31515-9.
    • Keo, Bernard Z. "A small, distant war? Historiographical reflections on the Malayan Emergency" History Compass (2019) online https://doi.org/10.1111/hic3.12523
    • Mitchell, David F. (2016). "The Malayan Emergency: How to Fight a Counterinsurgency War". Warfare History Network.
    • Nagl, John A. (2002). Learning to Eat Soup With a Knife: Counterinsurgency Lessons from Malaya and Vietnam. University of Chicago. ISBN 0-226-56770-2.
    • Newsinger, John. (2016) British counterinsurgency (Springer, 2016) compares British measures in Mayaya, Palestine, Kenya, Cyprus, South Yemen, Dhofar, & Northern Ireland
    • Short, Anthony (1975). The Communist Insurrection in Malaya 1948–1960. London and New York: Frederick Muller. Reprinted (2000) as In Pursuit of Mountain Rats. Singapore.
    • Stubbs, Richard (2004). Hearts and Minds in Guerilla Warfare: The Malayan Emergency 1948–1960. Eastern University. ISBN 981-210-352-X.
    • Taber, Robert (2002). War of the flea: the classic study of guerrilla warfare. Brassey's. ISBN 978-1-57488-555-2.
    • Th'ng, Bee Fu. (2019). "Forbidden Knowledge: Response from Chinese-Malay Intellectuals to Leftist-Books Banning During the Emergency Period." Sun Yat-sen Journal of Humanities.[1]
    • Ucko, David H. 2019. "Counterinsurgency as armed reform: The political history of the Malayan Emergency." Journal of Strategic Studies.[2]

    Pautan luar[sunting | sunting sumber]