Eksosfera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Eksosfera adalah lapisan teratas atmosfera Bumi, sekaligus merupakan sempadan antara atmosfera tersebut dan angkasa lepas. Lapisan ini terletak antara 700-1000 km hingga kira-kira 10,000 km dari permukaan Bumi. Boleh dikatakan hampir tiada udara atau gas di lapisan ini kecuali gas-gas ringan seperti helium dan hidrogen. Udara akan bertambah nipis apabila semakin mendekati ke angkasa lepas kerana ketumpatan antara molekul gas-gas semakin berkurang ini sehingga tidak mampu bertembung antara satu sama lain lalu sifat biasa gas tidak dapat ditonjolkan dalam persekitaran.[1]

Satelit komunikasi yang mengorbit Bumi terletak di lapisan ini membolehkan manusia menggunakan panggilan telefon dan siaran televisyen di Bumi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Steigerwald, William (17 Ogos 2015). "NASA's LADEE Spacecraft Finds Neon in Lunar Atmosphere". NASA. Dicapai pada 18 Ogos 2015.