Douche

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah picagari bebuli untuk faraj. Perhatikan lubang-lubang sisian berhampiran hujung muncung (sekitar 1sm, atau 1/2 inci tebal).
"Picagari pancutan" ini seharusnya digunakan untuk mendouche sahaja, dengan menggantikan muncung enema dengan muncung untuk faraj (ditunjukkan di kiri bawah). Muncung untuk faraj adalah lebih panjang, tebal dan memiliki lubang-lubang sisian.

Douche (/duʃ/) ialah sebuah alat yang digunakan untuk memperkenalkan aliran air ke dalam badan untuk tujuan perubatan serta kerbersihan, atau aliran air itu sendiri. Perkataan berkenaan berasal daripada perkataan Perancis, di mana maksud utamanya ialah pancuran.

Perkataan berkenaan boleh merujuk kepada pembilasan sebarang rongga badan tetapi selalunya digunakan merujuk kepada pengairan faraj, iaitu pembilasan faraj. Sebuah beg douche ialah sebuah peralatan untuk melakukan douche: sebuah beg untuk menyimpan air atau bendalir yang digunakan ketika mendouche (istilah bahasa Inggerisnya, douche bag juga boleh dijadikan suatu ejekan). Bagi mengelakkan pemindahan bakteria usus ke dalam faraj, beg yang sama seharusnya tidak digunakan untuk douche faraj dan enema.

Di dalam slanga[sunting | sunting sumber]

Douche bag, atau sekadar douche dianggap sebagai satu istilah pejoratif di Australia, Filipina, Ireland, Amerika Syarikat, Kanada dan New Zealand. Penggunaan istilah ini di dalam slanga bermula sejak 1960-an.[1] Metafora mengatakan seseorang itu adalah douche bermaksud untuk mengaitkan pelbagai sifat-sifat buruk, terutamanya keangkuhan dan niat jahat.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "dweeb and doofus and dirt bag and douche bad and terms of derogation". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-30. Dicapai pada 2008-09-25.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]