Eat Pray Love

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eat Pray Love
PengarahRyan Murphy
Lakon layar
BerdasarkanEat, Pray, Love oleh
Elizabeth Gilbert
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiRobert Richardson
Disunting olehBradley Buecker
Muzik olehDario Marianelli
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehColumbia Pictures
Tarikh tayangan
  • 13 Ogos 2010 (2010-08-13)
Masa tayangan
140 minit[1]
Negara Amerika Syarikat
Bahasa
  • Inggeris
  • Itali
  • Portugis
Bajet$60 juta[2][3]
Pecah panggung$204.6 juta[3]

Eat Pray Love ialah filem drama komedi romantik biografi dari Amerika Syarikat (AS), berdasarkan pada karya memoir Eat, Pray, Love oleh Elizabeth Gilbert. Ryan Murphy menulis secara bersama dan mengarah filem ini yang ditayangkan di AS pada 13 Ogos 2010. Filem ini menerima ulasan yang bercampur hingga negatif daripada para pengkritik, tetapi masih menerima kejayaan dari segi kewangan apabila ia meraih sehingga AS$204.6 juta di seluruh dunia berbanding belanjawan sebanyak AS$60 juta.

Jalan cerita[sunting | sunting sumber]

Elizabeth Gilbert mempunyai segalanya bagi seorang wanita moden sepatutnya impikan – suami, rumah, kerjaya yang berjaya – tetapi seperti ramai orang lain, dia mengetahui bahawa dirinya hilang, keliru dan mencari apa yang dia inginkan dalam kehidupan. Baru bercerai dan berada di persimpangan jalan, Gilbert keluar daripada zon selesa, merisikokan segalanya untuk mengubah kehidupan, memulakan perjalanan di seluruh dunia bagi mencari makna diri. Dalam perjalanannya, dia menemui keseronokan sebenar semasa makan di Itali, kuasa doa di India, dan akhirnya tanpa diduga, ketenangan diri dan keseimbangan cinta sebenar di Indonesia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Julia Roberts sebagai Elizabeth "Liz" Gilbert
  • Javier Bardem sebagai Felipe, ahli perniagaan Brazil yang Gilbert jatuh cinta semasa dalam perjalanannya
  • James Franco sebagai David, lelaki yang bersama Gilbert yang mempunyai perhubungan rumit dengannya semasa memuktamadkan penceraiannya
  • Richard Jenkins sebagai Richard
  • Viola Davis sebagai Delia Shiraz, kawan baik Gilbert
  • Billy Crudup sebagai Steven, bekas suami Gilbert
  • Sophie Thompson sebagai Corella, perempuan di tempat bertapa di India
  • Mike O'Malley sebagai Andy Shiraz, suami Delia
  • Christine Hakim sebagai Wayan, kawan baik Gilbert di Indonesia
  • Arlene Tur sebagai Armenia
  • Hadi Subiyanto sebagai Ketut Liyer, penasihat Gilbert di Indonesia
  • Gita Reddy sebagai The Guru
  • Tuva Novotny sebagai Sofi, kawan baik berbangsa Sweden Gilbert di Rom
  • Luca Argentero sebagai Giovanni, pengajar Itali Gilbert dan lelaki yang diminati oleh Sofi
  • Rushita Singh sebagai Tulsi, kawan Liz di tempat bertapa yang mempunyai perkahwinan terancang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "EAT PRAY LOVE (PG)". Pengelasan Lembaga Filem British. 6 Ogos 2010. Dicapai pada 15 Mei 2013.
  2. ^ Fritz, Ben (12 Ogos 2010). "Movie projector: Stallone's 'Expendables' to blow away 'Eat Pray Love' and 'Scott Pilgrim'". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai pada 12 Ogos 2010.
  3. ^ a b "Eat Pray Love". Box Office Mojo. IMDb Inc. Dicapai pada 30 September 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]