Durian Sebatang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Durian Sebatang adalah sebuah pangkalan atau jeti yang terletak di Teluk Intan,Perak,Malaysia. Pada zaman awal Kesultanan Perak, kedudukannya sangat penting kepada para peniaga, pedagang, peraih buah-buahan dan lain-lain. Hasil pertanian diangkut dari sepanjang Sungai Perak, Sungai Kinta, Kampung Gajah dan Lambor. Sebelum 1987, bot menjadi pengangkutan penting penduduk kampoung tradisonal di Kampung Gajah, Kampung Air Mati, Pasir Salak, Teluk Memali, Pulau Indera Sakti dan lain-lain.

Durian Sebatang digunakan untuk mengangkut pasir sungai ke dalam lori pasir untuk kerja=kerja pembangunan bandar Teluk Intan. Buluh dihanyut dalam bentuk rakit buluh untuk dijadikan bakul buluh dan keranjang durian. Kayu balak bersaiz besar dan kecil dihanyutkan melalui Sungai Perak ke Batak Rabit untuk dijadikan kapal, perahu , long (keranda Cina mati) , rumah dan lain-lain.

Pada tahun 1985, pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak telah singgah di Durian Sebatang kerana ada makam sultan di sana.

Beberapa rumah setinggan dibina ditebing Sungai Perak khususnya di Kampung Durian Sebatang. Kini jeti Durian Sebatang tinggal terbiar.