Devşirme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Devshirme)
Gambaran pengerahan anak-anak muda sebagai perintis Janisari (berbaju merah), lukisan miniatur Uthmaniyah 1558.

Devshirme[1] (Bahasa Turki Uthmaniyah: دوشيرمه, devşirme, adalah satu sistem di mana Empayar Uthmaniyah menghantar pegawai tentera untuk memilih anak-anak lelaki yang berumur sekitar 8 hingga 18 tahun dari masyarakat Kristian di kawasan timur dan selatan Eropah, khususnya rantau Balkan dan Anatolia. Anak-anak yang dikerah akan memeluk agama Islam[2] agar dilatih berkhidmat dengan kerajaan dalam ketenteraan atau perkhidmatan awam terutamanya Janissari.[3][4] Keadaan peluang yang terbuka ini juga menyebabkan ada sebahagian orang tua yang memberi duit suapan kepada petugas untuk mengambil anak mereka menaikkan kedudukan keluarga.[5]

Sistem ini dimulakan pada pertengahan abad ke 14 semasa pemerintahan Sultan Murad I untuk mengimbangi pengaruh bangsawan Turki yang semakin meningkat. Namun, sistem devşirme tidak disukai[6] dan ditolak oleh penduduk setempat;[7][8][9][10] malah ia turut dihujahkan bertentangan dengan syariat Islam.[4][11] Dari abad ke-15 sampai akhir abad ke-17, 200–300.000 anak lelaki direkrut dengan sistem ini.[4][11]

Pada pertengahan abad ke17, sistem ini secara beransur ansur mula diabaikan. Akhirnya sistem ini dimansuhkan semasa zaman pemerintahan Sultan Ahmet III.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sistem devshirme bermula sebagai sistem perhambaan yang diwujudkan pada peringkat awal pemerintahan empayar Uthmaniyah. Pada asalnya ianya terdiri daripada tawanan perang dan hamba.

Sultan Murad I mula membangunkan tentera hamba Kristian (kapıkulları) sebagai tentera pengawal peribadinya. Tentera elit yang berkhidmat terus dengan Sultan telah dibahagikan kepada dua iaitu pasukan berkuda dan infantri.

Pada mulanya, askar yang berkhidmat dalam pasukan ini dipilih daripada tawanan perang. Lama kelamaan sistem yang dikenali sebagai devshirme telah diwujudkan. Dalam sistem ini kanak-kanak Kristian dari kawasan Balkan telah diambil dan dibawa sebagai orang Muslim. Kanak-kanak ini akan dimasukkan ke dalam empat institusi utama: Istana, Penulisan, Keagamaan Dan Ketenteraan. Sesiapa yang terlibat dalam Ketenteraan akan menjadi sebahagian daripada kumpulan Janissari atau pasukan lain. Bagi kanak kanak yang bijak akan dihantar ke institusi Istana (Enderun) akan berpeluang untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan termasuk jawatan Perdana Menteri iaitu sebagai penasihat Sultan.

Ciri-ciri devshirme[sunting | sunting sumber]

Umur yang paling sesuai untuk diambil adalah sekitar 8 hingga 10 tahun. Pada masa itu sistem devshirme menimbulkan perasaan tidak puas hati oleh masyarakat Kristian di Balkan. Walau bagaimanapun, peluang untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan dalam sistem devshirme telah menyebabkan masyarakat Kristian di Bosnia telah meminta pegawai latihan untuk mengambil anak mereka.

Kanak-kanak ini diambil Dari keluarga mereka dan dibawa ke Istanbul. Apabila sampai di sana, mereka memeluk Islam, diperiksa Dan dilatih untuk berkhidmat dengan empayar. Sistem ini menghasilkan pasukan infantri, pentadbir awam dan pegawai tinggi tentera.

Walaupun pengaruh bangsawan Turki semakin berkembang di dalam empayar Uthmaniyah sehingga zaman Sultan Mehmed II, sistem devshirme mula menguasai kelas pemerintah.

Pemimpin dari kelas ini dipilih Dari mereka yang berkebolehan dan dipilih dari institusi Istana yang dikenali sebagai Enderun. Mereka perlu mengiringi Sultan dalam kempen perang tetapi juga dibayar untuk tugas rasmi di sekitar empayar. Bagi yang dipilih untuk institusi Penulisan yang dikenali sebagai Kalemiye juga diberi kedudukan terhormat. Institusi Keagamaan (İlmiye), di mana orang Muslim orthodox diberi pendidikan Dan dihantar untuk berkhidmat di wilayah dan di Istanbul.

Keperluan devshirme dan pengecualian[sunting | sunting sumber]

Sistem ini dilaksanakan setiap empat atau lima tahun sekali dari kawasan desa di kawasan Balkan serta Anatolia dan henya dikenakan ke atas bukan Islam. Sistem ini juga tidak dikenakan ke atas semua bandar. Anak-anak tukang kayu juga dikecualikan kerana pengambilan mereka akan mengancam ekonomi.

Tokoh-tokoh yang pernah berkhidmat sebagai devshirme adalah Skanderbeg, Sinan Pasha and Sokollu Mehmed Pasha.

Anak lelaki yang yatim dan juga anak tunggal dalam keluarga mereka juga dikecualikan daripada sistem ini.

Devshirme di Enderun[sunting | sunting sumber]

Objektif utama Enderun adalah untuk melatih kanak kanak yang berkebolehan untuk jawatan kepimpinan seperti panglima tentera (Pasha) atau pegawai tinggi (wazir) untuk berkhidmat dengan kerajaan Uthmaniyah.

