Douglas DC-4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Douglas DC-4
DC-4 Flying Dutchman from the Dutch Dakota Association
Peranan Airliner/transport aircraft
Pengeluar Douglas Aircraft Company
Penerbangan pertama 1938
Jumlah dibina 79
Dibangunkan dari Douglas DC-4E
Variasi C-54 Skymaster
Canadair North Star
Douglas DC-6

Rekaan DC-4 oleh Douglas Aircraft Company pada mulanya dinamakan DC-4E dan pesawat ini adalah sebuah pesawat yang besar dan berenjin empat yang menjadi pelengkap bagi DC-3. DC-4 dibina untuk memenuhi permintaan United Airlines yang inginkan sebuah pesawat penumpang yang berjulat jauh. DC-4E (E bermaksud Experiment atau dalam Bahasa Melayu 'Eksperimen') direka sebagai sebuah pesawat berkapasiti menampung 52 penumpang dan mempunyai keratan rentas fiuslaj yang terlalu besar ketika zaman itu dan sirip ekornya mirip Lockheed Constellation

DC-4E melakukan penerbangan pertamanya pada 7 Jun, 1938 dan digunakan sebagai penerbangan percubaan bagi United Airlines. Tetapi jenis ini dikatakan tidak sesuai bagi zaman itu kerana ia kompleks dan tidak ekonomi. Maka penerbangan-penerbangan penaja projek ini iaitu Eastern dan United menukar permintaan, menginginkan sebuah pesawat yang lebih kecil dan ringkas tetapi sebelum DC-4 sempat memasuki pasaran, Perang Dunia II tercetus. Maka semua pengeluarannya disalurkan kepada tentera Amerika Syarikat dan versi tentera ini dinamakan C-54. Versi lainnya pula yang dibina untuk tentera laut Amerika Syarikat ialah R5D. Pesawat pertama terbang buat pertama kalinya dari Clover Field ke Santa Monica, California pada 14 Februari, 1942.

Inovasi DC-4 dapat dilihat pada rekaan peralatan pendaratan tayar hadapan yang membolehkan sebuah keratan rentas tetap fiuslaj. Ini kemudiannya memudahkan pemanjangan model ini yang dinamakan DC-6 dan DC-7. Sebanyak 1,163 buah DC-4 dibina untuk Tentera Amerika Syarikat diantara tahun 1942 hingga 1946. Douglas meneruskan pembinaan DC-4 selepas tamatnya perang tetapi prospek penjualannya rendah kerana terdapat lebihan 500 pesawat C-54 dan R5D yang memasuki perkhidmatan komersil.

Selepas 74 unit baru dibina, pengeluaran DC-4 diberhentikan pada 9 Ogos, 1947. Sistem penekanan kabin disediakan sebagai opsyen tetapi kebanyakkan DC-4 dibina tanpanya. 71 DC-4 dibina oleh Canadair dibawah nama projek North Star, DC-4M dan C-5. North Star dan DC-4M dijana oleh Rolls-Royce Merlin dan 51 unit daripadanya dilenkapi sistem penekanan kabin. Operator bagi versi-versi ini ialah Royal Canadian Air Force, Trans-Canada Air Lines, Canadian Pacific Air Lines dan BOAC

Bermula tahun 1959, sebanyak 20 DC-4 diberi nafas baru sebagai ATL-98 Carvairs. Carvair direka untuk menerbangkan 22 penumpang dan 5 mobil. Ini dijayakan dengan memanjangkan fiuslajnya, menukar kedudukan kokpit pesawat supaya ia terletak diatas fisulaj, menambah pintu sisi di muncung pesawat dan membesarkan pengimbang tegak untuk mengimbangi fiuslajnya yang panjang dan besar. Pesawat kekal dalam servis sehingga era 70-an.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]