Fonologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Linguistik
Linguistik teori
Fonetik
Fonologi
Morfologi
Sintaksis
Semantik
Semantik leksikal
Semantik statistik
Semantik struktur
Semantik prototaip
Stilistik
Preskripsi
Pragmatik
Linguistik gunaan
Pemerolehan bahasa
Psikolinguistik
Sosiolinguistik
Linguistik generatif
Linguistik kognitif
Linguistik pengiraan
Linguistik perihalan
Linguistik sejarah
Linguistik perbandingan
Etimologi
Sejarah linguistik
Senarai ahli linguistik
Masalah yang belum diatasi


Fonologi (daripada Yunani: φωνή, phōnē, "suara, bunyi" dan λόγος, lógos, "perkataan, pertuturan, subjek perbincangan") ialah kajian yang dilakukan mengenai pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Mengikut Frank Parker (1994), fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji sistem bunyi sesuatu bahasa: iaitu rumus-rumus yang menentukan aspek sebutan.

Dalam tradisi barat, pengkajian tentang bidang fonologi ini telah bermula sejak 200 tahun yang lalu, iaitu bermula lebih kurang pada awal tahun 1800, apabila para ahli bahasa memulakan pengkajian tentang perubahan bunyi bahasa dengan cara membandingkan bunyi bahasa yang wujud dalam pelbagai bahasa yang berkaitan.

Sehubungan itu dengan kata lain, fonologi ialah ilmu tentang perbendaharaan fonem sesebuah bahasa. Dalam pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari bagaimana bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonetik juga mempelajari cara kerja organ tubuh manusia, terutama yang berhubungan dengan penggunaan bahasa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]