Fluks berkilau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam fotometri, fluks berkilau atau kuasa kilau ialah ukuran kuasa cahaya yang dicerap. Ia berbeza dengan fluks sinaran, iaitu ukuran jumlah kuasa cahaya yang dipancarkan, yang mana fluks berkilau diubah untuk menggambarkan kepekaan mata manusia.[1]

Unit[sunting | sunting sumber]

Unit SI untuk fluks berkilau ialah lumen (lm). Satu lumen ditakrifkan sebagai fluks berkilau untuk cahaya yang dihasilkan daripada sumber cahaya yang memancarkan satu kandela keamatan berluminositi pada sudut pepejal satu steradian. Dalam sistem unit yang lain, fluks berkilau mungkin akan mempunyai unit kuasa. )