Enjin sejukan udara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Enjin sejukan udara bergantung kepada aliran udara terus ke bahagian panas enjin untuk menyejukkannya.

Satu silinder daripada enjin penerbangan sejukan udara jenis Continental C85. Perhatikan barisan sirip pada kedua-dua silinder keluli dan kepala silinder aluminium. Sirip-sirip tersebut menambah luas permukaan untuk udara melalui silinder dan menyerap haba.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan enjin pembakaran dalaman disejukkan oleh satu sistem litar tertutup yang mengangkut bendalir penyejuk melalui alur-alur di dalam blok enjin dan kepala silinder, di mana bendalir penyejuk menyerap haba, ke penukar haba atau radiator di mana bendalir penyejuk melepaskan semula haba ke udara. Oleh itu, walaupun haba disejukkan secara muktamad oleh udara, ia dianggap sebagai sejukan air kerana menggunakan litar penyejuk air. Sebaliknya, haba yang dijana oleh enjin sejukan udara dilepaskan terus ke udara. Lazimnya, ia dicapai melalui penggunaan sirip-sirip logam yang meliputi bahagian luaran silinder yang seterusnya menambahkan luas permukaan untuk udara bertindak.

Dalam semua enjin pembakaran, sebahagian besar haba yang dijana (sekitar 44%) terlepas melalui ekzos, bukannya melalui sama ada sistem sejukan cecair ataupun sirip-sirip logam pada enjin sejukan udara (12%). Lebih kurang 8% tenaga haba diserap oleh minyak pelincir, yang mempunyai fungsi utama untuk pelinciran, tetapi boleh memainkan peranan dalam penyingkiran haba melalui penyejuk minyak. [1]

Aplikasi[sunting | sunting sumber]

Kenderaan jalan raya[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan motosikal menggunakan sistem sejukan udara untuk mengurangkan berat dan kerumitan. Hanya beberapa kereta sahaja yang menggunakan enjin sejukan udara (seperti Tatra 815), tetapi dalam sejarah ia pernah menjadi lazim bagi kebanyakan kenderaan yang dijual dalam jumlah yang besar. Contoh kenderaan sejukan udara masa lampau, mengikut urutan tarikh, termasuklah:

Penerbangan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan enjin omboh penerbangan adalah jenis sejukan udara, termasuklah kebanyakan enjin yang sekarang (2005) dikeluarkan oleh Lycoming dan Continental dan digunakan oleh pengeluar kapal terbang ringan utama seperti Cirrus, Cessna dab. Pengecualian utama termasuklah Allison V-1710 dan Rolls-Royce series yang (paling dikenali, Merlin V-1650) menggunakan enjin sejukan air V12 yang menggerakkan P-51 Mustang, Avro Lancaster, Hawker Hurricane dan Spitfire.

Pengeluar enjin lain yang menggunakan teknologi enjin sejukan udara ialah ULPower dan Jabiru, lebih aktif dalam pasaran kapal terbang sukan ringan (LSA) dan kapal terbang lampau ringan. Rotax menggunakan gabungan silinder sejukan udara dan kepala silinder sejukan air.

Enjin diesel[sunting | sunting sumber]

Sesetengah enjin diesel kecil, seperti yang dibuat oleh Deutz AG dan Lister Petter adalah jenis sejukan udara. Berkemungkinan satu-satunya lori Euro 5 sejukan udara besar (enjin V8 320 kW dan kilasan 2100 Nm) dihasilkan oleh Tatra.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sloan 1964, halaman 71–94, Chapter 5, "The copper-cooled engine".

Bibliografi[sunting | sunting sumber]