Dreamtime

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengimpian (bahasa Inggeris: The Dreaming atau Dreamtime "Zaman Impian" - bahasa Pitjantjatjara: Tjukurpa,[1][2] bahasa Aranda: Alchera) ialah suatu kefahaman dalam kepercayaan masyarakat peribumi (atau "aborigin") Australia yang animis di mana roh semangat leluhur manusia dipercayaai menciptakan alam sekeliling mereka. Keberadaan ini dianggap sebagai penentu dan asas kepada adat-adat yang diamalkan dalam kalangan aborigin ini.[3]

Gambaran umum[sunting | sunting sumber]

Banyak semangat alam ini menjadi sebati dengan ciri yang ada di sekeliling termasuk batuan, muka bumi dan pokok sebagai suatu kuasa alam.[4]

Kuasa alam ini sering dihidupkan dengan pengadaan upacara tertentu yang melakonkan semula kejadian yang menciptakan alam semasa permulaannya sambil menciptakan hidupan yang baru.[5]

Peranan manusia[sunting | sunting sumber]

Orang Aborigin percaya bahawa setiap orang pada intinya ujud secara abadi di alam Impian. Bahagian abadi ini ujud sebelum kehidupan perseorangan dimulai, dan terus berlanjut kewujudannya ketika kehidupannya berakhir.

Sebelum mahupun sesudah kehidupan, diyakini bahawa anak-arwah ini ujud dalam Impian dan hanya dimulakan ke dalam kehidupan dengan masuknya roh ke dalam janin si anak pada usia kehamilan lima bulan.[6] Ketika si ibu merasa bahawa anaknya bergerak di dalam rahim untuk kali pertama, dianggap bahawa inilah karya roh bumi di mana sang ibu berdiri. Pada kelahirannya, si anak dianggap sebagai wakil istimewa tanahnya yang termasuk dalam kisah dan alur lagu tempat itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jukurrpa". Jukurrpa Designs. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  2. ^ Nicholls, Christine Judith (22 Januari 2014). "'Dreamtime' and 'The Dreaming' – an introduction". The Conversation. Dicapai pada 2 Julai 2020.
  3. ^ Encyclopædia Britannica.
  4. ^ Korff, Jens (8 February 2019). "What is the 'Dreamtime' or the 'Dreaming'?". Creative Spirits. Dicapai pada 2 July 2020.
  5. ^ "The Dreaming: Sacred sites". Working with Indigenous Australians. Dicapai pada 2 July 2020.
  6. ^ Bates, Daisy (1996), Legenda dan Biografi Bibbulmun dan Aborigin Perth, Hesperion Press