Entalpi pelakuran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Entalpi pelakuran atau haba pelakuran ialah perubahan entalpi yang disebabkan oleh pemanasan sejumlah tertentu bahan sehingga ia berubah daripada pepejal menjadi cecair. Suhu di mana kejadian ini berlaku dinamakan takat lebur.

'Entalpi' pelakuran ini adalah haba pendam kerana ketika pencairan, kemasukan haba boleh dilihat dalam bentuk perubahan suhu sementara suhu kekal sama sewaktu proses ini berlaku. Haba pendam pelakuran ialah perubahan entalpi sebarang jumlah bahan apabila ia mencair. Apabila haba pelakuran dirujuk kepada satu unit jisim, ia biasanya dipanggil haba pelakuran tertentu, manakala haba pelakuran molar pula merujuk kepada perubahan entalpi setiap jumlah bahan dalam mol.

Fasa cecair mempunyai tenaga dalaman yang lebih tinggi daripada fasa pepejal. Ini bermakna tenaga perlu dimasukkan ke dalam pepejal untuk mencairkannya dan tenaga dilepaskan daripada cecair apabila ia dibekukan, kerana molekul-molekul dalam cecair mengalami daya intramolekul yang lebih lemah dan mempunyai tenaga keupayaan yang lebih tinggi.

Apabila air disejukkan, suhunya menurun secara berterusan sehingga ia jatuh bawah sedikit daripada takat bekunya, 0 °C. Kemudian, suhunya akan tetap pada takat beku sewaktu air terkristal. Apabila air telah membeku sepenuhnya, suhunya akan terus jatuh.

Kuantiti entalpi pelakuran hampir selalunya bernilai positif; helium ialah satu-satunya pengecualian yang diketahui.[1] Helium-3 mempunyai entalpi pelakuran negatif dalam suhu kurang daripada 0.3 K. Helium-4 juga mempunyai nilai yang agak negatif bagi entalpi pelakuran dalam suhu kurang daripada 0.8 K. Ini bermakna, dalam tekanan malar yang tepat, bahan-bahan ini akan membeku apabila haba ditambah.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Atkins & Jones 2008, m/s. 236.
  2. ^ Ott & Boerio-Goates 2000, m/s. 92–93.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.