Ejen yang mencari kanak-kanak ini adalah dilatih di sekitar kawasan Balkan. Mereka dipilih berdasarlan kebolehan, personaliti, perwatakan dan fizikal yang sempurna. Calon Enderun mesti bukan anak yatim Dan juga anak tunggal untuk memastikan calon ITU mempunyai nilai keluarga yang tinggi. Mereka mesti bukan jenis mahir berbahasa Turki dan terlibat dalam perdagangan. Usia yang sesuai untuk melatih mereka adalah sekitar 18 hingga 20 tahun.

Mehmed Refik Beg berkata remaja yang mempunyai tubuh yang lemah tidak akan dimasukkan ke dalam perkhidmatan awam kerana orang Turki percaya jiwa yang kuat dan minda yang baik hanya dijumpai di dalam tubuh yang sempurna.

Kanak-kanak yang terpilih berpakaian merah, supaya mereka tidak dapat melepaskan diri dengan mudah dalam perjalanan ke Istanbul.

Kos perkhidmatan devshirme dan pakaian mereka dibayar oleh kampung atau komuniti mereka. Kanak-kanak lelaki itu dikumpulkan menjadi kumpulan seratus atau lebih untuk berjalan ke Constantinople dan dibahagikan antara sekolah-sekolah istana dan latihan ketenteraan. Sesiapa yang tidak terpilih akan menjadi buruh ladang di Anatolia sehingga mereka cukup umur untuk masuk ke dalam latihan ketenteraan.

Kanak-kanak yang menepati garis panduan umum dan mempunyai pendidikan rendah yang kuat akan diberi kepada keluarga Islam terpilih di seluruh Anatolia untuk melengkapkan proses pembudayaan. Mereka kemudiannya akan menghadiri sekolah di seluruh Anatolia untuk menyelesaikan latihan mereka selama enam hingga tujuh tahun untuk layak sebagai pegawai tentera biasa. Mereka akan mendapat gaji paling tinggi di kalangan Pasha. Hanya sedikit sahaja yang akan sampai ke Enderun.

Kemerosotan[sunting | sunting sumber]

Anggaran dalam rekod akhir Empayar Utsmaniah menganggarkan bilangan lelaki yang ditukarkan kepada Islam di bawah devshirme adalah sebanyak 200,000 orang. Sistem devshirme merosot pada abad ke-16 dan ke-17 disebabkan oleh beberapa faktor, termasuk kemasukan orang Islam percuma dalam sistem. Selepas 1568 "penuaian budak lelaki" hanya dibuat sesekali. Pada tahun 1632, Janissari cuba membuat rampasan kuasa terhadap Murad IV, tetapi tidak berjaya. Pada 1638 atau 1648 sistem perekrutan berasaskan devshirme untuk kumpulan Janissary secara rasmi berakhir. Dalam perintah yang dihantar dalam beberapa salinan kepada pihak berwajib di seluruh wilayah Eropah pada tahun 1666, sasaran perekrutan devshirme antara 300 dan 320 ditetapkan untuk kawasan yang meliputi seluruh kawasan tengah Dan barat Balkan Pada pertabalan sultan Suleiman II pada tahun 1687 hanya 130 orang askar yang dinaikkan pangkat sebagai Janissari.Sistem ini akhirnya dimansuhkan pada awal zaman pemerintahan Ahmet III (1703-1730).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bahasa Turki Uthmaniyah: دوشيرمه - pengumpulan, Yunani: παιδομάζωμα, rumi: paedomazoma - kumpulan anak-anak; Bahasa Armenia: Մանկահավաք, Mankahavak) - pengumpulan anak; Rumania: tribut de sânge; Kroasia: Danak u krvi, Slovenia: Krvni davek, Bosnia dan Serbia: Данак у крви / Danak u krvi, Makedonia: Данок во крв / Danok vo krv, dan Bulgaria: Кръвен данък/ Kraven Danak - pajak darah
  2. ^ The New Encyclopedia of Islam, Ed. Cyril Glassé, (Rowman & Littlefield, 2008), 129.
  3. ^ Basgoz, I. & Wilson, H. E. (1989), The educational tradition of the Ottoman Empire and the development of the Turkish educational system of the republican era. Turkish Review 3(16), 15.
  4. ^ a b c Ágoston, G. & Masters, B. (2009) Encyclopedia of the Ottoman Empire, New York: Facts on File, pp. 183–185.
  5. ^ Malcolm, Noel (1996). Bosnia: A Short History. London: Papermac. m/s. 46. ISBN 0-333-66215-6.
  6. ^ http://www.bbc.co.uk/religion/religions/islam/history/slavery_1.shtml#section_4; "...and point out that many Christian families were hostile and resentful about it - which is perhaps underlined by the use of force to impose the system.".
  7. ^ Yannaras, Christos, Orthodoxy and the West: Hellenic self-identity in the modern age, (Holy Cross Orthodox Press, 2006), 112.
  8. ^ Schindler, John R., Unholy terror: Bosnia, al-Qa'ida, and the rise of global jihad, (Zenith Press, 2007), 23.
  9. ^ Bostom, Andrew G. "Jihad Conquests and the Impositions of Dhimmitude - A Survey" in The Legacy of Jihad: Islamic Holy War and the Fate of Non-Muslims. Andrew G. Bostom (ed.) New York: Prometheus Book, 2005, pp. 41-46.
  10. ^ S. Trifkovic. The Sword of the Prophet: Islam; History, Theology, Impact on the World. p. 97
  11. ^ a b Yoel Natan (2006). Moon-o-theism, Volume I of II. Yoel Natan. m/s. 178. ISBN 978-1-4382-9964-8. Dicapai pada 8 Juli 2013. From the 15th until the 17th century, between 200,000 and 300,000 boys were taken out to Devsirme....It was at all time clear that Devsirme was contradictory to Muslim law, Sharia. Check date values in: |accessdate= (bantuan)